Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Robbie Kembali Berentap Dalam Finalis Anugerah Juara CLAS

Setiap pertandingan menginginkan kemenangannya, begitu juga dengan saya. Namun, kalah bukan bererti tewas dan menang itu merupakan satu bonus.

Lagu berjudul Kerinduanku nyanyian oleh Robbie Angkangon bakal berentap sekali lagi di pentas akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim ke-10 tahun 2017 di Kudat pada 19 Februari ini. Artis tempatan kelahiran dari daerah Kudat ini juga pernah disenaraikan sebagai finalis Anugerah Juara CLAS edisi pertama yang diperkenalkan pada tahun 2006.

Lagu Kerinduanku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer Jaccius Donnius, menceritakan tentang lagu cinta dan ia dicipta berdasarkan pengalaman nyata oleh beliau sendiri terhadap kekasih lamanya. (Sumber: Suara Tempatan Anda, Hiburan, Harian Express, Isnin; 13 Februari 2017)

Robbie Angkagon

"Saya sangat gembira dan teruja kerana tersenarai dalam kedudukan enam peserta akhir untuk Anugerah Juara CLAS Musim ke-10 ini. Berada pada kedudukan enam peserta akhir ini sememangnya bukan suatu perkara yang mudah. Banyak saingan yang sengit perlu diharungi, tambahan, lagu-lagu lain yang juga tersenarai dalam kedudukan enam peserta akhir juga mempunyai kekuatannya tersendiri". Katanya kepada hiburansabah.com semasa dihubungi kelmarin.

Ditanya mengenai persediaan yang telah dibuat oleh Robbie untuk malam Anugerah Juara CLAS ini, beliau berkata "Saya mengambil cuti kerja untuk membuat persiapan daripada segi persembahan, vokal dan pakaian. Tema pakaian yang ditetapkan tahun ini adalah 'CLAS Mutiara Sabah'. Disamping itu, persiapan juga dibuat daripada segi pemantapan dan keserasian back-up singer dan dancer.

Robbie dan Jaccius
Undian Pilihan Pendengar Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10 
Pelbagai pertandingan yang telah diikuti olehnya sebelum ini antaranya adalah program yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau pernah mendapat tempat ketiga dalam Gema Warisan, menjadi johan dalam Bkat Kota, finalis dalam Bintang P. Ramlee dan menduduki tiga teratas Kilawan Emas Sabah. "Pengalaman ini merupakan aset penting sebagai garis panduan kepada saya untuk membuat persediaan yang lebih jitu lagi".

"Setiap pertandingan menginginkan kemenangannya, begitu juga dengan saya. Namun, kalah bukan bererti tewas dan menang itu merupakan satu bonus. Saya berharap boleh melakukan sehabis baik dan apa yang dirancang berjalan lancar dan beroleh kemenangan". Jelas beliau lebih lanjut kepada hiburansabah.com.

Robbie juga memanjatkan kesyukuran kerana sentiasa mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada keluarga dan rakan-rakannya."Ribuan terima kasih kepada saudara-mara, sahabat handai, Robbie Fan Club dan khususnya kepada pendengar-pendengar yang sudi mengudi sehingga lagu Kerinduanku layak ke final. Tidak lupa juga kepada pencipta lagu Kerinduanku, Jaccius kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menyanyikan lagu ini".

Artis Tempatan Robbie

Sementara itu, Robbie akan memberi penumpuan terhadap pembikinan album keduanyayang sedang dalam proses pembikinan di bawah Pusakag Production dan meneruskan aktiviti menyanyi disamping menjalankan tugas hakiki sebagai penjawat awam.

Peminat setia Robbie boleh mendapatkan atau mengetahui perkembangan beliau melalui Facbook Robbie Angkagon.

Untuk mengundi Pilihan Pendengar sila layari Undian Pilihan Pendengar Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10

Sumber:

1. Temubual bersama dengan artis Robbie Angkagon
2. Facebook Robbie Angkagon
3. Robbie kembali ke pentas final selepas 10 tahun, oleh Joy Burno, Suara Tempatan Anda, Hiburan, Harian Express (Isnin, 13 Februari 2017).
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Robbie Kembali Berentap Dalam Finalis Anugerah Juara CLAS. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Robbie Kembali Berentap Dalam Finalis Anugerah Juara CLAS"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top