Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Konsert Carta Lagu Paling Manang (2016) Berlangsung 11 Mac 2017

Kehangatan Konsert Carta Lagu Paling Manang (CLPM) SabahFM 2016 semakin terasa khususnya kepada peminat setia industri hiburan dan muzik Sabah. Konsert CLPM SabahFM 2016 ialah program anjuran oleh Jabatan Penyiaran, menerusi Unit Sabah FM dan konsert ini merupakan terbitan oleh DJ Yati dan DJ Nieza (YAZA). Konsert CLPM SabahFM bakal diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di Dewan Tun Hj. Mustapha, Lahad Datu. Antara penyampai SabahFM lain yang terlibat dalam menjayakan konsert ini adalah DJ Lai Manja, DJ Sabrina, DJ FK, DJ Saat dan DJ Arif.

Konsert Carta Lagu Paling Manang 2016

Daerah Lahad Datu telah dipilih sebagai lokasi Konsert Carta Lagu Paling Manang SabahFM untuk pelaksanaan tahun 2017. Menurut Penerbit Bersama konsert ini, DJ Nieza, konsert diadakan di Lahad Datu adalah sebagai salah satu langkah Sabah FM untuk mendekatkan masyarakat luar bandar dengan penyanyi tempatan dimana mereka dapat berjumpa dengan artis tempatan dengan lebih dekat lagi. "Memandangkan kebanyakan pendengar SabahFM adalah daripada Lahad Datu, justeru, daerah tersebut dipilih sebagai lokasi Konsert CLPM SabahFM pada musim ini untuk menghargai kesetiaan penduduk daerah berkenaan terhadap SabahFM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Mengimbas kembali pelaksanaan konsert sebelum ini, konsert pertama CLPM SabahFM 2014 telah didakan pada tahun 2015 di daerah Sipitang. manakala, konsert kedua CLPM SabahFM 2015 telah diadakan di daerah Menumbok pada tahun 2016.

Objektif Konsert CLPM

Objektif Konsert Carta Lagu Paling Manang ialah merupakan salah satu usaha SabahFM untuk turun padang mendekati masyarakat setempat terutama sekali kepada golongan muda menerusi aktiviti sosial, hiburan dan penyampaian maklumat.

Sementara itu, sepuluh artis akan membuat persembahan semasa Konsert CLPM itu berlangsung. Artis-artis yang membuat persembahan tersebut dipilih berdasarkan sepuluh (10) buah lagu Paling Manang sepanjang tahun 2016. Penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan seperti S. Welly.


10 Lagu Paling Manang Sepanjang Tahun 2016

1. Tajuk Lagu : Kau Fikirlah
    Penyanyi : Larry Boy ft. Aegy P.O.P

2. Tajuk Lagu : Cinta Terbaik
    Penyanyi : Rubisa Tiasin

3. Tajuk Lagu : Kumpulan Albab
    Penyanyi : Cinta Sebatang Lilin

4. Tajuk Lagu : Lupakan Aku
    Penyanyi : Marllenney Fen

5. Tajuk Lagu : Mana-Mana Saja
    Penyanyi : Jonathan Tse ft. Marllenney Fen

6. Tajuk Lagu : Suka Selfie
    Penyanyi : Danz

7. Tajuk Lagu : Dulu-Dulu
    Penyanyi : Sharin Amud Shapri

8. Tajuk Lagu : Dalam Hati Ini
    Penyanyi : Tyqa Buloonk

9. Tajuk Lagu : Jangan Pandang-Pandang
    Penyanyi : Izzi

10. Tajuk Lagu : Ujung-Ujung
    Penyanyi : Gedion Hilarius

Aktiviti Lain

Pelbagai aktiviti lain yang akan dianjurkan bersama oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik semasa Konsert CLPM itu berlangsung. Antara aktiviti tersebut adalah Forum Anjung At-Taqwa@sabahfm yang dijadualkan pada 9 Mac 2017, di Masjid Ar-Raudhah, siaran langsung solat fardu Jumaat pada 10 Mac 2017, di Masjid Ar-Raudhah dan aktiviti Ging Bubut SabahFM juga akan diadakan pada 11 Mac 2017. Antara pengisian aktiviti Ging Bubut SabahFM ini adalah mengadakan kuiz dan pihak krew SabahFM juga akan memberikan hadiah kepada pemenang yang bertuah.

SabahFM menyasarkan seramai 2,000 orang yang akan menghadiri Konsert Carta Lagu Paling Manang 2016. Kesempatan itu, SabahFM menjemput dan menyeru masyarakat Sabah, khususnya penduduk di daerah Lahad Datu dan sekitarnya untuk turut serta bersama-sama memeriakan lagi Konsert CLPM ini. Konsert bermula pada pukul 8:00 malam dan masuk adalah PERCUMA. Konsert ini juga boleh diikuti secara langsung menerusi Sabah FM (mengikut frekuensi daerah / kawasan masing-masing).

Sumber:

1. Penerbit Bersama Konsert Carta Lagu Paling Manang DJ Nieza, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Konsert Carta Lagu Paling Manang (2016) Berlangsung 11 Mac 2017. Please share...!

Post Comment

2 Comment for "Konsert Carta Lagu Paling Manang (2016) Berlangsung 11 Mac 2017"

Semoga entri ini dapat terima trafik meroket, in Sha Allah.

Terima kasih kerana sudi join segmen saya.

Nampak gayanya memang meroket juga. Terima kasih saudara Hasrul Hassan :-)

Moga terus mendapat ilmu daripada saudara HH. Salam ceria...

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top