Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Audition Ke-2 The Battle Voice Star of Sabah Artiste 26 Mac 2017

ALIFF SOUNDER & PRODUCTION sekali lagi akan mengadakan audition kedua yang dijadualkan pada 26 Mac bagi memberi peluang kepada artis lain yang tidak berkesempatan untuk datang semasa audition pertama pada 12 Mac lalu.

RANAU: Sesi audition The Battle Voice of Sabah Artiste telah diadakan pada Ahad lalu, 12hb Mac 2017 bermula jam 9:00 pagi hingga jam 4:00 petang, bertempat di Dewan Mayarakat Ranau, Sabah.

Pn. Lydia Kalidin, Pengarah Program The Battle Voice of Sabah Artiste berkata, "Audition pada 12 Mac lalu menyaksikan peserta yang datang kebanyakannya merupakan peserta dari Pantai Timur Sabah. Peserta yang berasal dari Lahad Datu mencatat penyertaan yang paling ramai," katanya.

Audition Ke-2 The Battle Voice Star of Sabah Artiste
Audition Kali Kedua The Battle Voice Star of Sabah Artiste

"Secara keseluruhannya, seramai 30 peserta yang mengambil bahagian sepanjang sesi audition itu dijalankan. Walau bagaimanapun, ramai artis lain yang tidak dapat datang kerana mungkin disebabkan acara bersilang dengan Program Carta Lagu Paling Manang (CLPM) di Lahad Datu. Sehubungan itu, ALIFF SOUNDER & PRODUCTION sekali lagi akan mengadakan audition kedua yang dijadualkan pada 26 Mac bagi memberi peluang kepada artis lain yang tidak berkesempatan untuk datang semasa audition pertama pada 12 Mac lalu. Saya menjangkakan lebih ramai artis yang akan tampil untuk mengikuti audition ke-2 ini nanti."

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Hiburansabah.com, semalam.

Sementara itu, juri jemputan audition The Battle Voice of Sabah Artiste pada 12 Mac menampilkan barisan artis yang cukup berpengalaman dalam Industri Hiburan dan Muzik Sabah iaitu Apai Andrew Poniting, Asmin Mudin dan Diana Stephen Tuning. Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk ke peringkat semi-final.

Juri Audition The Battle Voice Star of Sabah Artiste
Juri Audition The Battle Voice Star of Sabah Artiste
The Battle Voice Star of Sabah Artiste merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh ALIFF SOUNDER & PRODUCTION milik penuh oleh Tuan Jamian Manan dengan kerja sama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Objektif utama pertandingan:

1. Mempelbagai aktiviti seni artis tempatan Sabah.
2. Sebagai platform perkenalan sesama artis. 
3. Memperluas pengaruh Aliff Sounder & Production.

Syarat Pertandingan:

1. Anda adalah seorang artis tempatan Sabah.
2. Memiliki album / single yang terdapat dalam mana-mana kompilasi album.
3. Anda merupakan artis tempatan Sabah, anda layak mengikuti audition tanpa mengira umur.
4. Tidak ada yuran penyertaan yang dikenakan.
5. Anda juga boleh menyertai pertandingan ini walaupun pernah membuat rakaman album di Semenanjung namun popular di Sabah.
6. Anda akan mengisi borang penyertaan semasa audition dijalankan.
8. Wajib membawa CD album sendiri atau CD kompilasi sewaktu mendaftar pada 26hb Mac 2017 sebagai bukti bahawa anda yang kami cari.
9. Artis Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum boleh membawa lagu dalam bahasa ibunda sendiri.
10. Anda akan menyanyikan lagu bebas ataupun lagu sendiri sewaktu audition.
11. Anda hendaklah menyanyikan satu lagu atau lebih, mengikut kehendak juri semasa audition dijalankan.

Gambar Peserta Audition Pertama 12 Mac 2017

Peserta The Battle Voice Star of Sabah Artiste

Peserta The Battle Voice Star of Sabah Artiste

Peserta The Battle Voice Star of Sabah Artiste


Peserta The Battle Voice Star of Sabah Artiste















Sumber:
1. Temubual bersama Pn. Lydia Kalidin, Pengarah Program The Battle Voice of Sabah Artiste

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Audition Ke-2 The Battle Voice Star of Sabah Artiste 26 Mac 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Audition Ke-2 The Battle Voice Star of Sabah Artiste 26 Mac 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top