Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Uji Bakat Bintang Kecil RTM 2017 (Sabah)

Sertai Uji Bakat Pertandingan Bintang Kecil RTM 2017.

Tentatif uji bakat yang akan dikongsikan melalui artikel ini adalah bertumpu khusus di negeri Sabah sahaja. Walau bagaimanapun, jika ada kalangan pembaca dari negeri-negeri yang lain dan berminat untuk menyertainya, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut terus daripada Jabatan Penyiaran Malaysia negeri masing-masing.

Bintang Kecil RTM 2017

Venue Uji Bakat Bintang Remaja 2017

Venue: Dewan Tun Mustapha Kudat
Tarikh: 18hb - 19hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Venue: Laman Padian Labuan
Tarikh: 18hb - 19hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Venue: Perkarangan Tawau FM
Tarikh: 25hb - 26hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Venue: Perkarangan Bangunan Persekutuan Sandakan
Tarikh: 25hb - 26hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Venue: Perkarangan Pejabat Persekutuan Keningau
Tarikh: 25hb - 26hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Venue: Pentas Budaya Kundasang
Tarikh: 25hb - 26hb Februari 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang


Pendahuluan

Syarat-syarat dan peraturan Bintang Kecil RTM 2017 diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menetukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.

Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan Bintang Kecil RTM 2017 dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM Sarawak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dalam segala perkara yang berhubung dengan penghakiman dan urusan pertandingan.

Syarat-Syarat PenyertaanPertandingan


Pertandingan ini dinamakan Bintang Kecil RTM 2017 anjuran JABATAN PENYIARAAN MALAYSIA (selanjutnya disebut RTM) dengan kerjasama KERAJAAN NEGERI SARAWAK.

1. Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia (termasuk peserta jemputan dari negara luar), yang lahir dari tahun 2006 hingga 2010. Salinan sijil kelahiran hendaklah dibawa untuk pengesahan ketika menghadiri peringkat ujian (sesi uji bakat).

2. Peserta dikehendaki menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu (Lagu-lagu Malaysia sahaja) sesuai dengan konsep dan tema pertandingan. Lagu-lagu berunsur patriotik amatlah digalakkan. Lagu-lagu berentak Heavy Metal / Hard tidak dibenarkan. Pihak penganjur berhak menolak lagu yang difikirkan kurang sesuai untuk pertandingan.

3. Di peringkat zon, peserta dikehendaki menyanyikan satu lagu bahasa Melayu (Wajib - pilihan peserta sendiri) manakala di peringkat kebangsaan, senarai lagu disediakan oleh Penerbit. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk persembahan nyanyian berkumpulan yang akan ditentukan oleh Penerbit disamping lagu tema.

4. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai alam kanak-kanak (pakaian, solekan dan hiasan) atau mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan oleh penganjur. Ibu bapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN menyolek sendiri, memakai aksesori keterlaluan dan sebagainya. Penerbit bertanggungjawab diatas setiap penampilan peserta.

5. Peserta dikehendaki membawa minus one sendiri sama ada dalam bentuk CD atau VCD apabila hadir untuk peringkat ujian. Pihak penganjur tidak akan menyediakan muzik kecuali di peringkat Zon dan Kebangsaan di mana peserta akan diiringi oleh pemuzik yang akan disediakan oleh pihak penganjur.


Bintang Kecil RTM 2017 Sabah


6. Peserta tidak dibenarkan berhenti atau mengulangi nyanyian di tengah-tengah persembahan / pertandingan kecuali atas sebab-sebab teknikal. Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang dikira sesuai.

7. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan, kerosakan harta benda atau kecederaan / kemalangan keatas diri peserta semasa meghadiri sesi ujian, latihan dan pertandingan. Penganjur hanya kan menanggung perbelanjaan untuk pengangkutan dan penginapan kepada peserta luar stesen yang bertanding di peringkat Zon Sarawak dan peringkat Kebangsaan mengikut kadar yang ditetapkan.

8. Bekas johan pertandingan ini diperingkat Kebangsaan dan mereka yang pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman (recording artist) atau sebarang bentuk rakaman komersial TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini.

9. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan / kemenangan sekiranya mendapati peserta tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan atas nasihat panel penilai yang dilantik.

10. Pihak penganjur akan membuat rakaman video sepanjang pertandingan. Sebarang rakaman video oleh pihak lain dilarang sama sekali.

11. Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan oleh pihak penganjur pertandingan.


PERINGATAN:
Ibu / Bapa / Penjaga peserta dikehendaki mengisi surat akuan yang disertakan 


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi;


URUS SETIA BINTANG KECIL RTM 2017 (SABAH)
Bahagian Hiburan & Muzik
Jabatan Penyiaran Malaysia SABAH
Aras 3, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia
Off Jalan Lintas Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah
-
No. Telefon : 088-712344 sambungan (1109)
No. Fax : 088-313304

atau anda juga boleh menghubungi ...

URUS SETIA 
PERTANDINGAN BINTANG KECIL RTM 2017
Jabatan Penyiaran Malaysia SARAWAK
Jalan P. Ramle, 93614 Kuching

No. Telefon : 082-248422
No. Fax : 082-246523



Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah.
2. Urus Setia Pertandingan Bintang Kecil RTM 2017, Sarawak.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Uji Bakat Bintang Kecil RTM 2017 (Sabah) . Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Uji Bakat Bintang Kecil RTM 2017 (Sabah) "

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top