Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Artis Emjey (Beaufort) Berharap Lagu Etnik Bisaya Diterima Masyarakat Sabah

Cerita artis kita pada hari ini, hiburansabah.com ingin mengajak semua pembaca khususnya kepada peminat setia dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah untuk mengenali seorang lagi artis tempatan Sabah yang cukup berbakat.

Ikau Oni ~ Emjey dan Clarice John Matha
Ikau Oni ~ Emjey dan Clarice John Matha
Artis yang dimaksudkan ialah Mohammed Yassin Sarakawi. Mohammed Yassin Sarakawi yang mesra dengan panggilan Emjey merupakan satu-satunya artis daripada suku kaum Bisaya yang berasal dari Kg. Padas Damit, Beaufort.

PROFILE ARTIS
Nama : Mohammed Yassin Sarakawi
Nama Samaran : Emjey
Tarikh Lahir : 5hb Disember 1970
Asal : Kg. Padas Damit, Beaufort
Pekerjaan : Kontraktor

Menyanyi merupkan hobi Emjey dan impian untuk menjadi seorang penghibur sudah tertanam sejak kecil lagi. Namun, hanya berkesempatan bergiat secara aktif bermula pada hujung tahun 2015. Menurut Emjey, atas dorongan keluarga dan kawan beliau mengambil keputusan untuk terlibat aktif dalam industri hiburan dan muzik Sabah.

Emjey yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idolanya, tergerak hati untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian ini kerana belum ada artis daripada suku kaum Bisaya yang mencebur diri dalam indusrti muzik tempatan Sabah.

Pencapaian

Emjey telah berjaya menerbitkan sendiri dua (2) single iaitu Ikau Oni (bisaya) dan Mawar Berganti Warna (Melayu) dan 1 album penuh yang mengandungi sembilan (9) buah lagu Grand Album Bisaya Vol.1. Kesemua lagu merupakan ciptaan oleh komposer luar.

Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Lagu Ikau Oni, sebuah lagu Bisaya yang dinyanyikan kolaborasi bersama artis tempatan iaiatu Clarice John Matha merupakan lagu yang tengah hot sekarang. Lagu ini yang telah menaikkan nama saya di persada seni tempatan Sabah. Tambahan, lagu yang bermaksud Hanya Kau dalam bahasa Melayu, atau Only you dalam bahasa Inggeris (Ikau Oni) ini merupakan Juara mingguan carta 20 Kota Kinabalu FM.

Sementara itu, lagu Mawar Berganti Warna iaitu lagu & lirik penuh oleh LB (Blessed Valley Studios) merupakan single terbaru Emjey.

Ditanya, apa usaha-usaha yang perlu dibuat untuk mebawa artis lain daripada suku kaum Bisaya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan dan muzik Sabah, Emjey menyatakan pencarian bakat perlu dibuat untuk mencari bakat-bakat baru kalangan masyarakat Bisaya di Sabah.

"Promosi dan mencungkil bakat melalui pertandingan nyanyian perlu dibuat untuk mencari bakat-bakat baru kalangan masyarakat Bisaya di Sabah. Namun, saya juga bersyukur selepas kewujudan saya dalam arena seni suara di Sabah, maka menyusul seorang lagi artis Bisaya baru iaitu artis Fiqah yang mengikuti jejak untuk menerbitkan album. Album tersebut berjudul Album Kumala (Bisaya) yang telahpun dilancarkan," katanya.

Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Emjey yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi dalam Persatuan Artis Sabah (PERTISA) juga dalam usaha pencarian lagu-lagu baru Bisaya untuk projek album beliau seterusnya.

"Saya sekarang dalam proses pencarian lagu-lagu baru Bisaya dan bercadang untuk menjemput seorang lagi artis daripada suku kaum lain untuk menyanyikan lagu Bisaya. Saya telah mengenalpasti artis tersebut dan memilih Clarice Sipanul, artis Kadazan yang berasal dari Papar untuk berkolaborasi dalam Album Grand Bisaya Vol. 2. Album Grand Bisaya Vol. 2 ini sedang dalam perancangan untuk pembikinan," katanya.

Emjey berkata demikian kerika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Baca artikel terkait: Peneraju Kepimpinan PERTISA Sesi 2017/2018 

Harapan

"Saya mengharapkan, sama seperti lagu-lagu etnik lain, mudah-mudahan lagu daripada suku kaum Bisaya suatu hari nanti juga dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat khususnya di Sabah.

"Kesempatan ini, saya ning mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat saya tanpa mengira daripada etnik mana kerana setiasa menyokong, memberi peluang serta ruang kepada saya untuk bertapak dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Kerana sokongan peminatlah telah memberikan suntikan semangat untuk saya terus cuba menghasikan album yang lebih baik pada masa-masa akan datang," kata Emjey mengakhiri perbualan.

Sumber:
1. Temubual brsama artis Mohammed Yassin Sarakawi @Emjey Yassin

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Artis Emjey (Beaufort) Berharap Lagu Etnik Bisaya Diterima Masyarakat Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Artis Emjey (Beaufort) Berharap Lagu Etnik Bisaya Diterima Masyarakat Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top