Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Mungkinkah Kumpulan Atmosfera Akan Berakhir?

Atmosfera

Kumpulan Atmosfera terkenal dengan lagunya yang betajuk Demi Si Kici menjadi inspirasi kepada kalangan remaja yang meminatinya. Apa tidaknya sejak single tersebut meningkat naik, ramai peminatnya juga tergerak dan diinspirasikan untuk cuba menghasilkan lirik dan lagu yang seakan sama seperti genre lagu Atmosfera. Lagu Demi Si Kici ini menjadi lagu kegemaran kepada kebanyakan remaja zaman sekarang. Sehinggakan budak-budak kecil pun boleh menghafal dan menyanyikannya. Mendalami kisah mengenai kumpulan Atmosfera, hiburansabah.com berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kumpulan ini untuk tujuan penerbitan artikel sebagai bahan bacaan kepada masyarakat tempatan khususnya kepada peminat setia kumpulan Atmosfera di Sabah.

Mungkin kami cuma boleh bertahan dalam tempoh 4 ke 5 tahun lagi. Namun, jika diizinkan Tuhan, kalau masih punya rezeki, kami akan terus bersama. Kami berharap semoga Atmosfera kekal maju kehadapan dalam industri hiburan dan muzik

Wujudnya Kumpulan Atmosfera

Kumpulan Atmosfera terdiri daripada dua orang penyanyi iaitu Hezron dan Ganak. Mereka berdua merupakan adik beradik yang berasal dari Keningau, Sabah. Hiburansabah.com dimaklumkan, Atmosfera ini pada mulanya hanya melibatkan seorang penyanyi / artis iaitu Hezron. Pada tahun 2009, Hezron telah mencipta lagu dan menggelarkan dirinya sebagai atmosfera. Menurut pendapat Hezron, beliau menamai kumpulan ini sebagai Atmosfera kerana membayangkan bahwa beliau yang berada di atmosfera, sedang menyanyi dengan bebas dan tidak ada sesiapa pun berada di sana. Oleh sebab itu Hezon memilih dan menjadikan Atmosfera sebagai nama kumpulan mereka. Lagu pertama yang dicipta oleh Hezron bertajuk 'Kau Putuskan Aku". Namun, selepas terciptanya lagu tersebut Ganak mulai meminati untuk menghasilkan karya. Sejak itu, mereka aktif untuk mencipta lagu, merakam dan memuat naik karya ke dalam YouTube. Minat, kesungguhan dan kesabaran mereka ini mendapat sokongan penuh, dorongan dan nasihat daripada keluarga sebelum menjadi artis.

Single 'Demi Si Kici'

Lagu Demi Si Kici mendapat tempat di hati kebanyakan pendengar tempatan di Sabah. Lagu dan lirik ini sebenarnya telah dicipta oleh Ganak sendiri. Ditanya, ilham penciptaan lagu ini diperolehi daripada mana? "Sebenarnya ilham penciptaan lagu ini kebanyakannya diinspirasi melalui pengamen-pengamen (penyanyi jalanan / streets singer atau buskers) Indonesia yang suka menyanyi berdasarkan kisah yang nyata. Lagu ini dicipta selepas tamat SPM iaitu pada tahun 2012. Ia menceritakan kisah cinta semasa saya berada di bangku persekolahan. Segala lirik daripada rangkap pertama hinggalah rangkap terakhir sememangnya digubah melalui kisah berdasarkan pengalaman sebenar. Semestinya lagu ini digubah dan dituju khas kepada para remaja kerana ia dibuat semasa saya masih berumur belasan tahun ketika itu. Namun, rezeki tidak memihak semasa lagu ini dicipta dan hanya berkesempatan untuk memperdengar karya kami selepas ia mulai diperdengarkan melalui corong radio tempatan". Kata Ganak kepada hiburansabah.com ketika dihubungi kelmarin.

Atmosfera Berakhirlah Sudah


"Lagu Demi Si Kici sebelum ini telah dirakam di AC29 Studio. AC29 Studio merupakan studio persendirian yang diurus oleh En. Andrew Uyu, lokasi yang terletak di Keningau, Sabah. Beliau juga yang telah arrange lagu kami sebelum ini. Boleh dikatakan AC29 adalah pintu masuk kepada Atmosfera dalam dunia hiburan dan muzik Sabah. Mengimbas kembali kenangan ketika lagu Demi Si Kici mulai mendapat tempat di hati pendengar, banyak studio yang menawarkan harga yang murah untuk single ini, namun, kami memutuskan untuk memilih AC29 Studio. Bukan kerana kami mengenali siapa komposernya tetapi disebabkan kami tidak mempunyai bajet untuk tujuan recording ketika itu. Syukur, En. Andrew Uyu memberi peluang kepada Atmosfera untuk merakamkan lagu tersebut secara percuma. Kami tidak pernah menyangka lagu ini terus meningkat naik". Ulasnya lanjut kepada hiburansabah.com.

Pencapaian Atmosfera

Sejak penglibatan Atmosfera dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah, Atmosfera pernah menjadi Johan dalam Carta Terbaik Keningau FM pada tahun 2015. Itu merupakan pencapaian yang bukan sahaja memuaskan tetapi merupakan pencapaian yang membanggakan diri mereka berdua. Menjadi Johan dalam Carta Terbaik Keningau FM merupakan kejayaan dan pencapaian buat pertama kali untuk Atmosfera. Selain itu, Atmosfera juga mendapat peluang kerja sama (kontrak) dengan Syarikat Rusa Musik. Syarikat Rusa Music ini merupakan syarikat dari Kuala Lumpur. Atmosfera mulai menandatangani kontrak bersama dengan Syarikat Rusa Music pada tahun 2016 (tahun lalu) dan tempoh kontrak sehingga 5 tahun. Bagai manapun, difahamkan kemungkinan genre akan berubah (sedikit) apabila bersama-sama dengan syarikat ini. Lagu Berakhirlah Sudah, Benar-Benar Sayang dan Demi Si Kici diberi nafas baru. Rakaman versi baru lebih berkualiti berbanding sebelumnya dan kami sangat bersyukur akhirnya lagu Berakhirlah Sudah kini telah dimaikan menerusi siaran Era FM. Untuk pengetahuan, lagu Berakhirlah Sudah versi 2017 telah dimuat naik ke YouTube, manakala, lagu Demi Si Kici versi 2017 (terbaru) sudah ada di dalam Deezer, Joxx, iTunes dan ia juga boleh didengarkan secara online. 

Harapan dan Perancangan

"Sebenarnya saya ada juga membuat rakaman persendirian sebagai contoh lagu Hagemaru dan Ify, namun, lagu-lagu tersebut tidak begitu menyerlah. Walau bagaimanapun, saya lebih suka bernyanyi bersama-sama dengan Hezron. Sebenarnya kami masing-masing sudah berumah tangga, justeru, tidak seaktif ketika belasan tahun dahulunya. Mungkin kami cuma boleh bertahan dalam tempoh 4 ke 5 tahun lagi. Namun, jika diizinkan Tuhan, kalau masih punya rezeki, kami akan terus bersama. Kami berharap semoga Atmosfera kekal maju kehadapan dalam industri hiburan dan muzik".

"Selain itu kami juga berharap lagu / karya kami boleh diterima oleh semua pendegar di luar sana. Menyentuh soal perancangan untuk masa akan datang, kami akan terus menghasilkan karya berkonsepkan kisah nyata".


Ganak dan Hezron Atmosfera


"Kesempatan ini, saya bagi pihak Atmosfera ingin memohon kepada semua peminat dan yang mengenali kumpulan Atmosfera untuk terus follow dan sentiasa mengikuti perkembangan kami. Kami ingin memohon kemaafan kepada peminat di luar sana jika sekiranya tidak pernah, lambat atau seumpamanya membalas mesej anda melalui messenger Facebook mahupun melalui media sosial lain. Kami ingin tgaskan bahawa kami sebenarnya bukan sombong, kami juga manusia biasa yang sibuk dan penat dengan pekerjaan justeru masa membataskan kesemuanya.

"Kami juga ingin memaklumkan bahawa Hezron dan Ganak merupakan 100% original orang Dusun, bukannya dari Indonesia. Namun, ramai yang keliru Atmosfera berasal dari mana. Kami cuma mengikuti konsep muzik dan meminati lagu-lagu genre Pop Indonesia".

"Kesempatan ini juga saya ingin membuat Promo kepada sesiapa saja yang minat dalam mencipta lagu, teringin untuk masuk studio tetapi tidak mampu disebabkan msalah kewangan. Jangan risau, jangan putus asa, anda boleh menghubungi saya melalui Facebook Ganak Atmos, ataupun Facebook Hezron Rayner. Kami boleh membuat demo muzik berdasarkan lagu ciptaan kamu sendiri". Ucapan Ganak kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Temubual bersama Ganak Atmos
2. Facebook Ganak Atmos
3. Facebook Hezron Rayner / Facebook Hezron Atmosfera


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Mungkinkah Kumpulan Atmosfera Akan Berakhir?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Mungkinkah Kumpulan Atmosfera Akan Berakhir?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top