Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Penyampaian Mesej Lagu 'Serpihan Kenangan' Sebagai Keutamaan ~ Usal J.Gavis

Masuk bertanding adalah objektif kedua lagu Serpihan Kenangan. Objektif utama lagu ini diilhamkan adalah untuk menyampaikan mesej iaitu memberi kesedaran kepada para pendengar (masyarakat) supaya tidak mengabaikan orang tuanya.
Kali kedua beraksi di atas pentas akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS), Usal Jon Gavis, tahun ini mempertaruh lagu Serpihan Kenangan. Artis tempatan yang terkenal dengan lagu Amu Kito Noh Mihuang, sebelum ini Usal juga merupakan  finalis Anugerah Juara CLAS Musim Ke-6 pada tahun 2012. Lagu yang dipertaruhkan pada musim tersebut bertajuk Terpatri Saat Indah ~ lagu, lirik dan nyanyian penuh oleh Usal sendiri. Sememangnya beliau punya bakat yang luar biasa! Mengimbau kembali detik Anugerah CLAS Musim Ke-6, tahun 2012 acara tahunan yang popular di Sabah ini dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran, menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik Sabah ini telah diadakan di Dewan Resital, UMS.

Single Serpihan Kenangan


Lagu Serpihan Kenangan merupakan ciptaan Pn. Lucy Gawis. Lirik ditulis kolaborasi antara Pn. Lucy Gawis dan seorang penulis lirik yang berbakat besar iaitu saudara Farik Madun. Bercerita mengenai lirik lagu Serpihan Kenangan, ilham komposer melalui lagu ini sememangnya ditujukan kepada golongan warga tua yakni ibu bapa yang terabai oleh anak-anak bila telah dewasa mungkin disebabkan oleh sibuk dengan kerja / kerjaya, berkeluarga sendiri dan sebagainya. Ini sememangnya kisah benar dan kisah yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita. Memang benar lagu ini benar-benar dekat dengan hidup komposer pada masa itu memiliki ayah dan ibu yang tua, uzur yang amat perlukan anak-anak ketika waktu senja untuk menjagai mereka dengan penuh kasih sayang.

"Masuk bertanding adalah objektif kedua lagu Serpihan Kenangan. Objektif utama lagu ini diilhamkan adalah untuk menyampaikan mesej iaitu memberi satu kesedaran kepada memberi kesedaran kepada para pendengar (masyarakat) supaya tidak mengabaikan orang tuanya. Syukur, ramai yang memuji mesej yang disampaikan melalui lagu ini. Malah, ada yang berkata hati kecil mereka tersentuh dan ada yang sehingga menitiskan air mata apabila menghayatinya. Pada pendapat saya, ini merupakan kejayaan lagu Serpihan Kenangan". Katanya ketika dihubungi oleh hiburansabah.com semalam.

Persediaan Malam Anugerah Juara CLAS

Ditanya sejauh mana persediaan untuk menghadapi final Anugerah Juara CLAS, "Secara peribadi saya menggalas tanggungjawab yang berat untuk menyanyikan lagu ini kerana ia memerlukan penjiwaan besar, penghayatan vokal dan nyanyian terhadap lagu ini. "Bila bertanding perlu buat persediaan khususnya latihan lagu, workout vokal dan banyakkan latihan menyanyi. Disamping, pakaian perlu sediakan, pakaian yang hebat dan elok dipandang serta berkesesuaian dengan lagu yang dibawa. Selain itu, saya perlu wujudkan semangat membara untuk bertanding dalam diri supaya confidence level sentiasa steady. Paling utama, jangan sesekali perasan baik dan teguran terutama daripada orang-orang yang lebih arif tentang keupayaan nyanyian kita perlu dipertimbangkan. Dapatkan komen, mohon tunjuk ajar dan hormati apa sahaja bentuk teguran untuk kebaikan diri". Jelasnya panjang lebar kepada hiburansabah.com.

Usal Bersama Penulis Lirik Farik Madun

Harapan

"Agak sugar menaruh harapan untuk menang sebab lagu lain ada kekuatan dari segi melodi, lirik, susunan muzik dan juga penyanyinya sendiri. Saya lebih meletakkan harapan agar pada malam final nanti, saya dapat memberikan persembahan yang berkesan dan bertenaga. Saya berharap suara dan nyanyian pada malam itu dalam keadaan yang baik dan bersih dari kesilapan yang mungkin menggugat peluang untuk menang dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan. Memang inginkan kejayaan tetapi saya tetap yakin dan percaya dengan kuasa rezeki yang Tuahan telah rencanakan. Saya juga berharap agar sokongan doa dan undian berterusan daripada famili, saudara mara, serta kawan-kawan melalui media sosial Facebook, Instagram, whatsapp dan sebagainya. Terus bersama dengan lagu Serpihan Kenangan".

Pencapaian

"Jujurnya, tidak ada pencapaian yang tinggi dalam karier saya sebagai penyanyi di Sabah. Saya tidak pernah menjuarai mana-mana pertandingan yang berprestij tinggi. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab perjalanan seni saya yang kecil ini, ada juga lagu-lagu dalam album pertama, lagu  Amu Kito Noh Mihuang misalnya, diminati dan kerap dinyanyikan oleh peserta terutamanya semasa pertandingan Sugandoi, Pesta Ka'amatan. Saya juga diundang sekali sekala untuk memenuhi slot Hiburan RTM Kota Kinabalu seperti rancangan Ekspresi Kombo".

Perancangan

"Belum ada perancangan pasti untuk keluarkan album kedua setakat ini. Namun, saya selesa berkarya dengan mencipta lagu untuk diri sendiri mahupun kepada penyanyi lain. Saya masih menghasilkan lagu-lagu single selepas album Amu Kito Noh Mihuang, 10 tahun lepas. Antaranya adalah Kini Cinta Milik Kita, Terpatri Saat Indah, Piinisaan Toh, Araat Ko Noh Doho dan masi ada yang terperap hanya menunggu untuk dihantar ke stesen radio nanti. Saya juga kompos lagu untuk penyanyi lain dan percubaan pertama saya ialah melalui lagu Cinta Hatiku Eva yang dinyanyikan oleh artis tempatan, Malvin Kalbin".
Usal Jon Gavis
"Saya ingin mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sokongan tidak terhingga daripada keluarga dekat mahupun jauh; saudara mara, para shabat baik, kepada rakan-rakan artis yang rata-ratanya nama besar di Sabah, rakan sekerja dan khususnya kawan-kawan yang setia untuk mengundi melalui media sosial: Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain. Tanpa kamu, saya tidak berada dalam enam peserta akhir Anugerah Juara CLAS Musim ke-10 ini". 

"Tidak lupa juga kepada saudara Jinus kerana mewujudkan ruangan ini khas untuk para penggiat seni tempatan di Sabah, melalui blog hiburansabah.com. Terima kasih memilih saya sebagai bahan tatapan dan bacaan umum untuk kali ini. Semoga usaha murni hiburansabah.com terus berkembang dan gah dalam memartabatkan dunia seni dan artis tempatan Sabah." Katanya mengakhiri perbualan.

Peminat setia Usal Jon Gavis boleh mendapatkan atau mengetahui perkembangan beliau melalui laman sosial Facbook Usal Jon Gavis

Untuk mengundi Pilihan Pendengar lagu "Serpihan Kenangan" sila layari Undian Pilihan Pendengar Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10


Sumber:

1. Temubual bersama dengan artis Usal Jon Gavis
2. Facebook Usal Jon Gavis


Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Penyampaian Mesej Lagu 'Serpihan Kenangan' Sebagai Keutamaan ~ Usal J.Gavis . Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Penyampaian Mesej Lagu 'Serpihan Kenangan' Sebagai Keutamaan ~ Usal J.Gavis "

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Mungkinkah Elica, Peserta Sabah Bakal Menjuarai Mentor Milenia 2017?

Sungguh dramatis pemilihan perserta akhir Mentor Milenia 2017 sebaik sahaja kelima-lima peserta separuh akhir selesai membuat persembahan m...

Back To Top