Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Siri Jelajah Promosi Atmosfera Dan Single 'Berakhirlah Sudah'

Atmosfera tampil menggegarkan industri hiburan dan muzik bukan sahaja di Sabah tetapi Malaysia secara keseluruhannya. Ini merupakan satu batu loncatan kepada kumpulan Atmosfera yang berasal dari Sabah untuk terus kukuh bertapak  dalam industri hiburan dan muzik negara. Hiburansabah.com difahamkan, minggu lalu merupakan minggu yang agak sibuk buat kumpulan Atmosfera dalam program jelajah promosi mereka.

Jelajah Promosi Atmosfera
Siri Jelajah Promosi Kumpulan Atmosfera dan single Berakhirlah Sudah
Atmosfera yang terkenal dengan lagu Demi Si Kici dianggap merupakan artis kumpulan berasal dari Indonesia khususnya oleh peminat setia industri hiburan dan muzik / pendengar di Malaysia Barat, Semenanjung Malaysia. Pendapat sedemikian juga wujud kalangan pendengar di Sabah.

Mengimbas kembali temu ramah bersama Atmosfera sebelum ini, Atmosfera sememangnya merupakan kumpulan artis yang berasal dari Keningau, Sabah. Atmosfera yang terdiri daripada dua orang artis iaitu: Hezron dan Ganak merupakan Bumiputera Sabah yang berbangsa Dusun.

"Atmosfera ingin memaklumkan bahawa Hezron dan Ganak (Atmosfera) merupakan 100% original orang Dusun, bukannya dari Indonesia. Namun, ramai yang keliru Atmosfera berasal dari mana. Kami cuma mengikuti konsep muzik dan meminati lagu-lagu genre Pop Indonesia." (Sumber: Temu ramah bersama Atmosfera pada 22 Februari 2017).


Matlamat utama jelajah promosi yang berlangsung selama tujuh (7) hari, bermula pada tanggal 6 Mac (Isnin) hingga 12 Mac 2017 (Ahad) itu adalah bertujuan untuk mempromosi kumpulan Atmosfera dan single 'Berakhirlah Sudah'. Jelajah promosi ini sangat padat memandangkan kumpulan Atmosfera ketika itu masih kurang dikenali dan dianggap sebagai kumpulan yang berasal dari Indonesia. Hiburansabah.com cuba dan berjaya untuk mendapat info mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang jelajah promosi dijalankan daripada En. Andrew Uyu (individu yang bersama sepanjang sesi jelajah Atmosfera).

Single Baru Atmosfera
Rakaman Single Baru (dari kanan) Hezron, Ganak, Andrew Uyu, Boss Bratt, Kaiho, Harry Khalifah dan Hadi
 Menurut En. Andrew Uyu, hari pertama jelajah promosi, Atmosfera mengadakan sesi photoshoot dan temu bual bersama akhbar Utusan dan Kosmo di Chan Sow Lin, temu buat bersama Majalah URTV di bangi dan seterusnya sesi temu buat secara langsung bersama Radin melalui radio ERA FM. Pada hari kedua (7 Mac),  Atmosfera mengadakan rakaman temu bual radio dalam Carta Suria FM 30, Carta Era 30 dengan Nabil dan paling bersejarah Atmosfera mengadakan rakaman sebagai Pencalonan Baru Muzik-Muzik 32 di Sri Pentas 2 Shah Alam. Keesokan harinya, Atmosfera pula mengadakan sesi jelajah promosi melalui Malaysia Hari Ini (secara langsung ), sesi THR Gegar AM Show, THR Carta Hits Gegar, sesi temu bual bersama wartawan POP TV di Sri Pentas dan rakaman secara langsusng menerusi temu bual bersama El dan Haziq, melalui radio Hot FM. Pada hari keempat (9 Mac), sesi photoshoot bersama Media Hiburan, temu bual serta persembahan akustik Atmosfera di Karangkraff Shah Alam. Seterusnya, pada 10 Mac, Atmosfera mengadakan sesi temu bual bersama dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (Live TV Program) di Angkasapuri. Manakala,  Atmosfera telah membuat rakaman single baharu pada 10 Mac. Hari berikutnya (11 Mac), aktiviti Atmosfera lebih tertumpu kepada sesi membuat penggambaran untuk video single terbaru mereka. Hari terakhir jelajah iaitu pada 12 Mac 2017, Atmosfera mengadakan promosi terakhir mereka secara langsung menerusi rancangan TV Nasi Lemak Kopi O.

Atmosfera yang merupakan artis berkumpulan di bawah naungan Syarikat Rusa Music, Kuala Lumpur mengharapkan melalui jelajah promosi ini, masyarakat Malaysia lebih mengenali kumpulan Atmosfera kelak.

Atmosfera Bersama Dengan Ronney Hussin (Ex Hypratch)
Bersama dengan Ronney Hussin, ex hyperatch
"Kami berharap dengan adanya jelajah promosi ini, rakyat Malaysia lebih mengenali kumpulan Atmosfera, kumpulan artis yang sememangnya berasal dari Sabah, Malaysia, bukan dari Indonesia sebaliknya. Kami juga berharap agar kehadiran Atmosfera dan mudah-mudahan single atau lagu-lagu kami yang akan datang boleh diterima oleh semua semua peminat dalam industri hiburan dan muzik tanpa mengira lapisan masyarakat Malaysia.

"Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat Rusa Music kerana telah memberikan peluang kepada Atmosfera untuk bernaung di bawah Syarikat Rusa Music. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga tercinta, saudara mara, sahabat handai dan khususnya kepada semua peminat kami di luar sana atas sokongan yang diberikan kepada Atmosfera selama ini. Tanpa anda semua, siapalah Atmosfera? Terus menyokong Atmosfera dan teruslah mengundi single Berakhirlah Sudah." Atmosfera mengakiri perbualan ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, hari ini.

Sumber:
1. Kumpulan Atmosfera: Hezron dan Ganak.
2. En. Andrew Uyu (individu yang bersama sepanjang sesi jelajah Atmosfera).



Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Siri Jelajah Promosi Atmosfera Dan Single 'Berakhirlah Sudah'. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Siri Jelajah Promosi Atmosfera Dan Single 'Berakhirlah Sudah'"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top