Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017 Menanti Anda Di Kuala Penyu, Sabah

Melihat pada keunikan tarian bakanjar ini, maka Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) telah mengambil inisiatif untuk mengangkat dan menonjolkan lagi tarian ini. STCA telah bersetuju agar satu perayaan atau pesta budaya suku kaum Tatana diwujudkan dengan mengambil tarian bakanjar sebagai salah satu intinya. Pesta tersebut dinamakan Odou Bakanjar atau Pesta Bakanjar. Keputusan STCA ini telah diajukan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada bulan Oktober 2013 dan pada perbincangan ini STCA diwakili oleh Datuk Seri Panglima Wences Angang selaku Presiden STCA dan En. Monih Epin, Setiausaha Agung STCA dan Pn. Monica Gualin. Sementara LKNS diwakili oleh Pengurus Besar Datu Rusmadi Datu Sulai dan En. Mickey Apison, Timbalan Pengurus Besar. Nama Odou Bakanjar juga telah diterima sebulat suara dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STCA. - Oleh: Monih Epin, Setiausaha Agung STCA
Odou Bakanjar


Odou Bakanjar merupakan perayaan yang disambut oleh suku etnik Tatan, Kuala Penyu. Ia biasanya disambut selepas hari ke-15 Tahun Baru Cina. Selami budaya unik etnik Tatana, saksikan tarian tradisi yang pelbagai, nikmati makanan tradisional, permainan dan cerita-cerita rakyat mengenai suku etnik Tatana ini.

Penganjuran Pesta atau Odou Bakanjar kali ke-4 oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada tahun 2017 ini, sekali lagi akan diadakan di Tapak Tamu, Majlis Daerah Kual Penyu, Sabah pada 25hb Februari 2017 (Sabtu). Rebut peluang untuk mengenali budaya etnik Tatana. Jomm sama-sama kita memeriahkannya!

Objektif Program

1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Etnik Dusun Tatana dengan Rtnik uang lain.

2. Memulihara dan melestarikan Khazanah budaya Tatana yang unik dan bernilai tinggi.

3. Menghidupkan elemen-elemen budaya tradisi Tatana yang masih releven.

4. Menggalakkan generasi baharu Tatana mengenali asal-usul kebudayaan mereka.

5. Menjadikan Etnik Dusun Tatana dikenali oleh masyarakat sekitar dan masyarakat luar sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

6. Menjadikan kebudayaan Tatana sebagai slah satu aset pelancongan negeri dan negara.

Aturcara Program Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017

PERASMIAN KARNIVAL PERAYAAN ODOU BAKANJAR
DUSUN TATANA EDISI KE-4 TAHUN 2017

Tarikh : 25hb Februari 2017
Masa : 10:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Tapak Tamu Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah.

Atur Cara Pesta Bakanjar

Etnik Tatana & Odou Bakanjar

Etnik Dusun Tatana yang terdapat di daerah Kuala Penyu memang kaya dengan pelbagai unsur kebudayaan. Warisan budayanya meliputi cara hidup, kepercayaan, upacara ritual, makanan, pakaian, tarian, muzik tradisi, lagu-lagu rakyat dan sastera lisan masih diamalkan oleh masyarakatnya.

Tarian tradisi Tatana sendiri daripada Sayau Kadayan atau Sayau Moginum, atau Sayau Moginum, Sayau Kolombujang, Sayau Balandaih dan Sayau Bakanjar: Setiap tarian ini mempunyai keunikan dan tujuan yang tersendiri. Sayau Kadayan, Sayau Kolombujang dan Sayau Balandaih pada asalnya adalah tarian dalam upacara ritual dan kini selalui ipersembahkan pada acara-acara keramaian. Tarian Bakanjar pula bukan merupakan tarian dalam mana-mana upacara ritual.

Kewujudan tarian Bakanjar sama usianya dengan kewujudan suku kaum Tatana itu sendiri. Dengan melihat pada peralatan yang digunakan dan semangat rentak tarinya, tarian Bakanjar merupakan tarian seni bela diri dan kepahlawanan. Perkataan Bakanjar berasal dari akar kata "kanjar" yang mendapat imbuhan "ba-", [ba- + kanjar]. Perkataan "kanjar" dalam bahasa Tatana bererti pergerakan kaki dan hentakan kaki yang menggerakkan seluruh anggota badan. Mengikut semantiknya, perkataan "kanjar" juga mengandungi unsur sifat iaitu "beremangat dan kekuatan". Kata terbitan lain dari perkataan ini ialah mikakanjar (menghentak-hentakkan kaki), dan takanjar-kanjar: Makna perkataan bakanjar dapat dirumuskan sebagai "satu pergerakan yang bermula dengan pergerakan kaki diikuti oleh pergerakan anggota badan yang lain yang digerakkan dengan bersemangat."

Berdasarkan peralatan yang digunakan, tujuan dan definisi kata tersebut, makna tarian Bakanjar ialah tarian yang memperlihatkan kemahiran menggunakan peralatan pedang da taming dengan seni pergerakan dan langkah kaki tertentu yang diikuti oleh pergerakan anggota badan dan gaya penuh semangat dan pepahlawanan mengikut rentak paluan gong yang diberi nama Anak Kuda. 

Odou Bakanjar Masyarakat Tatana (artikel)
Oleh: Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA)
Hak cipta terpelihara ©

Penggunaan beberapa perenggan artikel di atas telah mendapat kebenaran daripada penulis asal artikelnya, iaitu saudara Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatan Sabah (STCA). Semua aspek berkenaan artikel ini adalah hak cipta terpelihara kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian artikel ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada pemilik asal artikel berkenaan.

Etnik Tatana & Odou Bakanjar


Sumber:

1. Odou Bakanjar Masyarakat Tatana, Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA)
2. http://www.sabahtourism.com
2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140221/wb_01/Odou-Bakanjar-pamer-seni-Tatana
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017 Menanti Anda Di Kuala Penyu, Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017 Menanti Anda Di Kuala Penyu, Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top