Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Ibu Adam AF Selamat Dikebumikan

Adam AF 2
ADAM membaca doa di pusara ibunya, Allahyarhamah Noorsarinah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Inanam Laut, Kota Kinabalu - Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Jenazah ibu naib juara Akademi Fantasia musim kedua, Adam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Inanam Laut, dekat sini, jam 11:45 pagi, semalam (12 Mac 2017).

Sekurang-kurangnya 100 ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, rakan serta penduduk kampung membantu menguruskan jenazah. Mohd Aizam Mat Samun, 34, atau popular dengan panggilan Adam tutut membantu menyempurnakan pengebumian arwah ibunya. 

Allahyarhamah Noorsarinah, 53, meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung. Arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7:45 malam pada Sabtu, 11 Mac 2017 di Hospital Queen Elizabeth. Sebelum ini, arwah dilaporkan pernah menjalani pembedahan jantung pada bulan lalu dan sejak itu berada di bawah pemantauan doktor. Arwah meninggalkan suami dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 33 tahun.


ADAM ketika ditemui selepas pengebumian ibunya di di Tanah Perkuburan Islam Kg. Inanam Laut, Kota Kinabalu - Foto Mohd Adam Arinin

Sementara itu, Adam berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan ibunya yang nazak sekitar 7:30 malam ketika dalam perjalanannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Saya memang sudah merancang awal untuk balik ke Kota Kinabalu semalam, namun tidak menyangka arwah ibu pergi pada hari yang sama. Arwah ibu telah menghidap sakit jantung sejak tahun 2010 lagi dan menjalani pembedahan pintasan jantung pada awal bulan lalu. Selepas pembedahan itu, ibu terus dimasukkan ke dalam wad khas bagi pemantauan rapi." katanya.

Kali terakhir Adam bertemu dengan ibunya pada minggu lalu ketika penyanyi itu pulang ke Sabah dan sempat menemani ibunya mendapatkan rawatan di HQE.

Hiburansabah.com mengambil kesempatan ini untuk merakam salam takziah kepada penyanyi Adam dan keluarganya atas pemergian ibu tercinta. Semoga roh arwah aman bersemadi di sana, dicucuri rahmat dan tergolong antara kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Sumber:
1. Ibu Adam AFF Selamat Dikebumikan, Berita Harian
2. Ibu Adam selamat dikebumikanm Harian Metro
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Ibu Adam AF Selamat Dikebumikan. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Ibu Adam AF Selamat Dikebumikan"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top