Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Eylia Wakil Kota Kinabalu Dinobatkan Juara Bintang Remaja 2017

SANDAKAN: Eylia Eyre Guntabid dinobatkan sebagai Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah edisi 2017 sekaligus mengalahkan 6 lagi peserta akhir lain yang berlangsung di Padang Bandaran Sandakan, Sabtu lepas.

Pemenang Bintang Remaja Sabah 2017
Pemenang Bintang Remaja Sabah 2017

Lagu yang berjudul Listen telah membawa tuah kepada Eylia dalam Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017. Peserta yang mewakili Kota Kinabalu ini berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Nurul Atiqah Azis yang mewakili Kota Marudu merupakan pemenang tempat kedua. Nurul Atiqah yang mempersembah nyanyiannya bertajuk Bertakhta Dihati membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Adryan Dabial Jiram, mewakili Labuan yang sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM700, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

Manakala, empat peserta akhir lain, Mohd Firman Sharif (Pitas), Syarweena Yajit (Sandakan), Sylvilina Bily (Kota Kinabalu) dan Joel Sonny Saimin (Kota Kinabalu) masing-masing menerima hadiah saguhati.

Juara Bintang Remaja Sabah 2017
Juara Bintang Remaja Sabah 2017
Kesemua hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.

Bintang Remaja merupakan salah satu pertandingan nyanyian anjuran RTM Sabah dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Program Sehati @RTM Sandakan

Buat pertama kalinya Bintang Remaja dianjukan diluar Kota Kinabalu sempena Program Sehati @RTM yang berlangsung di Sandakan sejak Khamis hingga Sabtu. Program Sehati @RTM diisi dengan pelbagai acara antaranya bersama Ging Bubut Sabahfm dan penyampaian bantuan kepada warga memerlukan selain warga Sabah VFM yang turun padang turut membawa pemimpin mendekati rakyat.

Gambar Kenangan Peserta Bersama Penolong Pengarah Hiburan & Muzik (Tengah Berbaju Kuning), Kombo RTM dan Krew RTM KK dan Sandakan FM
Terdahulu, ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya ketika berucap berkata, RTM sebagai penyiar rasmi kerajaan yang melaksanakan program bersama-sama pemimpin di sebuah kawasan amat bertepatan kerana ia bukan sahaja membawa kakitangan RTM bertemu pendengar dan penonton malah memberi ruang kepada pemimpin mendekati rakyat.

Beliau juga mengajak orang ramai menjadikan RTM, media rasmi kerajaan sebagai medium dalam mendapat maklumat yang benar dan sahih.

ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya Menyampaikan Hadiah
ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya Menyampaikan Hadiah
Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Haji Ali Haji Ngasio, Pengarah Penyiaran Labuan, Rihani Harituddin, Timbalan Pengarah Penyiaran dan Malinaziah Haji Datu Julaspi dan Ketua Penolong Pengarah Radio, Narry Lako.

Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Eylia Wakil Kota Kinabalu Dinobatkan Juara Bintang Remaja 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Eylia Wakil Kota Kinabalu Dinobatkan Juara Bintang Remaja 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top