Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Nur Fazz - Komposer Sabah Intai Peluang Dalam Anugerah Juara Lagu Malaysia

Lagu Mainan Cinta telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) bagi musim ke-10, 2017 19hb Februari 2017, pada malam Anugerah Juara CLAS 2017 di Dewan Tun Mustapha Kudat. Lagu Mainan Cinta nyanyian Ray Asmadin ternyata membawah tuah kepada komposer muda yang berbakat Nurul Fadzilah atau mesra dipanggil sebagai Nur Fazz.

Nur Fazz Juara Lagu Anugerah Juara CLAS Musim Ke-10 2017
Nur Fazz (kiri) muncul sebgai Juara Lagu CLAS Sabah Musim Ke-10
Nur Fazz dilahirkan pada 5 Ogos 1985 berasal dari Kota Belud, Sabah mula mendapat pendidikan awal di SK. Darau, Menggatal Sabah. Kemudiannya, menyambung persekolahannya di SMK Inanam sebelum berpindah ke SKM Taun Gusi, Kota Belud. Pada waktu lapang, beliau lebih suka menonton wayang terutamanya filem aksi dan berkonsepkan militan.

Sejarah

Menurut Nur Fazz, buat masa ini beliau lebih menumpukan perhatian sebagai seorang komposer. Ditanya bagaimana beliau boleh terlibat secara langsung dalam penulisan lagu. "Sebenarnya saya mula mencipta lagu pada tahun 2007. Saya terlibat dengan program nyanyian lagu puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah sempena Ramadan. Peserta yang terlibat diminta untuk menyanyikan lagu puisi ciptaan sendiri. Justeru, kesempatan itu tidak disia-siakan dan ternyata saya tidak menyangka nyanyian lagu puisi tersebut merupakan ciptaan lagu saya yang pertama. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk terus berkarya dan memasuki mana-mana pertandingan anjuran Jabatan, Universiti dan anjuran daripada pelbagai pihak.
"Saya juga telah mencipta lagu patriotik berjudul Gemilang Kota Belud dan Tamu Besar Kota Belud. Lagu Gemilang Kota Belud merupakan ilham oleh YB Dato' Seri Abdul Rahman Bin Dahlan dan telah dicipta pada tahun 2013. Manakala, lagu Tamu Besar Kota Belud telah dicipta pada tahun 2014. Lagu tersebut juga merupakan ilham oleh YB Dato' Seri Abdul Rahman Bin Dahlan sendiri sebagai lagu tema untuk pesta rasmi Kota Belud," katanya kepada hiburansabah.com ketika dihubungi Selasa lalu.

Nurul Fadzilah @ Nur Fazz

Pencapaian

Selain berkarya, Nur Fazz sebelum ini sememangnya sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian atau seni suara. Beliau telah menyertai pertandingan nyanyian buat pertama kalinya pada tahun 2004 melalui program Bintang Karaoke RTM Kota Kinabalu. Selain itu, Nurr Fazz juga telah mengikuti pertandingan dan berjaya memenangi tempat ketiga dalam Program Realiti Tiada Lama Tiada Baharu TV2 pada tahun 2011 dan sebagai juara dalam Bintang Adnan Abu Hasan pada tahun 2007. Selain itu, pada tahun 2010 beliau juga mendapat tempat ketiga dalam Bintang Irama Malaysia dan sebagai Finalis Bintang Klasik pada tahun 2014.

Pencapaian Nur Fazz sebagai komposer terserlah apabila beliau diumumkan sebagai pemenang lagu dan lirik terbaik dalam Pertandingan Nasyid anjuran JAKIM peringkat Kebangsaan dan Negeri dan terbaru sebagai juara dalam Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) musim ke-10 tahun 2017.

Harapan

"Saya berharap agar diri ini diterima oleh semua lapisan masyarakat khususnya terhadap penghasilan karya sendiri dan semoga suatu masa lagu saya juga berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu AJL (Muzik-Muzik) Malaysia. Bagaimana? Pertama-tama, pendekatan yang perlu saya ambil ialah popularkan lagu yang hendak dipertaruhkan terlebih dahulu. Dalam kes ini, saya akan cuba bawa lagu yang bertajuk Jangan Mengalah ke tahap itu nanti. Berjaya atau tidak terserah pada rezeki, yang penting cuba dulu. Lagu Jangan Mengalah merupakan lagu ciptaan terbaru dan nyanyian oleh saya sendiri. Lagu ini telah dihantar ke stesen radio Sabah FM dan hanya menunggu untuk diputarkan di corong radio.

"Rancangan masa hadapan ialah akan berusaha untuk menaikkan juga martabat lagu bahasa ibunda sendiri iaitu Bajau Sama. Untuk pengetahuan, selepas lagu Jangan Mengalah, saya akan menyiapkam lagu Bajau pula". Katanya mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Temubual bersama artis Nurul Fadzilah @ Nur Fazz.
2. Facebook Nurul Fadzilah @Nur Fazz


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Nur Fazz - Komposer Sabah Intai Peluang Dalam Anugerah Juara Lagu Malaysia. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Nur Fazz - Komposer Sabah Intai Peluang Dalam Anugerah Juara Lagu Malaysia"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top