Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017

Bahang pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 semakin dirasai. Ramai calon pemenang sugandoi di luar sana telah dan dalam proses membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan seumpama yang sememangnya merupakan acara atau aktiviti wajib mengisi tentatif Pesta Kaamatan yang disambut saban tahun. Penganjuran pertandingan Sugandoi Kaamatan di peringkat daerah juga masing-masing telah merancang dan menetapkan tentatif pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat daerah.

Demikian, pencarian bakat tempatan ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah Ranau bakal membuka tirai uji bakat bermula pada 4 Mac 2017.

Juara Sugandoi Kaamatan Ranau 2016
Juara Sugandoi Kaamatan Ranau 2016

Sidang Media

Melalui News Sabah Times dan Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi Penganjur Benedict Bungkilan memaklumkan kepada media bahawa sesi uji bakat bakal diadakan selama enam (6) minggu sebelum melangkah ke peringkat suku akhir dan separuh akhir.

"Pencarian bakat diadakan setiap Sabtu di tapak Tugu 100 tahun pekan Ranau bermula dari jam 9.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang bermula 4 Mac, 11 Mac, 18 Mac dan seterusnya bersambung pada 1 dan 8 April.

"Sepuluh (10) peserta bakal berentap di pentas konsert akhir yang akan berlangsung di Dewan Mayarakat Ranau pada malam 6 Mei 2017 selepas melalui beberapa tapisan di peringkat suku akhir dan separuh akhir selesai dilakukan.

"Penganjur Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 daerah Ranau turut mencadangkan bahawa pentas separuh akhir akan berlangsung di Hotel Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Kundasang," katanya.

Jawatankuasa Pertandingan Sugandoi 2017 Ranau
Jawatankuasa Pertandingan Sugandoi 2017 Ranau

Menurut Benedict, penganjuran pada tahun ini menyaksikan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam konsep penganjuran termasuk menjenamah semula 'Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan' kepada 'Konsert Akhir Sugandoi Kaamatan'.

"Pembaharuan dan penambahbaikan ini bertujuan menarik lebih ramai warga daerah ini tampil mengetengahkan bakat mereka dalam bidang nyanyian atau seni suara.

"Pendekatan baru ini juga diharap akan mempengaruhi kehadiran masyarakat daerah ini pada setiap sesi uji bakat hingga ke pentas akhir sekali gus memberi impak positif kepada sambutan Pesta Tadau Kaamatan tahun ini," tambah Benedict.

Justeru, beliau mengalu-alukan lebih ramai peserta tampil menyertai sesi pencarian bakat pada tahun ini yang dianjurkan bersama Persatuan Penggemar Sistem Suara Ranau (R2SC).

Sugandoi Kaamatan 2016 Ranau

Mengimbas kembali Sugandoi Kaamatan tahun lalu peringkat daerah Ranau, Debra Paimin telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 peringkat daerah Ranau. Lagu Umbalanku dan Nosindualan yang dinyanyikan juga membawa tuah kepada Debra Paimin untuk menjadi pemenang tempat ke-3 pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri di KDCA Penampang pada tahun lalu.

Pemenang Sugandoi Kaamatan Negeri 2016
Pemenang Sugandoi Kaamatan Negeri 2016
Sementara itu, naib johan pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 peringkat daerah Ranau disandang oleh Fify Elviana melalui lagu Nokomus Romus Piupusan dan Hangadku Tomoimo. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Evan Hera dengan lagunya Pitongkizadan dan Unduk Ngadau. Sekurang-kurangnya seramai 100 orang peserta telah melalui peringkat pemilihan awal pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 daerah Ranau dan seramai 32 orang dipilih untuk ke pertandingan separuh akhir. Walau bagaimanapun, penganjur pertandingan hanya memilih 10 peserta yang berentap pada pertandingan akhir.

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah Ranau boleh menghubungi Benedict Bungkilan melalui nombor 019-8734148 (Pengerusi) atau Arief Ariffin ditalian 014-8519394 (Setiausaha)


Sumber:
1. Pencarian Bakat 'Sugandoi Kaamatan 2017' Bermula Mac Ini, News Sabah Times, 25hb Februari 2017 oleh Aduka Jasnin Suman
2. Pencarian Bakat Sugandoi Kaamatan 2017, Utusan Borneo (Sabah) 27 Februari 2017 oleh Jainudin Nasir

 
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top