Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

'Tentang Cinta' Single Baharu Larry Boyy (artis Sabah)

Sejak usia 8 tahun beliau sememangnya sudah melibatkan diri secara aktif dalam nyanyian dan sering membuat persembahan atau menyanyi sejak di sekolah rendah dan majlis-majlis keramaian. Beliau yang dimaksudkan ialah Larry Leong. Larry yang mesra dengan panggilan Boyy merupakan artis Sabahan yang berasal dari Matunggong, Kudat dan telah melibatkan diri secara profesional dalam bidang seni suara pada tahun 2006 melalui Program Bakat Harapan dan Penghibur Minggu Ini Sabah FM, RTM Kota Kinabalau dan sehinggalah kini.

Artis Larry Boyy L.
Artis Larry Boyy L.
Menurut Boyy, pada mulanya menyanyi hanya untuk tujuan suka-suka sahaja disebabkan hobinya yang suka menyanyi, tetapi selepas mengikuti banyak pertandingan nyanyian di peringkat kampung, daerah; sama ada dalam dan luar daerah serta seluruh Sabah, justeru, Boyy mengambil keputusan untuk lebih serius dalam bidang seni suara ini.

"Boyy terfikir apa salahnya untuk lebih serius dengan minat saya ini dan menjadikannya sebagai kerjaya selain tugas hakiki yang sedang dijawat sekarang," katanya.

Boyy yang juga merupakan seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangasaan Temuno Teringai Darat, Kota Marudu menjadikan Marya Carey, Jaclyn Victor, Westlife dan Anuar Zain sebagai idolanya dalam industri hiburan dan muzik. Namun, untuk artis yang bukan sahaja menyanyi tetapi mengurus produksi serta menghasilkan karya-karya seninya, Boyy menjadikan Melly Goeslow dan KRU sebagai Idolanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hiburansabah.com, Isnin lalu.

Pencapaian

  • Juara Pertandingan Nyanyian Solo Sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Pendidikan (PSKPP) peringkat daerah Kota Marudu, empat (4) tahun berturut-tutut bermula pada tahun 2007 hingga 2010.
  • Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Bahagian pada tahun 2007, daerah Pitas.
  • Juara Pertandingan Nyanyian Sabah Music Idol pada tahun 2010
  • Juara Suara Emas Perpaduan peringkat Bahagian Utara pada tahun 2010.
  • Juara Pertandingan Lagu Patriotik peringkat daerah Kota Marudu.
  • Naib Juara Pertandingan Sugandoi peringkat daerah kecil Matunggong pada tahun 2011 dan 2012. 
  • Naib Juara Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Banggi pada tahun 2016.

Carta Lagu Tempatan

  • Anugerah Lagu Paling Manang 2016 (Kau Fikirlah) / Carta Lagu Paling Manang Sabah Fm.
  • Finalis CLAS Musim Ke-8 (Lagu Mencari Bintang) tahun 2015 / Sabah FM
  • Finalis LPK Musim Ke-5 (lagu Nung Kopiiso Toh) Tahun 2015 / Sabah VFM.
  • Finalis Gema Cipta UMS (Lagu The Inspiration) 2016.

Single / Album

Pada tahun 2012 beliau telah merakam album sulungnya Igitai Oku yang mengandungi 11 buah lagu dan satu (1) album kompilasi (Magahau) pada tahun 2015. Selain itu, Boyy telah menerbitkan single Kau Fikirlah pada tahun 2016 (Anugerah Lagu Paling Manang 2016 dalam Carta Lagu Paling Manang Sabah FM).

Terkini beliau giat mempromosi single terbaharunya bertajuk Tentang Cinta 2017. Lagu/lirik yang dicipta sepenuhnya oleh Boyy sendiri ini berkisahkan tentang percintaan. 

"Mungkin banyak jenis percintaan manusia, ada yang mudah mendapat cinta dan ada yang sebaliknya. Seperti hari ini, seseorang sukar untuk mendapatkan cinta tetapi sekali menemui cinta ternyata ia merupakan cinta sejati, cinta yang ikhlas dan sebenar-benarnya. Kebahagian adalah jawapan pada akhirnya," Boyy dipetik sebagai berkata menceritakan sinopsis lagu tersebut.

Tentang Cinta merupakan lagu arrangement / studio di bawah Pusakag Studio dan kini boleh didengar / diminta melalui siaran radio SabahFm, SandakanFm dan NasionalFM jika berada di luar Sabah.

Lagu Tentang Cinta merupakan antar lagu yang dicalonkan dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) 2017 (Minggu 1). Peminat dan penyokong Larry Boyy boleh mengundi lagu Tentang Cinta ini melalui pautan / link ini Tentang Cinta: Carta Lagu Paling Menang (CLAS) 2017. Pautan / link undian berbeza-beza setiap minggu.

Lagu Tentang Cinta - Larry Boyy L.
Lagu Tentang Cinta - Larry Boyy L.
Sementara itu, versi terkini lagu Igitai Oku kolaborasi nyanyian antara Larry Boyy dan Marlleynney Fane yang sebelum ini tidak melepasi tapisan SabahVfm (Siaran Dusun) disebabkan masalah lirik namun, sekarang ini sudah boleh didengari / request kembali melalui siaran radio SabahVfm (Siaran Dusun). Menurut Boyy lagi, MTV Igitai Oku bila-bila masa sahaja akan keluar di youtube. 

Versi Baharu - Igitai Oku oleh Mar & Larry
Versi Baharu - Igitai Oku oleh Mar & Larry
Selain menyanyi, Boyy juga pernah berlakon dalam telemovi rohani 'Ranting dan Pohon' arahan artis Bibiana Kinsun pada tahun 2015. Boyy pernah memikul tugas sebagai host untuk Showcase Cita Citata Live at Grand Borneo Hotel pada September 2015 selain menjadi artis jemputan pada acara yang sama juga Showcase Cita Citata sevara langsung di Kudat pada Julai 2015. Tambahan, Boyy juga pernahg membuat persembahan sempena Pre-Christmas Concert di Dorsett Hotel Labuan bersama dengan Tesa Indonesian Idol dan Andy Indonesian Idol pada November 2014. Disamping, menjadi juri pertandingan nyanyian di seluruh Sabah.

Peminat dan penyokong Larry Boyy boleh mengikuti perkembangan semasanya melalui Facebook Larry Mikahil 

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Lary Boyy Leong
2. Facebook Larry Mikhail

Qhalysa Kembali Sebagai Juara Mingguan Konsert Mentor Milenia 2017

Tiga kali berada pada kedudukan 2 terbawah dan nyaris-nyaris terkeluar pada minggu lepas, Qhalysa dengan ini sekali lagi membuktikan bahawa dia masih punya rezeki dalam Mentor Milenia 2017.

Qhalysa dalam konsert minggu kelima Mentor Milenia yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu, 26 Mac 2017 mempersembah lagu yang bertajuk All I Ask. Lagu yang dipopularkan oleh Adel ini telah membawah tuah kepada Qhalysa untuk mencul sebagai Juara Mingguan untuk Konsert Kelima Mentor Milenia 2017 dan seterusnya melayakkan beliau untuk terus berentap dalam saingan seterusnya.

Qhalysa Mentor Milenia 2017
Qhalysa Mentor Milenia 2017
Minggu lepas, Qhalysa sekali lagi berada pada kedudukan dua terbawah. Datuk Hattan menyifatkan Qhalysa kembali dengan melakukan kesilapan yang sama iaitu swallow the words.

"Qhalysa memang ada power dalam vokal tetapi Qhalysa kembali buat perkara yang sama seperti sebelumnya. Awak swallow the words. Projection suara, kita (pendengar) kadang-kadang tak tahu apa yang Qhalysa lontarkan. Awak suka swallow the words. Perkara tu dah datang balik, minggu lepas (minggu ketiga) dah bagus, dah tak da masalah tu tapi minggu ni ia datang balik. Sepatutnya dah minggu keempat, perkara ni dah tak ada lagi dik. So I believe mentor awak boleh betulkan perkara tu kembali. Qhalysa ada suara yang bagus, vokal cantik, rugi kalau tak dibetulkan" katanya.

Komen Juri

"Qhalysa, tidak sia-sia saya taruh awak minggu lepas. Hari ini dalam minggu kelima ni, cukup-cukup membanggakan saya especially you Qhalysa, awak dah datang balik. Ini yang kami tunggu, ini senjata yang awak ada. pakaian pun kena dengan lagu. Saya ucapkan tahniah untuk Tomok. Qhalysa memang awak sudah datang kembali, good Qhalysa. Keep it up. Keep it up Girl," Datuk Hattan dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Awi Rafael berpendapat, "Saya suka dengan nama Qhalysa, saya suka dengan awak unya imej, simple girl. Sekali tengok dia punya suara keluar, Allahhuakbar, wow! Saya rasa kita dah jumapa Adel Malaysia kita, tapi mungkin lebih baik." katanya, ketika mengulas persembahan dan vokal Qhalysa.

Komen Mentor Tomok

"Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada juri awam, juri tetap dan juri jemputan dan mereka yang mengundi di rumah. Saya sebagai mentor, saya rasa sangat berbangga sebab awak tiga kali berada dua (2) terbawah. Nyaris dah terkeluar. Dah terkeluar pun pada minggu lepas tetapi masuk balik. Jadi semangat apa yang awak ada tu, datangnya daripada awak bukan daripada saya. Jadi tahniah untuk awak," demikian, Tomok, Mentor kepada Qhalysa  yang sangat gembira memberikan ulasan dan pandangan terhadap persembahan protege-nya.

Sementara itu, berikut merupakan pantun yang disampaikan oleh Tomok:

Masau taucu dengan bahulu,
Lepas tu, masak pula kuih bahulu,
Minggu lepas awak bottom two,
Insyallah minggu ni, awak nombor satu.

Adakah Qhalysa mampu untuk mengekalkan juara mingguan pada minggu hadapan? Atau mungkin Qhalysa akan mengulangi perkara yang sama 'swallow the words'? Dan apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Qhalysa seterusnya? Sama-sama kita nantikan persembahan daripada Qhalysa dalam Konsert Minggu Keenam Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 2hb April 2017 ini.

Sumber: 
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 26hb Mac 2017.
2. Instagram Qhalysa_Official Mentor Milenia 2017  

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun SabahVfm Berlangsung 8 April 2017

Daerah Ranau sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi pertandingan Juara Carta Lagu Dusun. Menurut Penerbit pertandingan ini, Matinin Yukim @DJ MY, lokasi pertandingan Juara Carta Lagu Dusun ini dijalankan secara bergilir-gilir di setiap daerah yang majoriti penduduknya merupakan kalangan Dusun. Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016 bakal diadakan pada 8 April 2017, Sabtu bertempat di Dewan Masyarakat Ranau, Ranau bermula jam 7.00 malam.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016
Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016
Penganjur pertandingan Juara Carta Lagu Dusun ialah Sabah VFM RTM Kota Kinabalu (Siaran Bahasa Dusun) dengan kerja sama Pejabat Daerah Ranau.

Rancangan Bontugan Sinding Dusun pada asalnya diterbitkan sejak awal tahun 1990an namun hanya untuk siaran radio bahasa Dusun. Bermula tahun 2007, Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun buat pertama kalinya dipertandingkan di depan khalayak penonton yang bertempat di Ranau, Sabah. Juara Carta Lagu Dusun kali kedua telah diadakan pada tahun 2009 bertempat di Ranau. Kali ketiga pada tahun 2011 di Tambunan. Seterusnya, di Tamparuli pada tahun 2013 dan kali yang kelima Juara Carta Lagu Dusun telah diadakan di Matunggong, Kudat pada tahun 2015.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun Musim Ke-6 2015/2016 dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.30 Karanahan.

Objektif Pertandingan JCLD

Objektif Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun adalah untuk memartabatkan lagu-lagu tempatan khususnya Dusun dan juga untuk menghargai sumbangan para penggiat seni suara tempatan Sabah.

10 Lagu Yang Berentap Dalam Pertandingan Akhir JCLD

Sepuluh lagu yang berjaya adalah seperti berikut;-

  1. Kasarahan Piginawan Toh oleh Elsie James (Telipok)
  2. Pointopot oleh Rudy Banabas (Telipok)
  3. Piupusan Toh oleh Izlan Haimin (Ranau)
  4. Kasari Id Ginawo Ku oleh Apai Andrew Peninting (Kota Belud)
  5. Pogulio Tupus Nu Doho oleh Henry Douamin (Kota Belud)
  6. Winnie Koupusan Ku oleh Robert @Robbie Angkangon udat)
  7. Ginavoku Ginavo Nu oleh Donny Reyn (Matunggong)
  8. Iya oleh Clarice Sipanul (Papar)
  9. Kada Ihadai oleh Anjun @ Henry Francis (Tamparuli)
  10. Ralan Koposion oleh Vellchristine (Keningau)

Hadiah Pemenang

Enam kategori menjadi rebutan finalist Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun iaitu Anugerah Juara Carta Lagu Dusun, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 beserta tropi dan sijil. Naib Juara Carta Lagu Dusun, pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM2,500 beserta tropi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat ketiga Juara Carta Lagu Dusun bakal menerima wang tunai RM2,000 beserta tropi dan sijil penyertaan. Sementara itu, pemenang Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing bakal menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Manakala, tujuh (7) peserta lain masing-masing akan menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Orang ramai khususnya masyarakat dari daerah Ranau diseru untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun ini. Hadiah menarik menanti pengunjung bertuah. Pengunjung bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah melalui cabutan tiket bertuah. Hadiah utama berupa wang tunai RM1,000, kedua RM500 dan ketiga RM300 disamping, pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hamper. Tiket-tiket secara percuma akan diedarkan kepada para penonton yang datang. Tiket tersebut diberikan secara 'first come, first serve'. Masuk adalah PERCUMA.

Sumber: 
1. Penerbit Bersama Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun, Mr. Matinin Yukim @DJ MY, Sabah VFM RTM Kota Kinabalu (Siaran Bahasa Dusun)

Klik pautan ini untuk mengikuti perkembangan Mattinin DjMy Yukim atau Mattinin DjMy Yukim Full

Elica Berada Kedudukan Dua Terbawah, Nitezen Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam

Peminat dan pengikut setia dikejutkan dengan kedudukan Elica Mentor Milenia 2017 yang berada pada kedudukan dua terbawah dalam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017. Elica yang disifatkan mempunyai vokal dan persembahan yang konsisten setiap minggu, walau bagaimanapun, diselamatkan apabila Datuk Hattan menggunakan kuasanya sebagai juri mengambil keputusan untuk tidak membuat penyingkiran pada malam tersebut.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Sungguh dramatis apabila Datuk Hattan mencampakkan 'kad penyingkiran' tersebut supaya Elica dan Along tidak disingkirkan.

"Saya berpendapat Along membuat persembahan yang sedap, dia nyanyi sangat baik. Jadi, saya agak terperanjat apabila dia berada pada kedudukan 2 terbawah. Begitu juga dengan Elica, Elica sangat konsisten setiap minggu. Justeru, saya juga harus bersikap adil atas semangat mereka, mereka harus diberi peluang. Kita tidak boleh matikan bakat yang ada tu dipertengahan ketika mereka tengah memuncak," Datuk Hattan dipetik sebagai mengulas tindakan mencampakkan kad tersebut.

Ditanya, jika terjadi lagi keadaan yang mana peserta dua terbawah adalah merupakan peserta yang sentiasa konsisten dan persembahannya bagus pada minggu hadapan, Datuk Hattan menegaskan bahawa beliau tetap dan akan fight mana yang betul.

Sementara itu, netizen melahirkan rasa tidak puas hati terhadap juri awam terhadap markah yang diberikan kepada Elica. Netizen menyifatkan juri awam tidak pandai menilai sungguhpun nyanyian sedap didengar namun markah yang diberikan sedikit dan sebaliknya markah penuh diberikan terhadap nyanyian yang tidak sedap.

Berikut merupakan quotes pandangan netizen terhadap juri awam Konsert Kelima Mentor Milenia 2017;

Netizen Lahir Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam
Netizen Lahir Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Juri Awam

Netizen juga berpendapat bahawa keputusan Datuk Hattan pada malam tersebut merupakan satu tindakan yang bernas. Malah, tidakan Datuk Hattan tersebut mendapat banyak pujian oleh netizen melalui media sosial facebook.

Berikut merupakan pandangan netizens terhadap tindakan Datuk Hattan, juri tetap Mentor Milenia 2017.
Netizen Menyokong Tindakan Datuk Hattan
Netizen Menyokong Tindakan Datuk Hattan

Konsert keempat Mentor Milenia yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, melalui saluran Media Prima TV3. Mengimbas kembali persembahan Elica Mentor Milenia, Elica menyanyikan lagu yang bertajuk Benci Tapi Rindu, lagu yang dipopularkan oleh Diana Nasuton.

Komen Juri

Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang penyanyi club kerana persembahan dan vokal yang begitu mantap serta menyifatkan Sabah mempunyai ramai bakat yang berkualiti.

"First of all, saya rasa malam ni dah macam final. Tapi semangat ini yang kita mahu walaupun baru memasuki konsert minggu kelima tetapi persembahan oleh kesemua protege saban minggu meningkat naik dan minggu ini kesemua persembahan sangat drastik peningkatannya. Elica memang konsisten, saya tahu awak memang sudah bersedia untuk menuai duit yang banyak masuk nanti.Tapi apa pun awak tidak boleh over confidence. Minggu ni, minggu depan apapun boleh terjadi. Jadi awak perlu kekalkan momentum ini," katanya.


Sementara itu, Awi Rafael selaku juri jemputan konset kelima Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan lagu yang disampaikan oleh Elica akan menjadi 'hit song'.

"Saya sebenarnya tak fokus sebab suara semua protege perempuan hebat. Bermula daripada Shira, Balqis, Qhalysa dan sekarang ini Elica. Awie rasa is a hit song!," katanya.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017

Komen Mentor Akim

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada juri awam, juri tetap dan juri jemputan. Terima kasih atas komen dan juga markah kepada Elica.

Keluar pagi balik malam,
Untuk anak isteri, kami bekerja,
Kesian saya dan Black ini malam,
Protege kami tingal satu saja.

Sementara itu, Akim menyampaikan pesan kepada penonton-penonton untuk mengundi protegenya Elica Mentor Milenia. Pesanan tersebut diungkapkan melalui pantun sedemikian:

Petang-petang jalan dengan abah,
Sambil jalan cerita pasal keluarga,
Protege saya asal dari Sabah,
Mohon undi di website TV tiga.

Sebagai mengulas Elica yang terselamat disebabkan tiada penyingkiran Akim berkata, "Saya nak ucapkan tahniah kepada semua protege kerana layak berentap untuk minggu yang seterusnya. Apa yang saya boleh katakan kepada penonton-penonton di rumah jangan terpengaruh dengan juri awam. Bagi undian sepenuhnya kepada protege kesayangan anda dan jangan biarkan mereka tersingkir begitu sahaja. Sia-sia bakat mereka," katanya.

Baca artikel berkait: Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan

Elica Mentor Milenia yang berada pada kedudukan dua terbawah dalam konsert kelima ini masih berpeluang untuk meneruskan perjuangannya berentap dengan peserta lain dalam Konsert Keenam Mentor Milenia 2017. Elica diselamatkan oleh kuasa sebagai juri tetap Datuk Hattan, dan seterusnya, sekali lagi kita meyaksikan tidak ada penyingkiran yang dibuat pada malam tersebut. Namun, adakah Elica akan menebus kedudukan tersebut pada minggu hadapan? Adakan Elica akan buat sehabis mungkin untuk persembahan minggu depan?

Namun, dijangkakan lebih ramai penyingkiran akan dibuat pada konsert minggu depan jikalau persembahan oleh semua protege tidak memuaskan. Apa cerita minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dan peserta lain dalam Konsert Minggu Keenam Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 2hb April 2017, jam 9.00 malam.

Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 26hb Mac 2017.

Semi-Final The Battle Voice of Sabah Artiste Berlangsung 01 April 2017

RANAU:  Semifinal The Battle Voice of Sabah Artiste anjuran Aliff Sounder & Production dengan kerja sama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) akan diadakan pada 1hb April 2017, Sabtu, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Semi-final The Battle Voice of Sabah Artiste
Semi-final The Battle Voice of Sabah Artiste
Sebelum ini ini sesi Audition telah dijalankan pada 12 Mac dan 26 Mac telah bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di tempat yang sama. Audition kedua dijalankan bagi memberi peluang kepada artis lain yang tidak berkesempatan untuk datang disebabkan acara bersilang dengan Program Carta Lagu Paling Manang (CLPM) di Lahad Datu.

Ditanya siapa VVIP yang turut hadir untuk sama-sama menjayakan Semifinal The Battle Voice of Sabah Artiste ini, Pengurus pertandingan Pn. Lydia Kalidin dipetik sebagai berkata, "Semifinal The Battle Voice of Sabah Artiste ini juga dijangka dihadiri oleh Pengarah Urusan Aliff Sounder & Production, Jamain Manan dan Julian Muslih selaku Pegawai di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Semi-final The Battle Voice of Sabah Artiste
Semi-final The Battle Voice of Sabah Artiste
Sementara itu, juri The Battle Voice of Sabah Artiste (TBVSA) untuk peringkat semifinal masih dikekalkan iaitu Apai Andrew Poniting, Asmin Mudin dan Diana Stephen Tuning. Juri-juri tersebut merupakan barisan artis yang cukup berpengalaman dalam Industri Hiburan dan Muzik Sabah.

Senarai Peserta Semi-Final TBVSA

Seramai 15 orang artis yang akan berentap dalam peringkat semi-final untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. 15 peserta semi-final tersebut adalah seperti berikut:
  1. Assyaruddin Awg. Salim (Lahad Datu)
  2. Christopher Adrian Wences (Tambunan)
  3. Feraddy A. Okuling (Kudat)
  4. Felix Don (Ranau)
  5. Haimie Napsun (Lahad Datu)
  6. Hendry Francis (Tamparuli)
  7. Masri Hj. Koyoy (Kudat)
  8. Mohd Noorshaifullah (Ranau)
  9. Nurul Adha Zulkefli (Kota Belud)
  10. Robert @Robbie Angkangon (Kudat)
  11. Rosdee Mohd Yusuf (Sandakan)
  12. Sitipah Jahamin (Ranau)
  13. Tony Sayapi (Lahad Datu)
  14. Usal Jon Gavis (Kota Belud)
  15. Vincent Duan (Kudat)

Hadiah Pertandingan

Juara bakal menerima berupa wang tunai RM10,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Pemenang Naib Juara akan menerima hadiah berupa wang tunai RM6,000, beserta trofi dan sijil penyertaan dan tempat ketiga pula bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM4,000 beserta trofi dan sijil. 

Objektif utama pertandingan:

1. Mempelbagai aktiviti seni artis tempatan Sabah.
2. Sebagai platform perkenalan sesama artis. 
3. Memperluas pengaruh Aliff Sounder & Production.

Sumber:
1. Temubual bersama Pn. Lydia Kalidin, Pengarah Program The Battle Voice of Sabah Artiste
 

Eylia Wakil Kota Kinabalu Dinobatkan Juara Bintang Remaja 2017

SANDAKAN: Eylia Eyre Guntabid dinobatkan sebagai Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah edisi 2017 sekaligus mengalahkan 6 lagi peserta akhir lain yang berlangsung di Padang Bandaran Sandakan, Sabtu lepas.

Pemenang Bintang Remaja Sabah 2017
Pemenang Bintang Remaja Sabah 2017

Lagu yang berjudul Listen telah membawa tuah kepada Eylia dalam Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017. Peserta yang mewakili Kota Kinabalu ini berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Nurul Atiqah Azis yang mewakili Kota Marudu merupakan pemenang tempat kedua. Nurul Atiqah yang mempersembah nyanyiannya bertajuk Bertakhta Dihati membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah trofi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Adryan Dabial Jiram, mewakili Labuan yang sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM700, sebuah trofi dan sijil penyertaan.

Manakala, empat peserta akhir lain, Mohd Firman Sharif (Pitas), Syarweena Yajit (Sandakan), Sylvilina Bily (Kota Kinabalu) dan Joel Sonny Saimin (Kota Kinabalu) masing-masing menerima hadiah saguhati.

Juara Bintang Remaja Sabah 2017
Juara Bintang Remaja Sabah 2017
Kesemua hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.

Bintang Remaja merupakan salah satu pertandingan nyanyian anjuran RTM Sabah dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Program Sehati @RTM Sandakan

Buat pertama kalinya Bintang Remaja dianjukan diluar Kota Kinabalu sempena Program Sehati @RTM yang berlangsung di Sandakan sejak Khamis hingga Sabtu. Program Sehati @RTM diisi dengan pelbagai acara antaranya bersama Ging Bubut Sabahfm dan penyampaian bantuan kepada warga memerlukan selain warga Sabah VFM yang turun padang turut membawa pemimpin mendekati rakyat.

Gambar Kenangan Peserta Bersama Penolong Pengarah Hiburan & Muzik (Tengah Berbaju Kuning), Kombo RTM dan Krew RTM KK dan Sandakan FM
Terdahulu, ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya ketika berucap berkata, RTM sebagai penyiar rasmi kerajaan yang melaksanakan program bersama-sama pemimpin di sebuah kawasan amat bertepatan kerana ia bukan sahaja membawa kakitangan RTM bertemu pendengar dan penonton malah memberi ruang kepada pemimpin mendekati rakyat.

Beliau juga mengajak orang ramai menjadikan RTM, media rasmi kerajaan sebagai medium dalam mendapat maklumat yang benar dan sahih.

ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya Menyampaikan Hadiah
ADUN Sekong, Datuk Samsuddin Yahya Menyampaikan Hadiah
Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Haji Ali Haji Ngasio, Pengarah Penyiaran Labuan, Rihani Harituddin, Timbalan Pengarah Penyiaran dan Malinaziah Haji Datu Julaspi dan Ketua Penolong Pengarah Radio, Narry Lako.

Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah

Norbert Andilah Fokus Terhadap Kerjaya Buat Masa Ini

Bobby juga memaklumkan kepada hiburansabah.com bahawa tidak ada single yang baru memandangkan beliau sibuk dan memberi keutamaan terhadap kerja terlebih dahulu buat masa ini. 

Beliau banyak menyertai dan memenangi pertandingan nyanyian antaranya pernah dinobatkan sebgai Juara sugandoi Peringkat Daerah Lahad Datu 2008, Johan Sugandoi Daerah Papar 2011, Finalis Sugandoi Peringkat Negeri 2009 dan 2011 dan terkini beliau juga merupakan pemenang Juara Carta Lagu Artis Sabah pada tahun 2016 hasil gandingan mantap dengan Rubisa Tiasin AF7. Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Norbert bin Andilah.

PROFIL ARTIS
Nama : Norbert Bin Andilah
Nama Samaran : Bert / Bob / Bobby
Tarikh Lahir : 25hb Nov 1986
Asal : Kg. Tambalugu, Tuaran
Pekerjaan : Penolong Pegawai Perubatan

Norbert Andilah
Norbert Andilah
Norbert yang mesra dengan panggilan Bobby mulai berkecimpung dalam nyanyian secara serius sejak tahun 200/2009. Ditanya bagaimana tergerak hati untuk berkecimpung secara serius dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Bobby menjelaskan dia sememangnya tidak terlintas dalam fikiran untuk menjadi seorang artis.

"Sekadar mencuba. Tidak pernah terdetik sedikitpun untuk mahu bergelar sebagai artis. Saya hanya mengikuti pertandingan nyanyian yang dianjurkan di sekitar Sabah. Namun, Persatuan Pembantu Perubatan Sabah (AMAS) ingin membuat album kompilasi, justeru saya cuba untuk melebarkan bakat dalam biadang nyanyian. Album kompilasi tersebut semua artis merupakan kakitagan kerajaan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Beliau menjadaikan Anuar Zain, Faizal Tahir, Ajai, Siti Nurhaliza dan Aishah sebagai idola dan inspirasinya dalam industri hiburan dan muzik untuk terus berkarya dan bertapak dalam bidang seni suara.

Norbert Andilah
Norbert Andilah


Pencapaian

Norbert pernah memenangi beberapa pertandingan bakat nyanyian sekitar Sabah. Antara penyertaan beliau dalam pertandingan seni suara adalah seperti berikut;
  • Juara sugandoi Peringkat Daerah Lahad Datu 2008
  • Naib Johan Sugandoi DBKK 2009
  • Finalis Sugandoi Peringkat Negeri 2009
  • Johan Sugandoi Daerah Papar 2011
  • Finalis Sugandoi Peringkat Negeri 2011
  • Finalis KENTE (Kadus Entertainment) 2011
  • Finalis Giant Idol 2010
  • Johan Berkumpulan Pesta GATA ntarabangsa Sipitang 2014
  • Terlibat dengan Konsert Carta Lagu Paling Manang (RTM) 2015-2016
  • Terlibat dengn Sunset Music Festival 2015
  • Juara Carta Lagu Artis Sabah 2016 (kolaborasi bersama dengan Rubisa Tiasin AF7)

Single / Album 

Beliau telah merakam beberapa lagu untuk dimuatkan dalam Album Kompilasi AMAS. Antara lagu-lagu dalam Album Kompilasi AMAS tersebut adalah Takkan Bisa Bersama, Kan Apa Sia Bilang, Setia Disisi (duet Rubisa Tiasin AF7).

Sementara itu, Bobby juga memaklumkan kepada hiburansabah.com bahawa tidak ada single yang baru memandangkan beliau sibuk dan memberi keutamaan terhadap kerja terlebih dahulu buat masa ini. Bobby merupakan penjawat awam iaitu sebagai Penolong Pegawai Perubatan dan bertugas salah sebuah Hosiptal di Sabah.

Album Persona AMAS
Album Persona AMAS

Harapan 

"Saya berharap industri hiburan dan muzik tempatan akan lebih maju ke hadapan lagi daripada pelbagai sudut, teruskan usaha kita semua dalam memartabatkan industri tempatan Sabah.

"Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima aksih kepada semua peminat kerana menerima diri ini serta lagu yang saya sampaikan dalam industri muzik tempatan Sabah. Teruskan menyokong artis-artis tempatan Sabah. Terima kasih kerana menghargai bakat dan usaha kami." katanya menghakhiri perbualan.

Layari Facebook Norbert bin Andilah  untuk mengetahui perkembangan beliau selanjutnya.

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Norbert Bin Andilah   
2. Facebook Norbert bin Andilah 


Kumpulan Koir The Male Efficient (TME) Mahu Memartabatkan Lagu Rakyat Sabahan

Cerita artis hari ini agak menarik, hiburansabah.com sekali lagi berkesempatan untuk memperkenal satu kumpulan koir tempatan yang mencorak industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Kumpulan koir Sabah yang sebelum ini terdiri seramai 16 orang ahli kerap membuat persembahan hanya untuk majlis-majlis perkahwinan sahaja. Kumpulan koir yang dimaksudkan ialah The Male Efficient (TME).

The Male Efficient
The Male Efficient
The Male Efficient merupakan satu-satunya kumpulan koir komuniti yang telah didaftarkan dan hanya terdiri daripada kalangan jejaka dalam ahli kumpulannya. Terkini The Male Efficient telah mencecah seramai 31 orang ahli dengan demografi karer yang antranya adalah guru, pegawai bank, doktor, pengimpal, pelajar, pereka grafik, eksekutif, konsultan IT, pegawai pemasaran, pemilik hotel, penari, kontraktor, stock adjuster dan logistik.

The Male Efficient telah ditubuhkan pada Julai 2015 atas perbincangan tidak formal antara beberapa orang sahabat yang mempunyai minat dalam bidang koir. Demografi ahli The Male Efficient adalah beradal dari Papar, Penampang, Kepayan, Menggatal, Telipok, Kota Marudu, Kinarut dan Kota Kinabalu.

Pengarah kumpulan koir The Male Efficient ialah En. Lesley George dan konduktor koir ialah Dustant Oswald Roland.

Menurut En. Lesley George, The Male Efficient telah mengadakan banyak persembahan dalam pelbagai majlis termasuk juga mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian paduan suara (chorale).

"The Male Efficient merupakan Pemenang Pingat Emas dalam Festival Koir Sabah Kali Pertama pada tahun 2015 yang mana The Male Efficient juga muncul sebagai Champion of Festival berkenaan. Pada Julai 2016, The Male Efficient berpeluang untuk berentap dalam Festival Koir Antarabangsa di Bali Kali Ke-5, peluang tersebut dimaanfaatkan oleh The Male Efficient dan dengan itu telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan Level 8, Silver Medal," katanya.

Kumpulan Koir The Male Efficient
Kumpulan Koir The Male Efficient
"The Male Efficient juga telah mengadakan Friendship Concert dengan In Unity Chorale pada April 2016 dan Konsert Koir Solo bagi membantu Tadika St. Patrick Kinuta, Papar pada Jun 2016.

Lesley George berkata sedemikian ketika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Matlamat The Male Efficient

Matlamat utama The Male Efficient adalah untuk memartabatkan lagu-lagu tempatan Sabah serta lagu-lagu rakyat Sabahan. Walau bagaimanapun, The Male Efficient juga membuat persembahan dengan menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza-beza.

Video muzik koir pertama The Male Efficient adalah bertajuk Sonsomido, sebuah lagu rakyat Sabah. Video ini menjadi viral dan mendapat like dan view yang banyak melalui aplikasi YouTube dan Facebook. Lagu Sonsomido merupakan lagu rakyat Tambunan yang dinyanyikan oleh Gundohing Gondial Gandau dan lagu ini telah dipopularkan oleh Datuk Justin Stimol dan Datuk John Gaisah. Kedua-dua Datuk Justin Stimol dan Datuk John Gaisah merupakan artis kebangaan dan permata dalam hindustri hiburan dan muzik Sabah.

Klik pautan / link ini untuk mendengar lagu Sonsomido versi The Male Efficient 

Sonsomido - The Male Efficient

Layari Page Facebook The Male Efficient untuk mengetahui perkembangan selanjutnya dan aktiviti terkini yang dijalankan oleh kumpulan koir The Male Efficient.

Sumber:
1. En. Lesley GeorgeDirector of The Male-Efficient.


Jack Situn Berhasrat Memperjuang Hak Artis Tempatan Sabah

Hiburansabah.com sekali berkesempatan untuk berkongsi cerita mengenai seorang artis yang tidak asing lagi dalam industri hiburan dan muzik Sabah. Artis yang dimaksudkan ialah Jack Situn. Jack Situn yang juga dikenali dengan panggilan Jaikol berasal dari Ranau, Sabah telah mulai berkecimpung dalam arena seni suara sejak daripada bangku sekolah lagi. Minat menyanyi bermula sewaktu Jack masih kanak-kanak iaitu pada tahun 1980an kerana selalu mendengar abangnya, mendiang Julius menyanyi di majlis-majlis kesyukuran dan keramaian. Mendiang Julius lah yang menjadi ilham buat Jack.

Artis Jack Situn
Artis Jack Situn
Jack pada mulanya seorang yang pemalu tetapi abangnya Markos selalu memberinya galakan, sokongan dan telah membantu beliau untuk meningkatkan kepercayaan diri (self-confidence), memperbaiki keterampilan dan persembahannya. Pada masa itu juga, industri muzik tempatan sedang mengalami pembaharuan dan pemodenan yang pesat dengan munculnya beberapa artis terkenal seperti John Gaisah, Justin Lusah dan Ambrose Mudi yang secara langsung memberi semangat kepada beliau untuk menceburkan diri dalam arena seni suara walaupun secara sampingan.

Pada tahun 1999 Jack Situn telah melanjutkan pelajarannya di United Kingdom dalam jurusan undang-undang dan berjaya memperoleh Sarjana Muda LLB (Kelas Pertama), Sarjana LLM (Kepujian), Kursus Vokasional Guaman (BVC) dan seterusnya diterima masuk sebagai peguam bela dan peguamcara di Majlis Peguam England dan Wales melalui Gray's Inn London pada tahun 2011.

Beliau kembali ke tanah air pada tahun 2013 dan selepas menamatkan latihan dalam kamar dengan sebuah firma, beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Ditanya siapa idolanya dalam industri tempatan Sabah, "Walaupun saya meminati artis-artis tempatan lain, namun, idola saya tidak lain dan tidak bukan melainkan mendiang Datuk John Gaisah. Mendiang Datuk John mempunyai mutu suara yang tiada tolok bandingannya zaman itu. Saya juga menghormati malah mengkagumi artis-artis yang muncul pada tahun 1990an seperti Francis Landong dan George Lian. Bagi artis luar negara pula, idola saya ialah Tom Jones. Biasanya saya selalu menyanyikan beberapa lagunya ketika berkaraoke," katanya.

Pencapaian 

Jack Situn pernah memenangi beberapa pertandingan bakat nyanyian dan karaoke di Malaysia dan United Kingdom. Antara penyertaan beliau dalam pertandingan seni suara adalah seperti berikut;
  • 1999 : Juara Pertandingan Karaoke, Express & Star Pub, Wolverhampton, United Kingdom 
  • 1996 : Naib Juara Karaoke Terbuka Royal Sabah Turf Club, Kota Kinabalu
  • 1993 : Juara Bakat Yayasan Sabah, Kota Kinabalu
  • 1988 : Naib Juara Bakat Yayasan Sabah, Kota Kinabalu
  • 1978 : Ketiga Bakat Maktab Sabah, Kota Kinabalu
"Setakat ini, saya belum lagi menerima apa-apa anugerah sebagai penyanyi. Maklumlah, walaupun minat dan semangat menyanyi sentiasa berkobar-kobar, saya juga mempunyai komitmen lain kerana dahulunya saya bertugas sebagai pegawai kerajaan dan kini bertugas sebagai peguam dengan sebuah firma di Kota Kinabalu, disamping, bertugas sebagai pensyarah sambilan dengan sebuah kolej swasta. Disamping itu, saya juga sering membuat persembahan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkhawinan untuk menghiburkan para tetamu dan peminat. Itu anugerah tidak penting bah kalau saya, yang penting para peminat menyukai dan meminati lagu saya," katanya sambil bergurau.

Artis Tempatan Sabah Jack Situn
Artis Tempatan Sabah Jack Situn


Single dan Album

Pada tahun 1997, beliau telah merakam album sulungnya di bawah Moe's Music Production, Kota Kinabalu. Lagu-lagu daripada album sulung ini kebanyakannya digubah oleh Jack sendiri. Kesemua trek muzik album ini disusun oleh En. Marcellus Simon, seorang pemuzik yang tidak asing lagi kalangan para artis tempatan.

Beliau kemudiannya berehat daripada kerjayanya untuk menyiapkan album keduanya yang bertajuk Sunsulit Do Ranahon yang telah dilancarkan pada Mei 2016 dengan bantuan artis tempatan iaitu En. Tasius John Jinuli, seorang artis veteran dari Tambunan dan Cik Jiliah Situn, adik kepada Jack sendiri. Album kedua ini mengandungi 14 lagu kesemuanya, 12 lagu digubah oleh Jack sendiri dan selebihnya oleh En. Tasius.

Terkini, Jack sedang menyiapkan MTV Karaoke bagi beberapa lagu hit-nya seperti Lelaki Sabah dan Sunsulit Do Ranahon dengan sebuah studio tempatan. Disamping itu, beliau sedang mengubah beberapa lagu untuk album seterusnya. Beliau juga akan menterjemahkan beberapa lagu Dusun dalam album keduanya kepada Bahasa Melayu untuk diselitkan di dalam album seterusnya.

Menurut Jack, maklumbalas yang diterima daripada peminat yang telah membeli membeli dan mendengar albumnya, ramai yang lebih gemar mendengar lagu-lagu seperti Sunsulit Do Ranahon dan Lelaki Sabah. Kedua-dua lagu ini sering dimainkan oleh beberapa stesen radio di Kota Kinabalu.

Harapan

"Saya berharap agar industri muzik tempatan akan bertambah maju dan dapat diterima oleh masyarakat lain bukan di seluruh Malaysia sahaja bahkan negara-negara jiran di rantau ini. Saya juga berharap agar artis tempatan akan terus mendapat sokongan daripada penyampai-penyampai radio dan stesen-stesen radio di seluruh Malaysia untuk memainkan lagu-lagu kami. Saya juga berharap agara artis tempatan akan mendapat sokongan atau bantuan yang lebih menggalakkan dalam pelbagai aspek daripada badan-badan kerajaan atau pegawai kerajaan yang berkenaan untuk mempromosikan artis tempatan Sabah.

"Sebagai seorang peguam, saya juga berhasrat untuk memperjuang hak-hak serta menangani masalah-masalah yang selalu dilalui dan dialami oleh kalangan artis tempatan. Hasrat ini mungkin boleh direalisasikan melalui Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA). Saya akan cuba menghubungi PERTISA untuk perkara ini," katanya.

Sekalung Penghargaan

"Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada para peminat walau di mana saja anda berada kerana meminati lagu-lagu dalam album saya. Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf jika sekiranya terdapat kekurangan terhadap lagu-lagu dalam album-album tersebut. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyampai radio atas sokongan mereka kerana memainkan lagu-lagu daripada album saya di stesen-stesen radio tempatan Sabah.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Jinus Juis daripada hiburansabah.com kerana menghubungi saya dan seterusnya membuat artikel mengenai saya.

Sumber:
1. Temu bual bersama artis Jack Situn.



Konsert The Male Efficient dan Majlis Makan Malam Amal Pusat Pemulihan Saadiah Papar

Konsert The Male-Efficient dan Majlis Makan Malam Amal bagi membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saadiah Papar (PDK) yang dianjurkan oleh The Male Efficient akan diadakan pada 22hb April 2017 bertempat di Dewan Masyarakat Papar bermula jam 7.00 malam.

Konsert The Male Efficient dan Makan Malam Amal PDK
Konsert The Male Efficient dan Makan Malam Amal PDK
Objektif konsert ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kalangan orangn ramai tentang kewujudan Pusat Pemulihan ini dan membantu kanak-kanak dengan keperluan khas seperti keadaan kesihatan mental, autism, masalah pembelajaran, down syndrome dan banyak lagi.

Selain itu, acara ini juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk PDK Papar terus mengekalkan kebajikan anak-anak yang kurang benasib baik serta untuk menampung kos perbelanjaan terhadap kakitangan berdedikasi yang berkhidmat di PDK ini.

Konsert ini akan menampilkan Adam Shamil, selebriti sensasi YouTube Sabah sebagai pengacara majlis pada malam acara Konsert dan Makan Malam Amal tersebut. Anda juga akan dihiburkan oleh The Male-Efficient serta artis dan penghibur tempatan Sabah seperti Marcel Gatisi, Dayang, Roy dan The Sring Trio daripada Eastern Music College.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saadiah Papar (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saadiah Papar (PDK) merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan pelaksanaan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di peringkat keluarga dan kemuniti melalui kerja sama bersepadu pelbagai sektor.

Visi PDK adalah untuk melihat pada keupayaan bukan kecacatan. 

Program pemulihan dan pencegahan diberikan bersesuaian mengikut keperluan dan keupayaan dalam semua jenis kategori ketidakupayaan seperti autism, down syndrome, cerebral palsy, ADHD, masalah intelek dan lain-lain. Justeru, dengan wujudnya PDK ini, sikap berdikari dapat dipupuk oleh kalangan pesakit OKU. Selain itu, hubungan dan sokongan antara OKU dengan ahli keluarga dan masyarakat setempat dapat dipupuk serta diperkukuhkan. Ibu bapa dan ahli keluaraga memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan pemulihan dan pembelajaran di rumah.

Disamping, PDK juga berperanan untuk meningkatkan keyakinan komuniti terhadap keupayaan yang ada dan menjadikan masyaakat itu lebih matang dan penyayang terhadap OKU.

Konsert The Male Efficient dan Makan Malam Amal

The Male-Efficient menjemput masyarakat yang prihatin di luar sana untuk sama-sama mejayakan Konsert The Male-Efficient dan Makan Malam Amal ini untuk membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saadiah Papar (PDK) mencapai visi dan objektifnya.

Konsert yang dianjurkan oleh The Male Efficient akan diadakan pada 22hb April 2017 bertempat di Dewan Masyarakat Papar bermula jam 7.00 malam.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
1. En. Jaccius Donnius di talian 014-3760663 atau facebook Jaccius Donnius, AJK Publisiti
2. En. Less George (facebook)

Sumber:
1. En. Less George, Director The Male-Efficient merangkap Pengerusi penganjur Konsert The Male-Efficient dan Majlis Makan Malam Amal PDK Saadiah Papar.



Artis Emjey (Beaufort) Berharap Lagu Etnik Bisaya Diterima Masyarakat Sabah

Cerita artis kita pada hari ini, hiburansabah.com ingin mengajak semua pembaca khususnya kepada peminat setia dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah untuk mengenali seorang lagi artis tempatan Sabah yang cukup berbakat.

Ikau Oni ~ Emjey dan Clarice John Matha
Ikau Oni ~ Emjey dan Clarice John Matha
Artis yang dimaksudkan ialah Mohammed Yassin Sarakawi. Mohammed Yassin Sarakawi yang mesra dengan panggilan Emjey merupakan satu-satunya artis daripada suku kaum Bisaya yang berasal dari Kg. Padas Damit, Beaufort.

PROFILE ARTIS
Nama : Mohammed Yassin Sarakawi
Nama Samaran : Emjey
Tarikh Lahir : 5hb Disember 1970
Asal : Kg. Padas Damit, Beaufort
Pekerjaan : Kontraktor

Menyanyi merupkan hobi Emjey dan impian untuk menjadi seorang penghibur sudah tertanam sejak kecil lagi. Namun, hanya berkesempatan bergiat secara aktif bermula pada hujung tahun 2015. Menurut Emjey, atas dorongan keluarga dan kawan beliau mengambil keputusan untuk terlibat aktif dalam industri hiburan dan muzik Sabah.

Emjey yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idolanya, tergerak hati untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian ini kerana belum ada artis daripada suku kaum Bisaya yang mencebur diri dalam indusrti muzik tempatan Sabah.

Pencapaian

Emjey telah berjaya menerbitkan sendiri dua (2) single iaitu Ikau Oni (bisaya) dan Mawar Berganti Warna (Melayu) dan 1 album penuh yang mengandungi sembilan (9) buah lagu Grand Album Bisaya Vol.1. Kesemua lagu merupakan ciptaan oleh komposer luar.

Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Lagu Ikau Oni, sebuah lagu Bisaya yang dinyanyikan kolaborasi bersama artis tempatan iaiatu Clarice John Matha merupakan lagu yang tengah hot sekarang. Lagu ini yang telah menaikkan nama saya di persada seni tempatan Sabah. Tambahan, lagu yang bermaksud Hanya Kau dalam bahasa Melayu, atau Only you dalam bahasa Inggeris (Ikau Oni) ini merupakan Juara mingguan carta 20 Kota Kinabalu FM.

Sementara itu, lagu Mawar Berganti Warna iaitu lagu & lirik penuh oleh LB (Blessed Valley Studios) merupakan single terbaru Emjey.

Ditanya, apa usaha-usaha yang perlu dibuat untuk mebawa artis lain daripada suku kaum Bisaya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan dan muzik Sabah, Emjey menyatakan pencarian bakat perlu dibuat untuk mencari bakat-bakat baru kalangan masyarakat Bisaya di Sabah.

"Promosi dan mencungkil bakat melalui pertandingan nyanyian perlu dibuat untuk mencari bakat-bakat baru kalangan masyarakat Bisaya di Sabah. Namun, saya juga bersyukur selepas kewujudan saya dalam arena seni suara di Sabah, maka menyusul seorang lagi artis Bisaya baru iaitu artis Fiqah yang mengikuti jejak untuk menerbitkan album. Album tersebut berjudul Album Kumala (Bisaya) yang telahpun dilancarkan," katanya.

Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Artis Suku Kaum Bisaya: Emjey
Emjey yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi dalam Persatuan Artis Sabah (PERTISA) juga dalam usaha pencarian lagu-lagu baru Bisaya untuk projek album beliau seterusnya.

"Saya sekarang dalam proses pencarian lagu-lagu baru Bisaya dan bercadang untuk menjemput seorang lagi artis daripada suku kaum lain untuk menyanyikan lagu Bisaya. Saya telah mengenalpasti artis tersebut dan memilih Clarice Sipanul, artis Kadazan yang berasal dari Papar untuk berkolaborasi dalam Album Grand Bisaya Vol. 2. Album Grand Bisaya Vol. 2 ini sedang dalam perancangan untuk pembikinan," katanya.

Emjey berkata demikian kerika dihubungi oleh hiburansabah.com, semalam.

Baca artikel terkait: Peneraju Kepimpinan PERTISA Sesi 2017/2018 

Harapan

"Saya mengharapkan, sama seperti lagu-lagu etnik lain, mudah-mudahan lagu daripada suku kaum Bisaya suatu hari nanti juga dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat khususnya di Sabah.

"Kesempatan ini, saya ning mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat saya tanpa mengira daripada etnik mana kerana setiasa menyokong, memberi peluang serta ruang kepada saya untuk bertapak dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Kerana sokongan peminatlah telah memberikan suntikan semangat untuk saya terus cuba menghasikan album yang lebih baik pada masa-masa akan datang," kata Emjey mengakhiri perbualan.

Sumber:
1. Temubual brsama artis Mohammed Yassin Sarakawi @Emjey Yassin

Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah Bakal Berlangsung 25 Mac 2017

KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik akan menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017 yang bakal berlangsung pada 25hb Mac 2017, Sabtu ini bertempat di Padang Bandaran Sandakan bermula jam 8.00 malam.

Bintang RTM Remaja Sabah 2017
Calon Juara Bintang RTM Remaja Sabah 2017
Menurut penerbit pertandingan ini, Pn. Tina Rahim, "Matlamat pertandingan adalah untuk mencungkil bakat baru kalangan remaja di seluruh Sabah dalam bidang nyanyian dan persembahan pentas. Ia selaras dengan matlamat RTM dalam membentuk usaha kerajaan mewujudkan perpaduan yang berbilang kaum khususnya dalam bidang seni suara yang berusia 13 tahun hingga 22 tahun di seluruh Sabah," katanya.

Ditanya bagaimana pemilihan peserta akhir dibuat, Pn. Tina Rahim menjelaskan peserta dipilih menerusi uji bakat yang telah dibuat di seluruh pelusuk negeri untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

"Peserta perlu menghadiri uji bakat yang dibuat di seluruh pelusuk negeri untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan tersebut. Antara lokasi uji bakat yang telah dijalankan adalah Kota Kinabalu, Ranau, Kudat, Keningau, Tawau, Sandakan dan termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Pada tahun ini, penyertaan lebih menyerlah kerana keseluruhan peserta (remaja) yang hadir ke uji bakat adalah seramai 447 orang berbanding seramai 391 orang yang telah direkodkan pada tahun lalu," katanya.

Peserta Akhir Bintang Remaja 2017

Proses pemilihan dibuat dalam memilih lapan (8) peserta yang terbaik bagi merebut gelaran Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah 2017 yang akan diadakan Sabtu ini.

8 peserta yang layak masuk ke Peringkat Akhir Bintang Remaja 2017 adalah;
  • Syarweena Binti Yajit (Sandakan)
  • Nurul Atiqa Azis (Kota Marudu)
  • Sylvilina Bily (Tambunan)
  • Eylia Eyre Guntabid (Kota Kinabalu)
  • Joel Sonny Saimin (Kota Kinabalu)
  • Mohd Adyan Danial Bin Jiram (Labuan)
  • Mohammad Firman Bin Sharif (Pitas)
  • Mohd Farid Bin Abdul Rashad (Tawau)
Tema lagu untuk pertandingan akhir tersebut adalah BEBAS, tiada unsur negatif disamping, peserta akhir boleh membawa lagu daripada pelbagai bahasa termasuk bahasa Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

Hadiah Pertandingan

Juara bakal menerima wang tunai RM2,000 beserta trofi dan sijil. Wang tunai RM1,000, trofi dan sijil pula bakal diterima oleh pemenang Naib Juara dan tempat ketiga pula bakal menerima wang tunai RM700 beserta trofi dan sijil. Manakala, 5 peserta saguhati masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil.

Bintang RTM Remaja Akhir 2017
Bintang RTM Remaja Akhir 2017
Penonton juga bakal dihiburkan dengan kemantapan vokal daripada mantan Juara Bintang Remaja tahun 2013 iaitu Zuana Zulmat yang berasal dari Sandakan dan Rahmat Mohammad, mantan finalis Mencari Bintang Sabah FM 2014.

Sementara itu, pertandingan yang telah memasuki 11 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2007 ini ini bakal diadili oleh juri profesional yang telah dikenalpasti pengalamannya. Pertandingan ini juga akan diiring sepenuhnya oleh Kombo RTM Sabah yang diketuai oleh En. Raimond Sukudat @Matlan, yang juga selaku penggubah muzik.

Orang rang ramai juga boleh mengikuti pertandingan ini secara langsung menerusi Sabah FM dan live streaming di http://sabahfm.rtm.gov.my.

Senarai Juara Bintang Remaja RTM Sabah

Berikut merupakan senarai Juara Bintang Remaja Sabah bermula tahun 2007.

TAHUN
JUARA (NAMA)
WAKIL
2007
Rasheena Rashid
Sandakan
2008
Siti Noor Syahhedah Usuf
Sandakan
2009
Heidi Vanessa Maruning
Keningau
2010
Nurul Farah Ashikin Kamal
Sandakan
2011
Afiezal Fahmi
Keningau
2012
Puteri Faradina Nordin
Kota Kinabalu
2013
Zuana Zulmat
Sandakan
2014
Rosario Ninih
Tambunan
2015
Ferona Paimin
Ranau
2016
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin
Kota Kinabalu
2017
?
?

Sama-sama kita memeriahkan Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah ini. Masuk adalah percuma.

Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah

Angelica Juara Mingguan Kali Kedua Mentor Milenia 2017

"Sebenarnya, saya tidak sabar mahu bekerjasama dengan awak pada minggu depan. Saya harap awak selamat dan boleh meneruskan experiment bersama dengan awak. Terima kasih, tahniah!," Akim  Mentor Milenia 2017.

Demikian ulasan komen Mentor Akmi terhadap persembahan daripada protegenya Elica untuk konsert minggu lalu. Persoalannya sebelum ini, adakah Elica mampu untuk mengekalkan juara mingguan pada minggu hadapan? Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Persoalan-persoalan yang timbul dalam artikel sebelum ini telah terjawab. Ternyata experimen antara Mentor Akim dan protegenya Elica pada konsert malam tadi membuahkan hasil apabila Elica sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Mingguan dalam Konsert Mentor Milenia 2017 untuk minggu keempat.

Elica Mentor Milenia 2017
Elica Mentor Milenia 2017
Konsert keempat Mentor Milenia yang bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi, melalui saluran Media Prima TV3 menampilkan tema Mash-up. Elica Mentor Milenia yang mempersembah mash-up lagu bertajuk Obses dan Janji Manismu, dua lagu yang dipopularkan oleh Akim & The Majistret dan Aishah telah membawah tuah sekali lagi kepada gadis kelahiran Kampung Kibabar, Tambunan Sabah untuk terus mengungguli pentas Mentor Milenia 2017.

Komen Juri

Datuk Hattan berpendapat Elica merupakan seorang penyanyi club kerana persembahan dan vokal yang begitu mantap serta menyifatkan Sabah mempunyai ramai bakat yang berkualiti.

"Elica, minggu lepas awak mendapat standing ovation dan membuatkan kedua-dua juri profesional berdiri bulu roma (goose-bump). Awak punya material seorang juara. Elica memang menunjukkan tidak ada masalah dan consistent sejak daripada mula lagi, daripada segi persembahan pun sudah menunjukkan kreativiti. Awak penyanyi club ka? Sabah punya banyak talent yg bagus. Keep it up. keep it up the good work," katanya.


Sementara itu, Datin Alia selaku juri jemputan konset keempat Mentor Milenia menyifatkan bahawa persembahan daripada Elica adalah luar biasa. Ditanya adakah Datin Alia berpuas hati dengan persembahan Elica, Datin Alia dipetik sebgai berkata, "Puas hati sangat. Persembahan yang luar biasa. Elica dah macam penyanyi artis yang profesional dan kalau Elica tak lepas ke final I tak tahu nak cakap apa," katanya.

Mentor Akim dan Hazamah Mentor Milenia 2017
Mentor Akim dan Hazamah Mentor Milenia 2017

Komen Mentor Akim

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri awam, juri tetap dan juri jemputan. Terima kasih untuk markah kepada Elica. Hai Elica, kalau orang Sabah bilang bah tu, apa tu, kalau kau menyanyi macam ini orang Sabah kata punya siok. Siok oh...Tahniah Elica, saya harap awak terus consistent, fokus dan juga jangan terlalu over confidence, sentiasa humble," Akim, memberikan komen dan pandangan kepada protegenya, Elica.

Baca artikel berkait: Nanyian Elica Mentor Milenia (Sabah) Mengagumkan Datuk Hattan

Elica Mentor Milenia yang menjadi juara mingguan dua kali berturut-turut secara langsung melayakkan beliau secara automatik untuk meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Milenia 2017 untuk konsert minggu pada minggu hadapan. Nitezen dan penyokong Elica mengharapkan Elica terus consistent dan mengekalkan juara mingguan. Apakah kejutan yang bakal dipersembahkan oleh Elica seterusnya? Sama-sama kita nantikan persembahan Elica dalam Konsert Minggu Kelima Mentor Milenia 2017 pada Ahad; 26hb Mac 2017 ini.


Sumber: 

1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 19hb Mac 2017.

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top