Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

'Mainan Cinta' Dinobatkan Sebagai Juara Lagu CLAS Sabah Musim Ke-10

Kolaborasi jarak jauh (Kota Belud - Sandakan) dalam menjayakan lagu ini membuahkan hasil sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

Juara Lagu CLAS Musim Ke-10 2017 Anugerah Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10

Kudat, Sabah: Penantian kini telah terjawab, lagu "Mainan Cinta" telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) bagi musim ke-10, 2017 malam tadi. Lagu Mainan Cinta nyanyian Ray Asmadin ternyata membawah tuah kepada komposer muda yang berbakat Nur Fazz. Kolaborasi jarak jauh (Kota Belud - Sandakan) dalam menjayakan lagu ini membuahkan hasil sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

"Pertama sekali saya mengucap syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini; berkat usaha dan doa daripada semua pihak, khususnya doa dan berkat daripada ibu saya sendiri. Semestinya saya rasa amat gembira dan terharu kerana ini antara pencapaian terbaik saya dalam bidang penulisan lagu dan lirik. Saya juga berbangga dengan persembahan Ray, saya lihat dia memberikan persembahan sepenuh jiwanya pada malam ini. Kerana teruja dengan final CLAS, saya sendiri telah turun padang menjadi salah seorang penyanyi latar demi menjayakan persembahannya. Setelah dua (2) tahun saya mencipta lagu ini, akhirnya rezeki itu memihak kepada kami di malam pentas akhir CLAS musim ke-10 2017. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada RTM dan pihak pengurusan yang terbaik, terima kasih juga kepada Kombo RTM Sabah atas kerja sama padu yang diberikan. Terpenting, terima kasih kepada pengundi yang tidak jemu-jemu untuk mengundi lagu Mainan Cinta sehingga bertahan sebagai juara selama lapan (8) minggu." Katanya kepada hiburansabah.com ketika dihubungi malam tadi.

Juara Lagu CLAS Musim Ke-10, Nur Fazz
Juara Lagu CLAS Musim Ke-10, Nur Fazz
Sementara itu, pemenang kategori Lirik Terbaik telah dimenangi oleh kolaborasi antara Lucy Gawis dan Farik Madun menerusi lagu Serpihan Kenangan, nyanyian Usal Jon Gavis. Pemenang kategori lirik terbaik membawa pulang hadiah berupa wang berjumlah RM700 beserta tropi dan sijil penyertaan. Vokal terbaik disandang oleh Rosdee Mohd Yusoff @ Diddy, vokalis Kumpulan Albab menerusi lagu Cinta Sebatang Lilin. Pemenang vokal terbaik membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM700 beserta tropi dan sijil penyertaan. Manakala, kategori Pilihan Pendengar telah dimenangi oleh Usal Jon Gavis. Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM400 beserta tropi dan sijil penyertaan. Penerima saguhati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

Pemenang Lirik Terbaik CLAS Musim Ke-10, Lucy Gawis dan Farik Madun
Pemenang Lirik Terbaik CLAS Musim Ke-10, Lucy Gawis dan Farik Madun


Pemenang Vokal Terbaik CLAS Musim Ke-10, Vokalis Albab Band
Pemenang Vokal Terbaik CLAS Musim Ke-10, Vokalis Albab Band

Kesemua hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Mijul Hj. Unaini iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri N.1 Banggi. Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah Hj. Ali Hj. Ngasio dan Pegawai Daerah Kudat, Tn. Sapdin Ibrahim.

Pemenang Pilihan pendengar CLAS Musim Ke-10, Usal J. Gavis
Pemenang Pilihan pendengar CLAS Musim Ke-10, Usal J. Gavis

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah merupakan konsert dan majlis penghargaan yang berprestij anjuran RTM Sabah yang dianjurkan setiap tahun. Anugerah CLAS ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencipta lagu, penulis lirik dan artis-artis tempatan Sabah.

Hiburansabah.com ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10 khususnya kepada semua pemenang mengikut kategori.



Sumber:
1. Penerbit Bersama Pertandingan Anugerah Juara CLAS Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
2. Penerbit Mingguan Mr. Redzuan Lokman @Bo, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah.
3. Temubual bersama dengan komposer lagu Mainan Cinta Nur Fazz
4. Temubual bersama dengan penyanyi Ray Asmadin 

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading 'Mainan Cinta' Dinobatkan Sebagai Juara Lagu CLAS Sabah Musim Ke-10. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "'Mainan Cinta' Dinobatkan Sebagai Juara Lagu CLAS Sabah Musim Ke-10"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top