Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Serahkan Rezeki 'Mainan Cinta' Dalam Anugerah Juara CLAS Sabah ~ Ray Asmadin

Saya dan Nur Fazz berbincang mengenai lirik serta melodinya selama hampir seminggu melalui aplikasi online iaitu whatsapp. Dipendekkan cerita, kiranya perbincangan bersama secara jarak jauh.

Mula berjinak dalam bidang nyanyian ketika berumur 11 tahun, beliau yang pada awal sememangnya aktif dalam nyanyian nasyid, namun, kemudiannya mula bergiat serius (aktif) dalam genre nyanyian balada ketika beliau berumur 15 tahun. Demikian, salah seorang lagi finalis Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim ke-10, 2017 iaitu Muhadin Bin Asmadin atau yang mesra dengan panggilan Ray Asmadin, mempertaruh lagunya yang berjudul Mainan Cinta.


Artis Ray Asmadin


Lagu dan penulis lirik Mainan Cinta dicipta penuh oleh Nur Fazz iaitu juga merupakan seorang artis tempatan yang berasal dari Kota Belud. Sinopsis lagu ini berkisar tentang sebuah percintaan yang telah lama terjalin dan tanpa diduga si kekasih telah dipermain dan ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang khabar berita selepas pasangannya tersebut mempunyai kekasih yang baru.

"Lagu ini dicipta pada awal Januari 2014. Pada ketika itu, saya dan Nur Fazz berbincang mengenai lirik serta melodinya selama hampir seminggu melalui aplikasi online iaitu whatsapp. Dipendekkan cerita, kiranya perbincangan bersama secara jarak jauh. Pada Mac 2014, lagu ini dirakam di salah sebuah produksi rakaman sekitar Kota Kinabalu. Bercerita mengenai pengalaman ketika merakamkan lagu tersebut, lagu ini telah dirakam sekurang-kurangnya lima (5) kali sehinggalah mencapai tahap yang diingini. Lagu ini siap sepenuhnya pada Jun 2014 dan edaran telah dibuat di Sandakan FM dan Sabah FM".

Ditanya adakah ciptaan lagu ini berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh Ray Asmadin yang diungkapkan oleh si penulis lirik? Beliau menjawab, "Menyentuh mengenai sejarah penciptaan lagu ini, saya sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa komen mengenainya. Hanya komposer saya saja yang tahu bagaimana lagu ini dicipta dan bagaimana ilham penciptaan itu timbul sehingga terhasilnya lagu Mainan Cinta. Mungkin perlu interview komposer saya sendiri, barangkali". Katanya sambil tersenyum kepada hiburansabah.com ketika dihubungi kelmarin.


Mainan Cinta Ray Asmadin
Undian Pilihan Pendengar Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10 

Persediaan dan Harapan Untuk Anugerah Juara CLAS 

"Ini merupakan percubaan pertama saya dengan komposer lagu Nur Fazz dalam Anugerah Juara CLAS. Persediaan saya lebih bertumpu kepada penjagaan vokal, disamping, menyediakan diri secara fizikal dan mental serta mengatur susunan lagu yang baru untuk dipertandingkan semasa final CLAS pada 19 Februari 2017 nanti. Fokus saya, saya hanya ingin membuat persembahan yang terbaik semasa malam final tersebut dan mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang lebih awal dan selebihnya saya serahkan pada rezeki malam itu nanti".

Pencapaian

"Sepanjang karier saya sebagai seorang penyanyi tempatan, pencapaian yang dikecapi ialah sewaktu menjadi juara Pertandingan Siok Bah 1 Malaysia, juara Bintang Fantasi Saga dan juara Sugandoi Libaran 2016. Saya juga pernah disenaraikan dalam top 20 pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri 2016 dan senarai pendek Akademi Fantasia tahun 2014. Disamping, saya juga merupakan finalis Gema Warisan 2006 dan finalis Program Nah Apa Kau Lagu. Bagi memperluas pengalaman saya dalam karier nyanyian, saya juga aktif membuat persembahan di KK Jazz Festival, persembahan sempena Hari Malaysia di padang Merdeka Kota Kinabalu serta membuat persembahan sempena pelancaran Pan Borneo 2017 di Lahad Datu".

Perancangan

"Saya bercadang untuk membuat satu mini album. Ketika ini material-material untuk menghasilkan empat (4) buah lagu telahpun ada. Hanya menunggu masa yang sesuai masuk ke studio untuk merakam lagu-lagu terebut. Selain itu, saya juga bercadang meluaskan bakat yang dimiliki untuk berada di pasaran Semenanjung Malaysia."


Mainan Cinta oleh Ray Asmadin
Undian Pilihan Pendengar Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10 

"Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat di Sabah khususnya yang berada di Sandakan dan Kota Kinabalu kerana terus menyokong kerjaya seni saya sampai ke hari ini. Buat keluarga, terima kasih kerana terus memberikan semangat yang tidak terhingga kepada saya untuk terus maju terutamanya sekali buat kakak saya iaitu Noney Asmadin kerana sentiasa berada bersama di sisi saya walaupun di mana jua saya berada dan ketika saya memerlukan. Ucapan juga ditujukan buat RTM Sandakan dan RTM Kota Kinabalu, terima kasih kerana memberikan ruang, peluang dan mengetengahkan saya untuk terus bertapak di dalam industri seni ini. Tanpa anda saya tidak akan pernah wujud dalam industri hiburan dan muzik di Sabah. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tak terhingga juga kepada penulis blog ini iaitu saudara Jinus melalui hiburansabah.com kerana sentiasa memperkenal dan mengetengahkan artis-artis Sabah yang sememangnya cukup berbakat. Teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagi artis-artis Sabahahan mahupun artis di luar daripada Sabah. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak dan teruskan usaha murni anda! Syabas diucapkan dan jangan jemu untuk menaikkan standard artis-artis tempatan Sabah." Demikian ucapannya mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Temubual bersama artis Ray Asmadin
2. Facebook Muhadin Asmadin Full
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Serahkan Rezeki 'Mainan Cinta' Dalam Anugerah Juara CLAS Sabah ~ Ray Asmadin. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Serahkan Rezeki 'Mainan Cinta' Dalam Anugerah Juara CLAS Sabah ~ Ray Asmadin"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top