Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Mendiang Datuk John Gaisah Penerima Anugerah Legend Kita ~ Konsert KupiKupiFM 2017

PENAMPANG: Sempena menyambut ulang tahun pertama dan tanda penghargaan serta ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat setia atas sokongan yang tidak terhingga terhadap KupiKupiFM maka konsert KupiKupiFM seumpama telah diadakan malam tadi di Dewan Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang.

Credit picture to Leslie Isaac Kok, VelviaFotographic (Official Photographer)
Konsert KupiKupiFM 2017
Konsert KupiKupiFM 2017
Konsert secara percuma yang bermula pada jam 7:00 hingga 12:00 malam ini mendapat sambutan dan kehadiran yang luar biasa peminat dan pendengar KupiKupiFM . Ini merupakan suatu peristiwa sejarah dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah kerana kejayaan KupiKupiFM dalam menganjurkan konsert berprestij seumpama ini.

Evaritus Gungkit
Evaritus Gungkit
Pembukaan konsert menampilkan persembahan mantap oleh Bamboowoods iaitu pelajar daripada SMK. Tamparuli, Sabah. Kemudian, disusuli dengan persembahan artis Adex, Sharin Amud Shapri, Evaritus Gungkit, Felix Agus, Mary Intiang, Nubornmusic, Loytive, Den Bisa dan Velvet.

Adex
Adex
KupiKupiFM memperkenal Anugerah Legend Kita pada malam konsert tersebut. Melihat kepada sumbangan besar kepada industri hiburan dan muzik tempatan Sabah maka anugerah ini telah dianugerahkan kepada mendiang Datuk John Gaisah. Untuk anugerah tersebut, ia diwakili oleh anak mendiang iaitu Pn. Edith John Gaisah.

Mary Intiang
Mary Intiang
Sempena memperingati Legend Kita, satu tribute medley performance oleh Music Monster Academy (Sekolah Muzik di Kepayan Point) bersama dengan penyampai radio KupiKupiFM. Mendiang Datuk John Gaisah yang telah meninggalkan kita sejak 3 dekad iaitu 36 tahun lalu, namun auranya masih tetap sama seperti bayu yang menghembus Kinabalu, tetapi tetap nyaman dan menyegarkan kita. 

Den Bisa
Den Bisa
Francis Landong
Francis Landong
Konsert KupiKupiFM kali ini lebih menarik dengan penampilan artis jemputan istimewa Repvblik, iaitu artis berkumpulan dari Indonesia yang membuat persembahan pertama kalinya di KDCA, Penampang, Sabah. Persembahan yang penuh dramatik daripada kumpulan Repvblik ini cukup memeriahkan lagi konsert dan terpenting tidak menghampakan peminat yang datang menyaksikan konsert ini. Kumpulan Repvblik yang dianggoitai oleh enam (6) jejaka tampan iaitu Ruri (vokalis), Hexa (guitar), Lavy (bass), Ei (lead guitar), Tyra (keyboard, backup voval) dan Randy (drum) menutup tirai dengan lagu terakhirnya iaitu Sandiwara Cinta. 

Sementara itu, KupiKupiFM sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja dalam menjayakan konsert KupiKupiFM tahun 2017, khususnya penaja utama KTI Group, Coca-Cola, Ekonomi Corporation Digital Malaysia (MDEC), Sidma College, Celcom, Megaboogie Sound dan Light Revolution dan Millenium Production dan tidak lupa juga kepada semua pendengar setia dan peminat KupiKupiFM. Tanpa sokongan daripada semua penaja, konsert itu tidak mungkin tercapai. ~KupiKupiFM. 


Sumber:
1. Konsert KupiKupiFM 2017
2. Credit picture to Leslie Isaac Koko, VelviaFotographic (Official Photographer)



Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Mendiang Datuk John Gaisah Penerima Anugerah Legend Kita ~ Konsert KupiKupiFM 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Mendiang Datuk John Gaisah Penerima Anugerah Legend Kita ~ Konsert KupiKupiFM 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top