Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Labuan Teruskan Anugerah Khas Sugandoi Kaamatan Tahun Ini

"Tahun ini, kita akan meneruskan penganugerahan khas Sugandoi dengan mengenal pasti seorang lagi tokoh kepimpinan KDCA yang telah memberikan sumbangan signifikan ke atas perkembangan Sugandoi di Labuan,"
~ Ronney Ajim, Pengerusi Sugandoi Kaamatan Labuan 2017
Jawatankuasa Penyelaras Sugandoi Kaamatan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan meneruskan penyampaian Anugerah Khas Sugandoi Kaamatan pada tahun ini. Penganugerahan seumpama yang julung kali dibuat pertama kalinya pada tahun 2016 (tahun lalu) adalah bertujuan untuk menjunjung tinggi penglibatan tokoh tertentu secara langsung di balik tabir dalam menjayakan program kesenian itu.

AJK Penganjur Sugandoi Kaamatan labuan 2017
Barisan AJK Penganjur Sugandoi Kaamatan labuan 2017
Pelaksanaan penganugerahan Anugerah Khas Sugandoi Kaamatan setakat ini masih belum pernah dibuat oleh mana-mana jawatankuasa pengajur Sugandoi daerah lain kecuali di Labuan. Penganugerahan khas ini merupakan inisiatif penganjur yang sememangnya memberikan pengiktirafan khusus kepada individu (di Labuan) yang banyak menyumbang jasa daripada segi kewangan, tenaga, idea dan masa serta nasihat atau dorongan kepada Jawatankuasa Pengajur Sugandoi Wilayah Persekutuan Labuan. 
Baca Artikel Terkait: Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017
Pengerusi Sugandoi Kaamatan Labuan 2017, Ronney Ajim berkata penganugerahan tahun lalu disampaikan kepada Ketua Anak Negeri Lawrence Jomiji Kinsil bagi menghargai peranan beliau dalam memangkin usaha jawatankuasa penganjur Sugandoi ketika mana beliau masih memegang teraju sebagai pengerusi Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Labuan.

"Tahun ini, kita akan meneruskan penganugerahan khas Sugandoi dengan mengenal pasti seorang lagi tokoh kepimpinan KDCA yang telah memberikan sumbangan signifikan ke atas perkembangan Sugandoi di Labuan," katanya.

Sugandoi merupakan salah satu program wajib dalam penganjuran Pesta Kaamatan setiap tahun. KDCA yang menjadi penganjur utama Kaamatan Wilayah Persekutuan Labuan menentapkan tarikh pelaksanaan Pesta Kaamatan peringkat Labuan akan diadakan pada 14 Mei 2017, bertempat di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament yang dijadual dirasmikan oleh YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingann Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Pertandingan Sugandoi merupakan antara usaha murni dalam mencungkil dan mengasah bakat untuk memartabatkan dan seterusnya meningkatkan industri muzik khususnya dalam penciptaan lagu-lagu tempatan (Kadasandusun). Tambahan, pertandingan ini juga menajadi ruang dan peluang kepada para belia-beliawanis untuk meningkatkan potensi masing-masing dalam bidang seni suara (nyanyian), bukan sahaja menjuarai peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan malah menjuarai peringkat antarabangsa.
~ Datuk Ewon Ebin
Penyertaan Sugandoi Labuan dibuka kepada para peserta dari pelbagai daerah (penyertaan terbuka) di mana peserta peringkat akhir akan berentap pada 22 April 2017, pukul 7:00 malam yang akan diadakan di Auditorium ILP Labuan.

 Nantikan Artikel Berkaitan: Uji Bakat (Terbuka) Sugandoi Kaamatan Labuan 2017 (akan datang)


Sumber:
1. Pengerusi Sugandoi Kaamatan Labuan 2017, Ronney Ajim @ Ronney Bikin Panas Rbp II
2. Anugera Khas Sugandoi Kaamatan Labuan Hargai Tokoh Di Balik Tabir, Utusan Borneo, 28hb Februari 2017 oleh Henry Banting
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Labuan Teruskan Anugerah Khas Sugandoi Kaamatan Tahun Ini. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Labuan Teruskan Anugerah Khas Sugandoi Kaamatan Tahun Ini"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top