Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

KupiKupiFM Meraikan Ulang Tahun Pertama Dengan Konsert Percuma

Sidang Media KupiKupiFM
Pengurus Program KupiKupiFM, Lester Miol (baris kedua, tengah) Bergambar Bersama Artis Konsert KupiKupiFM 2017

KOTA KINABALU: KupiKupiFM, stesen radio masyarakat yang bertumpu di Sabah akan mengadakan konsert sempena menyambut ulang tahun pertama KupiKupifm pada 18 Mac 2017 di Dewan Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang.

Pengurus Program KupiKupiFM, Lester Miol berkata konsert ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pendengar dan peminat setia Kupikupifm atas sokongan mereka yang tidak terhingga. Konsert akan bermula pada jam 7:00 hingga 11:00 malam dan menariknya masuk adalah percuma.

"KupiKupiFM mulai ke udara pada 20 Januari 2016. Semenjak itu, kami mempunyai pendengar yang ramai dalam tempoh singkat. Ini sangat luar biasa bagi stesen radio baharu. Pendengar meliputi Kuala Penyu hingga Kota Belud termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort dan bandar-bandar lain. Kami berhasrat untuk menyasarkan sekurang-kurangnya 350,000 pendengar pada masa akan datang," katanya.


Mengimbas kembali konsert KupiKupiFM pada tahun lalu, media melaporkan sekurang-kurangnya 5,000 orang yang menghadiri konsert tersebut yang julung kali diadakan pada 19 Mac 2016. Konsert pertama sempena pelancaran stesen KupiKupiFM menampilkan lebih 20 artis tempatan yang telah mengambil bahagian dalam membuat persembahan ketika itu.

"Konsert kali ini lebih menarik dengan menampilkan artis jemputan istimewa Repvblik, iaitu artis berkumpulan dari Indonesia yang akan membuat persembahan pertama kalinya di Sabah. Kumpulan Repvblik yang terkenal dengan lagunya seperti Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga sememangnya banyak dinyanyikan di pusat -pusat karaoke oleh kalangan masyarakat Sabah.
Baca artikel berkait: Konsert Ke-2 Kupi Kupi FM 2017
"Selain itu, konsert tersebut juga menampilkan artis-artis tempatan seperti Adex, Esther Applunius, Sharin Amud, Evaritus Gungkit, Felix Agus, Nubornmusic, Velvet, Francis Landong, Den Bisa, Mary Intiang, Loytive, Jestie Alexius, Bamboowoods dari SMK. Tamparuli," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Konsert KupiKupiFM diadakan di Souled Out, Imago Shopping Mall, hari ini.

Barisan Artis Konsert KupiKupiFM


Sementara itu, konsert KupiKupiFM pada tahun ini mempunyai sedikit kelainan berbanding konsert pada tahun lepas iaitu dengan memperkenal program atau aktiviti "Singgah Kupi Kupi" sebagai tujuan untuk menjadikan konsert ini lebih berorientasikan kekeluargaan. Aktiviti ini dijangkan akan bermula pada jam 12:00 tengah hari bagi membolehkan peminat atau pengunjung menikmati suasana meriah sebelum konsert bermula. Terdapat banyak gerai makanan dan minuman sepanjang konsert itu berlangsung. Disamping, pengunjung akan dihiburkan oleh sekumpulan busker yang ditaja oleh Adin Entertainment. Adin Entertainment juga akan mengedarkan belon percuma kepada kanak-kanak yang datang berkunjung. Selain itu, krew Kupikupi juga akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk tontonan dan hiburan pengunjung sebelum konsert bermula.

Menariknya, semua pengunjung yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan tiket bertuah. Hadiah-hadiah tersebut antaranya adalah seperti 40 inci Panasonic LED HD TV, baucer tunai yang ditaja oleh COURTS Malaysia dan tiket penerbangan ditaja oleh Air Asia. Seperti tahun lalu, kaji selidik bertujuan untuk memahami keutamaan dan keperluan pendengar juga akan dijalankan. Maklumat hasil kajian tersebut semestinya akan membantu mengemaskini strategik dan pendekatan stesen radio pada masa akan datang dan keputusan kaji selidik akan dikongsi kepada semua pengiklan dan potensi klien.

Felix Agus dan Dudu

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja dalam menjayakan konsert KupiKupiFM tahun 2017, khususnya KTI Group kerana menjadi penaja utama kepada kami, Coca-Cola, Ekonomi Corporation Digital Malaysia (MDEC), Sidma College, Celcom, Mega Boogie Sound dan Light Revolution dan Millenium Production dan tidak lupa juga kepada semua pendengar setia dan peminat kai. Tanpa sokongan anda konsert itu tidak mungkin tercapai. Kami menjemput dan berharap untuk melihat semua penduduk Sabah untuk menyertai kami dalam sambutan ulang tahun pertama KupiKupiFM." Lester mengakhiri sidang media.


Sumber:

1. Sidang Media Sempena Konsert KupiKupiFM, Soulde Out, Imago Shopping Mall, 8 Mac 2017.
2. Facebook KupiKupiFM (Gambar)

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading KupiKupiFM Meraikan Ulang Tahun Pertama Dengan Konsert Percuma. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "KupiKupiFM Meraikan Ulang Tahun Pertama Dengan Konsert Percuma"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top