Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan

Vokal Elica mengingatkan saya kepada primadona Noorkumalasari. Nyanyian awak mengagumkan saya. Keberanian, adlibs, penghayatan (feel), jiwa (soul) sepatutnya dibuat sejak konsert pertama". ~ Datuk Hattan

Konsert minggu kedua Mentor Milenia bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi bermula pukul 9:00 malam, 5 Mac 2017 melalui saluran Media Prima TV3. Mengimbas kembali persembahan yang telah dipersembahkan oleh Elica Mentor Milenia, Elica Mentor Milenia dalam konsert keduanya telah mendendangkan lagu yang bertajuk Akhirnya Kini Pasti, lagu yang dipopularkan oleh diva Anita Sarawak (Ithnaini bintie Mohd Taib).

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017

Komen Juri

Elica Mentor Milenia mendapat komen yang baik daripada juri tetap Mentor Milenia 2017 Datuk Hattan sebaik sahaja membuat persembahan pada konsert kedua malam tadi. "Vokal Elica mengingatkan saya kepada primadona Noorkumalasari. Nyanyian awak mengagumkan saya. Keberanian, adlibs, penghayatan (feel), jiwa (soul) sepatutnya dibuat sejak konsert pertama. Walau bagaimanapun, penghujung nyanyian boleh dibaiki lagi, Elica boleh menambahkan elemen-elemen seperti whistle, boleh aplikasikan head-voice dan lain-lain. Awak boleh mempelajari teknik-teknik sedemikian dengan Jaclyn Victor". Datuk Hattan dipetik sebagai berkata. 


"First of all, congratulations sebab daripada mula sehingga ke akhir nyanyian, awak ada keyakinan dan menunjukkan keyakinan tersebut di atas pentas. Awak menjadikan lagu ini sebagai lagu milik sendiri. Secara keseluruhannya, persembahan yang sangat menghiburkan dan paling menarik awak adlibs dan menambah baik (improvise) lagu tersebut dan tidak kedengaran seperti penyanyi asalnya. Suka! Best!". Jaclyn Victor dipetik sebagai berkata ketika memberikan komen kepada Elica selaku juri jemputan konset kedua Mentor Milenia.

Komen Mentor Akim

"Basically apa yang Datuk Hattan dan sis Jaclyn bagitahu tu memang satu perkara yang betul, point yang jelas! Sebenarnya saya agak kagum dengan Elica persembahan daripada Elica pada malam ini. Beliau dapat mengawal pentas dengan baik. Cabaran saya sebenarnya disahut dengan baik, tahniah Elica! So, tak sabar nak bekerja sama lagi minggu depan". Akim, Mentor kepada Elica memberikan ulasan dan pandangan kepada protege-nya.

Elica Konsert Pertama Mentor Milenia 2017
Elica, Konsert Pertama Mentor Milenia 2017

Angelica Paujin nama sebenar Elica beasal dari Kampung Tibabar, Tambunan. Angelica yang berusia 17 tahun, sememangnya sudah terdedah dengan pertandingan nyanyian namun, hanya di peringkat sekolah dan daerah. Menurut Elica, pertandingan Idola Kecil merupakan antara pertandingan besar yang pernah disertainya ketika berusia 11 tahun dan menjadikan Ziana Zain dan Celin Dion sebagai idolanya.

Berdasarkan persembahan yang dipersembahkan oleh Elica Mentor Milenia pada malam tadi, ternyata beliau tidan berada pada kedudukan dua (2) terbawah. Beliau masih lagi akan meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Milenia yang seterusnya.  Apakah kejutan yang bakal dipersemabahkan oleh Elica? Sama-sama kita nantikan kejutan tersebut semasa Konsert Ketiga Mentor Milenia 2017 pada minggu hadapan 5hb Mac 2017.


Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 12hb Mac 2017.
2. Instagram Mentor Milenia Oficial TV3 





Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top