Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Angelica Juara Mingguan Kali Kedua Mentor Milenia 2017

"Sebenarnya, saya tidak sabar mahu bekerjasama dengan awak pada minggu depan. Saya harap awak selamat dan boleh meneruskan experiment bersama dengan awak. Terima kasih, tahniah!," Akim  Mentor Milenia 2017.

Demikian ulasan komen Mentor Akmi terhadap persembahan daripada protegenya Elica untuk konsert minggu lalu. Persoalannya sebelum ini, adakah Elica mampu untuk mengekalkan juara mingguan pada minggu hadapan? Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Persoalan-persoalan yang timbul dalam artikel sebelum ini telah terjawab. Ternyata experimen antara Mentor Akim dan protegenya Elica pada konsert malam tadi membuahkan hasil apabila Elica sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Mingguan dalam Konsert Mentor Milenia 2017 untuk minggu keempat.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Konsert keempat Mentor Milenia yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, melalui saluran Media Prima TV3 menampilkan tema Mash-up. Elica Mentor Milenia yang mempersembah mash-up lagu bertajuk Obses dan Janji Manismu, dua lagu yang dipopularkan oleh Akim & The Majistret dan Aishah telah membawah tuah sekali lagi kepada gadis kelahiran Kampung Kibabar, Tambunan Sabah untuk terus mengungguli pentas Mentor Milenia 2017.

Komen Juri

Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang penyanyi club kerana persembahan dan vokal yang begitu mantap serta menyifatkan Sabah mempunyai ramai bakat yang berkualiti.

"Elica, minggu lepas awak mendapat standing ovation dan membuatkan kedua-dua juri profesional berdiri bulu roma (goose-bump). Awak punya material seorang juara. Elica memang menunjukkan tidak ada masalah dan consistent sejak daripada mula lagi, daripada segi persembahan pun sudah menunjukkan kreativiti. Awak penyanyi club ka? Sabah punya banyak talent yg bagus. Keep it up. keep it up the good work," katanya.


Sementara itu, Datin Alia selaku juri jemputan konset keempat Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan daripada Elica adalah luar biasa. Ditanya adakah Datin Alia berpuas hati dengan persembahan Elica, Datin Alia dipetik sebgai berkata, "Puas hati sangat. Persembahan yang luar biasa. Elica dah macam penyanyi artis yang profesional dan kalau Elica tak lepas ke final I tak tahu nak cakap apa," katanya.

Mentor Akim dan Hazamah Mentor Milenia 2017
Mentor Akim dan Hazamah Mentor Milenia 2017

Komen Mentor Akim

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri awam, juri tetap dan juri jemputan. Terima kasih untuk markah kepada Elica. Hai Elica, kalau orang Sabah bilang bah tu, apa tu, kalau kau menyanyi macam ini orang Sabah kata punya siok. Siok oh...Tahniah Elica, saya harap awak terus consistent, fokus dan juga jangan terlalu over confidence, sentiasa humble," Akim, memberikan komen dan pandangan kepada protegenya, Elica.

Baca artikel berkait: Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan

Elica Mentor Milenia yang menjadi juara mingguan dua kali berturut-turut secara langsung melayakkan beliau secara automatik untuk meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Milenia 2017 untuk konsert minggu pada minggu hadapan. Nitezen dan penyokong Elica mengharapkan Elica terus consistent dan mengekalkan juara mingguan. Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam Konsert Minggu Kelima Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 26hb Mac 2017 ini.


Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 19hb Mac 2017.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Angelica Juara Mingguan Kali Kedua Mentor Milenia 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Angelica Juara Mingguan Kali Kedua Mentor Milenia 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top