Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Elica Berada Kedudukan Dua Terbawah, Nitezen Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam

Peminat dan pengikut setia dikejutkan dengan kedudukan Elica Mentor Milenia 2017 yang berada pada kedudukan dua terbawah dalam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017. Elica yang disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu, walau bagaimanapun, diselamatkan apabila Datuk Hattan menggunakan kuasanya sebagai juri mengambil keputusan untuk tidak membuat penyingkiran pada malam tersebut.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Sungguh dramatis apabila Datuk Hattan mencampakkan 'kad penyingkiran' tersebut supaya Elica dan Along tidak disingkirkan.

"Saya berpendapat Along membuat persembahan yang sedap, dia nyanyi sangat baik. Jadi, saya agak terperanjat apabila dia berada pada kedudukan 2 terbawah. Begitu juga dengan Elica, Elica sangat konsisten setiap minggu. Justeru, saya juga harus bersikap adil atas semangat mereka, mereka harus diberi peluang. Kita tidak boleh matikan bakat yang ada tu dipertengahan ketika mereka tengah memuncak," Datuk Hattan dipetik sebagai mengulas tindakan mencampakkan kad tersebut.

Ditanya, jika terjadi lagi keadaan yang mana peserta dua terbawah adalah merupakan peserta yang sentiasa konsisten dan persembahannya bagus pada minggu hadapan, Datuk Hattan menegaskan bahawa beliau tetap dan akan fight mana yang betul.

Sementara itu, netizen melahirkan rasa tidak puas hati terhadap juri awam terhadap markah yang diberikan kepada Elica. Netizen menyifatkan juri awam tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian sedap didengar namun markah yang diberikan sedikit dan sebaliknya markah penuh diberikan terhadap nyanyian yang tidak sedap.

Berikut merupakan quotes pandangan netizen terhadap juri awam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017;

Netizen Lahir Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam
Netizen Lahir Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam

Netizen juga berpendapat bahawa keputusan Datuk Hattan pada malam tersebut merupakan satu tindakan yang bernas. Malah, tidakan Datuk Hattan tersebut mendapat banyak pujian oleh netizen melalui media sosial facebook.

Berikut merupakan pandangan netizens terhadap tindakan Datuk Hattan, juri tetap Mentor Milenia 2017.
Netizen Menyokong Tindakan Datuk Hattan
Netizen Menyokong Tindakan Datuk Hattan

Konsert keempat Mentor Milenia yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, melalui saluran Media Prima TV3. Mengimbas kembali persembahan Elica Mentor Milenia, Elica menyanyikan lagu yang bertajuk Benci Tapi Rindu, lagu yang dipopularkan oleh Diana Nasuton.

Komen Juri

Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang penyanyi club kerana persembahan dan vokal yang begitu mantap serta menyifatkan Sabah mempunyai ramai bakat yang berkualiti.

"First of all, saya rasa malam ni dah macam final. Tapi semangat ini yang kita mahu walaupun baru memasuki konsert minggu kelima tetapi persembahan oleh kesemua protege saban minggu meningkat naik dan minggu ini kesemua persembahan sangat drastik peningkatannya. Elica memang konsisten, saya tahu awak memang sudah bersedia untuk menuai duit yang banyak masuk nanti.Tapi apa pun awak tidak boleh over confidence. Minggu ni, minggu depan apapun boleh terjadi. Jadi awak perlu kekalkan momentum ini," katanya.


Sementara itu, Awi Rafael selaku juri jemputan konset kelima Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan lagu yang disampaikan oleh Elica akan menjadi 'hit song'.

"Saya sebenarnya tak fokus sebab suara semua protege perempuan hebat. Bermula daripada Shira, Balqis, Qhalysa dan sekarang ini Elica. Awie rasa is a hit song!," katanya.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017

Komen Mentor Akim

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada juri awam, juri tetap dan juri jemputan. Terima kasih atas komen dan juga markah kepada Elica.

Keluar pagi balik malam,
Untuk anak isteri, kami bekerja,
Kesian saya dan Black ini malam,
Protege kami tingal satu saja.

Sementara itu, Akim menyampaikan pesan kepada penonton-penonton untuk mengundi protegenya Elica Mentor Milenia. Pesanan tersebut diungkapkan melalui pantun sedemikian:

Petang-petang jalan dengan abah,
Sambil jalan cerita pasal keluarga,
Protege saya asal dari Sabah,
Mohon undi di website TV tiga.

Sebagai mengulas Elica yang terselamat disebabkan tiada penyingkiran Akim berkata, "Saya nak ucapkan tahniah kepada semua protege kerana layak berentap untuk minggu yang seterusnya. Apa yang saya boleh katakan kepada penonton-penonton di rumah jangan terpengaruh dengan juri awam. Bagi undian sepenuhnya kepada protege kesayangan anda dan jangan biarkan mereka tersingkir begitu sahaja. Sia-sia bakat mereka," katanya.

Baca artikel berkait: Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan

Elica Mentor Milenia yang berada pada kedudukan dua terbawah dalam konsert kelima ini masih berpeluang untuk meneruskan perjuangannya berentap dengan peserta lain dalam Konsert Keenam Mentor Milenia 2017. Elica diselamatkan oleh kuasa sebagai juri tetap Datuk Hattan, dan seterusnya, sekali lagi kita meyaksikan tidak ada penyingkiran yang dibuat pada malam tersebut. Namun, adakah Elica akan menebus kedudukan tersebut pada minggu hadapan? Adakan Elica akan buat sehabis mungkin untuk persembahan minggu depan?

Namun, dijangkakan lebih ramai penyingkiran akan dibuat pada konsert minggu depan jikalau persembahan oleh semua protege tidak memuaskan. Apa cerita minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dan peserta lain dalam Konsert Minggu Keenam Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 2hb April 2017, jam 9.00 malam.

Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 26hb Mac 2017.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Elica Berada Kedudukan Dua Terbawah, Nitezen Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam. Please share...!

Post Comment

1 Comment for "Elica Berada Kedudukan Dua Terbawah, Nitezen Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam"

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top