Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Naib Johan Sugandoi Negeri 2016 Darrel Reitz Pertaruh Single Pertamanya


  Sementara menunggu untuk kemasukan sesi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan pengkhususan Persembahan di UiTM Shah Alam, dengan berbekalkan bakat beliau meluaskan pengalamannya iaitu berkerja sebagai guru vokal di Joy Music Centre, Keningau. Menurut Darrel, walaupun beliau memutuskan untuk menyambung pengajiannya namun, beliau tetap dan akan terus menghasilkan karya.

Darrel Reitz Clare - Tongkiad No Mantad Doho

Merupakan Naib Johan pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri tahun 2016, Darrel Reitz Clare sekali lagi mengorak langkah dengan terciptanya video muzik (MTV) single-nya yang bertajuk Tongkiad Noh Mantad Doho. Lagu ini dicipta oleh Rolland Francis dan lirik ditulis oleh Rolland Francis dan Joyce Anthonius.

Apakah sinopsis penceritaan lagu Tongkiad No Mantad Doho? "Lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang percintaan yang putus di tengah jalan. Jika benar-benar dihayati pada rangkap chorus, kekasih (wanita) tersebut sudah melangkah mara ke hadapan dan tidak mahu mengingati apa-apa lagi tentang pasangannya (lelaki). Lagu ini ada kaitan dengan diri saya melalui pengalaman sebenar yang dialami dahulu kala". Katanya kepada hiburansabah.com semalam.

Darrel Reitz Vidy (nama sebenar) telah mendapat pendidikan awal di SK. Pasir Puteh, Keningau. Kemudian menyambung persekolahannya di SMK. Keningau 2. Semasa di sekolah menengahnya, beliau telah mengambil Muzik sebagai mata pelajaran elektif untuk SPM. Darrel Reitz Vidy yang mesra dengan panggilan Darrel Tuntung sememangnya aktif dalam bidang koir dan pernah mengikuti koir sehingga ke peringkat Kebangsaan. Selepas tamat tingkatan 5, beliau kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat Diploma Muzik dengan mengambil jurusan Vokal sebagai major di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Sementara menunggu untuk kemasukan sesi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan pengkhususan Persembahan di UiTM Shah Alam, dengan berbekalkan bakat beliau meluaskan pengalamannya iaitu berkerja sebagai guru vokal di Joy Music Centre, Keningau. Menurut Darrel, walaupun beliau memutuskan untuk menyambung pengajiannya namun, beliau tetap dan akan terus menghasilkan karya.

Darrel Naib Johan Sugandoi Peringkat Negeri 2016

Pengalaman Menyertai Pertandingan

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengikuti mana-mana pertandingan nyanyian. Saya hanya menyanyi di rumah orang khawin dan koir nyanyian di gereja. Bercerita mengenai pengalaman dalam pertandingan Sugandoi, sebenarnya, tidak pernah terlintas dalam fikiran mahu mengikutinya. Namun, atas sokongan moral dan dorongan penuh daripada keluarga mahupun kawan-kawan saya, maka, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti pertandingan sugandoi, sudah tentu tidak meletakan apa-apa harapan, cukup sekadar untuk mencari pengalaman dan penyertaanpun hanya sekadar suka-suka saja. Namun, syukur kepada Tuhan kerana bakat yang dimiliki membolehkan saya mendapat Naib Johan dalam petandingan Sugandoi peringkat Negeri Sabah pada tahun lalu". Katanya kepada hiburansabah.com.

Harapan dan Perancangan

"Saya berharap masyarakat di luar sana dapat menerima dan melihat saya melalui bakat dan karya yang dihasilkan. Semoga single pertama saya yang bertajuk Tongkiad Noh Mantad Doho ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat tempatan di Sabah. Perancangan untuk masa hadapan, saya ingin memperluas pengetahuan dengan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun, disamping mengikuti kuliah saya juga akan mencari pengalaman iaitu membuat kerja part time sebagai guru Vokal sekitar Shah Alam, Selangor dan pada masa yang saya akan terus berkarya untuk membangunkan dan memartabatkan industri muzik Sabah. Untuk pengetahuan Video muzik (MTV) untuk single Tongkiad Noh Mantad Doho telah siap diterbitkan, anda boleh mendengar lagu ini melalui aplikasi YouTube.



Ketika ditanya apakah ucapan kepada peminat-peminat Darrel di luar sana? "Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sejak penglibatan saya menyertai Sugandoi pampailah ke hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang selama ini bekerja keras membantu menjayakan pembikinan video Tongkiad Noh Mantad Doho. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya akan terus berkarya bersama-sama dengan artis-artis yang lain dalam membangunkan dan memartabatkan industri muzik tempatan, Sabah. Terus ikuti perkembangan saya melalui Facebook dan YouTube". Katanya kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Tembual bersama artis Darrel Reitz Clare
2. Aplikasi Facebook Darrel Reitz Clare
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Naib Johan Sugandoi Negeri 2016 Darrel Reitz Pertaruh Single Pertamanya. Please share...!

Post Comment

4 Comment for "Naib Johan Sugandoi Negeri 2016 Darrel Reitz Pertaruh Single Pertamanya"

Saya suka sangat baca blog ni.... Harap ramai lagi interview dengan para artis sabahan lepas ni.

Terima kasih saudara / saudari 'Unknown'... Teruskan mengikuti perkembangan mengenai industri hiburan tempatan khususnya Sabah melalui blog ini hiburansabah.com

Saudara/Saudari 'Anonymous',

Terima kasih atas pujian tersebut. Blog ni sememangnya mengutamakan ketepatan informasi. Oleh itu hiburansabah.com sedaya upaya unttuk menghubungi artis-artis tempatan Sabah untuk mengikuti perkembangan semasa yang dilakukan mereka.

Terus menyokong blog hiburansabah.com, hiburansabah.com akan berusaha untuk membekalkan maklumat yang tepat, berkualiti kepada semua pembaca di luar sana khususnya masyarakat tempatan Sabah.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongannya daripada saudara/i Anonymous..

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top