Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017

Qhalysa Mentor Milenia telah diumumkan berjaya ke peringkat sterusnya selepas beliau telah dipilih menjadi Protege kepada Tomok. Qhalysa bakal berentap dalam Peingkat Kumpulan, siaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.
Qhalysa Mentor Milenia Protege Tomok

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin atau dikenali sebagai Qhalysa Mentor Milenia telah diumumkan berjaya ke peringkat sterusnya selepas beliau telah dipilih menjadi Protege kepada Tomok. Seorang lagi peserta yang turut berjaya bersama Qhalysa sebagai Protege kepada Tomok ialah Mohamad Rozaimi Rosli atau mesra dengan panggilan Along.

Qhalysa Mentor Milenia menjadikan program Mentor Milenia 2017 ini sebagai pentas untuk mengasah dan seterusnya menonjolkan bakat nanyian yang dimilikinya untuk dipertonton dan sudah tentu mahu menghibur semua peminat setia industri hiburan dan muzik tanah air Malaysia.

Pencapaian Qhalysa

Dikhabarkan, Qhalysa sememangnya telah mengikuti Bintang Remaja RTM sejak tahun 2012 lagi. Pepatah mengatakan 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?'. Berkat usaha, kesungguhan dan kesabarannya berhasil, justeru, beliau dinobatkan sebagai Juara pertandingan Bintang Remaja RTM peringkat negeri Sabah pada tahun lalu (2016).

Minat, kesungguhan dan kesabaran Qhalysa dalam bidang nyanyian bukan saja sekadar minat semata-mata malah, ia sebenarnya merupakan cita-cita beliau untuk menjadi penghibur pada masa hadapan. Qhalysa selalu mencabar dirinya dengan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian untuk terus dan terus menagasah bakatnya. Menang atau kalah, itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Itulah kuasa 'adat pertandingan'.

Terdahulu, Qhalysa juga ada mencuba nasib dalam program realiti TV Tiga Juara, iaitu sebuah rancangan realiti TV yang disiarkan melalui media Prima TV3. Namun, disebabkan oleh faktor usianya yang masih muda, beliau terpaksa memendam hasrat untuk bersaing di pentas Tiga Juara yang dimenangi oleh Slama AF, anak kelahiran Sabah yang berasal dari daerah Tawau. Pun begitu, Azmeer (juri kerika itu) mencadangkan Qhalysa untuk datang ke uji bakat program seterusnya iaitu Mentor Milenia.

Qhalysa juga pernah memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa iaitu menang tiga Pingat Perak: Vocal Contemporary, Vocal Pop dan Vocal World melalui World Championship of Performing Arts di Las Vegas (WCOP). Klik link / pautan World Championship of Performing Arts di Las Vegas untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pingat yang dimenangi oleh Qhalysa.

Sementara itu, Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) berjaya dipilih sebagai protege Black. Minggu lalu empat peserta telah dipilih untuk meneruskan saingan antaranya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Uspo) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) sebagai protege Hazama. Manakala, ua peserta yang lain adalah Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica) sebagai protege Akim.

Pemilihan minggu kedua ini telah melengkapkan senarai lapan peserta yang bakal berentap dalam Peringkat Kumpulan di pentas Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.

Selain Qhalysa, seorang lagi peserta yang berasal dari Tambunan, Sabah; Angelica Paujin atau Elica Mentor Milenia, protege kepada Akim Ahmad. Sama-sama kita doakan kejayaan peserta yang berasal dari Sabah ini di dalam pertandingan Mentor Milenia 2017.

Sumber:
1. https://suarasabah.com/hiburan/qhalysa-mentor-milenia-ptotege-tomok/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mentor_Milenia_2017
3. https://www.wcop.com/awards/2016/2016-senior-medalists
4. https://www.kbergetar.com/2017/02/program-mentor-milenia-2017.html
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mentor_(siri_TV)
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017. Please share...!

Post Comment

2 Comment for "Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017"

semoga kejayaan ini memberi nama baik untuk negeri Sabah khususnya dan Borneo amnya

Betul demi memartabatkan lagi industri hiburan dan muzik tempatan Sabah.

Saudara Hanafi, terima kasih kerana sudi berkunjung ke halaman ini. Saya juga akan berkunjung ke blog Hanafi dalam masa terdekat hehe... Salam perkenalan!

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top