Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Sudah Bersedia Untuk Pertandingan Sugandoi 2017?

Masa berlalu dengan cepat, menjelang bulan Mei 2017 rakyat Malaysia khususnya di negeri Sabah akan merayakan Pesta Ka'amatan iaitu merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati 'Bambazon' (semangat padi)..

"Sempena Tahun Melawat Tambunan 2017, daerah Tambunan sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah perasmian sambutan Pesta Ka'amatan peringkat Negeri Sabah 2017 yang dijadualkan pada 1 Mei 2017". (Sumber: Ronney Bikin Panas RBP II)

Pertadingan Sugandoi...

Salah satu acara penting semasa perayaan Pesta Ka'amatan ialah pertandingan Sugandoi. "Pertandingan Sugandoi merupakan salah satu langkah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri nyanyian dalam kalangan penduduk di Sabah. Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2015, Evaristus Gungkit berkata, sejak pengenalan Sugandoi peringkat negeri pada tahun 1987 ramai golongan muda telah berjaya dicungkil bakat. Ramai peserta Sugandoi telah mewakili ke peringkat kebangsaan malah ada juga yang telah menjadi penyanyi pada masa in".

Mengimbas kembali pertandingan Sugandoi tahun 2016, Mohd. Rifanzi Ruji (wakil WP Labuan) telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan Sugandoi tahun 2016. Naib Johan, Darrel Reidz Vidy (wakil Keningau) dan Debra Paimin (wakil Ranau) merupakan pemenang tempat ketiga.


Kredit Foto: Augustine Jumat

Persediaan Sugandoi tahun 2017?

Berbalik cerita persediaan pertandingan Sugandoi tahun 2017, saya percaya ramai rakan kita di luar sana sedang melipat-gandakan usaha dalam membuat persediaan untuk pertandingan ini khususnya persediaan daripada segi pemilihan lagu; music arrangement, menghafal lirik, dan belajar sebutan yang betul. Disamping, membuat persediaan untuk mencari pakaian (pelbagai suku etnik Sabah), berpantang dalam pemakanan, inisiatif untuk mengikuti kelas vokal dan mempercatur venue Sugandoi iaitu merancang tempat uji bakat secara teliti dan fokus mengikut kelayakan setiap peserta.

Apa, di mana dan bagaimana persediaan yang dibuat saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Semoga berjaya! Teruskan perjuangan anda!
Aramai tii...


Sumber:






Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Sudah Bersedia Untuk Pertandingan Sugandoi 2017?. Please share...!

Post Comment

4 Comment for "Sudah Bersedia Untuk Pertandingan Sugandoi 2017?"

lebih baik bersiap sedia dari awal.. satukan tujuan..

Betul, persediaan awal merupakan salah satu usaha yang perlu dibuat oleh setiap individu yang ingin menyertainya. Tanpa persediaan kejayaan sukar dimiliki. Anyway, terima kasih kerana sudi memberikan pendapat saudari Minami. Salam perkenalan ;-)

Mantaps...info yg sangat berguna.hehe..thank you....

You're welcome... Terima kasih saudara Jekley Jack atas sokongannya. Semoga terus mengikuti perkembangan blog ini kerana lebih banya info menarik akan diterbitkan oleh muzikSabah kelak.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top