Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

'Kau Fikirlah' Dinobatkan Sebagai Lagu Paling Manang SabahFM 2016

LAHAD DATU: Lagu 'Kau Fikirlah' telah dinobatkan sebagai Lagu Paling Manang SabahFM 2016 sempena Konsert Carta Lagu Paling Manang 2016 yang berlangsung pada 11 Mac 2017, Sabtu lalu di Dewan Tun Datu Hj Mustapha, Lahad Datu. Lagu Kau Fikirlah ciptaan oleh Ben Simon Bukag dan lirik oleh Benn Simon Bukag dan Aegy P.O.P ini membawah tuah kepada penyanyi kolaborasi antara Larry Boy dan Aegy P.O.P.

Lagu Paling Manang SabahFM 2016: Larry Boyy & Aegy P.O.P
Pemenang Anugerah Lagu Paling Manang SabahFM 2016: Larry Boyy & Aegy P.O.P
Larry Boyy berkata, "Saya sangat bersyukur sebab mendapat pengiktirafan melalui lagu ini. Saya sebenarnya tidak menjangka apa-apa kerana kesemua lagu bagus-bagus belaka dan banyak kali menjadi juara mingguan berbanding lagu saya. Justeru, memang tidak berharap. Fokus saya hanya tertumpu untuk membuat persembahan dengan Aegy. Namun, bila lagu 'Kau Fikirlah' diumumkan sebagai pemenang utama, saya speechless. Kesempatan ini saya mahu berterima kasih kepada Benn Simon sebab buat lagu yang best ini. Ucapan terima kasih juga kepada Aegy sebab sudi berkolaborasi dengan saya; keluarga, saudara mara, sahabat handai dan ahli dalam closed group saya sebab menyokong sejak lagu ini mula tercalon pada awal tahun hinggalah lagu ini dinobatkan sebagai Lagu Paling Manang SabahFM menerusi Konsert CLPM, Sabtu lalu. Syukur," katanya.

Pemenang Anugerah Lagu Paling Manang SabahFM 2016: Larry Boyy
Larry Boyy
Aegy P.O.P yang juga memenangi Anugerah Artis Pilihan Penyampai tidak menyangka dan mengetahui ada anugerah sebegini dalam CLPM. "Ingatkan saya datang untuk perform saja. Rupanya ada anugerah, jadi saya rasa sangat bertuah dan berbangga.

Pemenang Anugerah Lagu Paling Manang SabahFM 2016: Aegy P.O.P
Aegy P.O.P
"Saya sangat gembira, saya tidak sangka dapat dua anugerah pada malam itu. Ini semua hasil kerja keras selama ini dan berkat doa daripada ibu bapa dan seluruh keluarga serta insan tersayang. Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang diberi. Terima kasih kepada rakan seperjuangan Larry Boyy yang beri kepercayaan kepada saya untuk berduet dalam lagu beliau.  Terima kasih Sabah FM!," Aegy P.O.P mengakhiri perbualan.

Mereka berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Pemenang Anugerah Artis Popular (Pilihan): Diddy
Didi Albab
Sementara itu, pemenang Anugerah Artis Popular (pilihan) dimenangi oleh Rosdee Mohd Yusoff @ Diddy, vokalis Kumpulan Albab menerusi lagu Cinta Sebatang Lilin. Anugerah Persembahan Terbaik (pilihan) dimenangi oleh Sharin Amud Shapri menerusi lagu Aramai Dulu-Dulu. Kesemua pemenang masing-masing menerima tropi dan sijil.

Sambutan konsert sanggat menggalakkan walaupun hujan turun namun ruang dewan dipenuhi lebih daripada 2,000 orang penonton. Penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan seperti S. Welly. dengan lagu popularnya Gadis Sabah dan Jomblo Happy yang dipopularkan oleh kumpulan Gamma dari Indonesia.

Pemenang Anugerah Persembahan Terbaik (Pilihan): Sharin Amud Shapri
Sharin Amud Shapri

Tetamu kehormat yang turut hadir menjayakan Konsert Carta Lagu Paling Manang (CLPM) SabahFM 2016 adalah YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur, Ahli Parlimen P.188 Silam, merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Haji Mohd Suhaili Bin Haji Said, ADUN N.49 Tungku, merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah MUIS. Pegawai Daerah lahad Datu, Tun Iman Bin Ali, dan wakil Pengarah Penyiaran Sabah, Encik Jali Jambolt juga turut sama menyaksikan konsert tersebut.

Penerbit CLPM: DJ Yati & DJ Nieza
Penerbit CLPM: DJ Yati (kiri) & DJ Nieza (kanan) (YAZA)
Hiburansabah.com ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Konsert Carta Lagu Paling Manang (CLPM) SabahFM 2016 khususnya kepada semua pemenang anugerah mengikut kategori.



Sumber:
1. Penerbit Konsert Carta Lagu Paling Manang (CLPM) Sabah FM, DJ Nieza.


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 'Kau Fikirlah' Dinobatkan Sebagai Lagu Paling Manang SabahFM 2016. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "'Kau Fikirlah' Dinobatkan Sebagai Lagu Paling Manang SabahFM 2016"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top