Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Teknologi merupakan antara pengukur utama kemajuan sesebuah tamadun manusia atau negara moden. Bermula dari perkembangan binaan penempatan tetap, saliran air dan kumbahan, perubatan, sehinggalah kepada sejagat dan pertahanan. Tambahan, semua teknologi yang cuba dibangunkan manusia sejak azali lagi adalah untuk kebaikan dan manfaat sejagat. Teknologi sebenarnya telah membolehkan kita mencapai jauh ke angkasa dan mampu meneroka bintang. Justeru dengan adanya teknologi ini kita juga boleh menjana atau menambah pendapatan secara online mengikut kepakaran, minat mahupun hobi seseorang.

Kebelakangan ini ramai yang berlumba-lumba untuk menambah pendapatan mereka melalui perniagaan secara online iaitu memanfaatkan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Keadaan ini memaksa peniaga untuk menambah pendapatan tambahan ekoran kenaikan harga barangan keperluan harian di pasaran. Jika diamati, ramai yang menjalankan perniagaan atas talian dengan menawarkan barangan yang hampir sama (barang penggenap dan barang pengganti). Penawaran barangan penggenap dan pengganti ini menjadikan persaingan perniagaan online lebih kompetetif. Walaupun perniagaan online ini sangat kompetetif namun, persoalannya kenapa masih ramai peniaga memilih atau selesa dengan bidang perniagaan online? Sudah pasti jawapannya, kerana kerja tersebut boleh dilakukan dari rumah sahaja.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Walau bagaimanapun, cadagan untuk memulakan perniagan secara online tidak dapat direalisasikan kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Usah gusar! Usah risau kerana saya punya penyelesaian kepada permasalahan tersebut iaitu kerja dari rumah dengan iLancee. Bagaimana? Anda perlu membaca artikel ini "kerja dari rumah dengan iLancee" dari hujung rambut ke hujung kaki hehee... Sebelum menerangkan lebih lanjut bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui iLancee, maka, elok rasanya saya mengupas sedikit-sebanyak maklumat mengenai iLancee terlebih dahulu.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Apa itu iLancee?

iLancee adalah satu laman web - iLancee.com, iaitu merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan jual dan beli secara online. iLancee.com dikendalikan oleh SM Technologies Network (KT0405815-A) mula dilancarkan pada Mei 2014-2016, namun, iLancee pernah menutup akaun sebanyak dua (2) kali kerana pelbagai masalah yang ditempuhi. Walau bagaimanapun, pada tahun ini iLancee sekali tampil mengorak langkah untuk meneruskan misi dan visi mereka. Bukan setakat itu sahaja, iLancee juga lebih bersedia untuk terus maju kehadapan.

iLancee ditubuhkan untuk membantu usahawan-usahawan digita micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa melibatkan sebarang kos. Berbekalkan kemahiran, minat dan hobi yang ada, maka pengguna boleh menjana pendapatan melalui iLancee.com. Sebagai contoh, jika anda seorang writer maka anda boleh menawarkan perkhidmatan penulisan. Jika anda seorang designer, anda boleh menawarkan perkhidmatan design, dan, jika anda mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam membangunkan website, maka dengan itu anda boleh menawarkan perkhidmatan untuk membangunkan website.

Selain itu, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan menjual theme sama ada untuk kegunaan wordpress atau blogspot dan pelbagai software. Namun, perkhidmatan menjual theme hanya akan dibenarkan jika anda mempunyai lesen sebagai Developer. Manakala, jika anda bercadang untuk menjual software, pastikan software tersebut boleh digunakan oleh pembeli (pengguna) dan bantuan atau support untuk pemasangannya mestilah tersedia. Ini bermakna, anda boleh menjual perkhidmatan (harta intelek) anda melalui iLancee tanpa melibatkan sebarang kos atau bayaran awal (deposit). Segala kerja hanya dilakukan di rumah sahaja. Anda hanya perlu mengekalkan reputasi dan meningkatkan kualiti maka, pembeli akan sentiasa menempah perkhidmatan daripada anda.

Kelebihan iLancee

1. Pusat jual beli servis

Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mempromosi perkhidmatannya kerana melalui iLancee, pembeli sememangnya akan mencari perkhidmatan anda.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

2. Keselamatan tinggi

Konsep iLance sangat mudah, Pay, Hold and Release. iLancee hanya akan menyerahkan duit kepada seller yang telah menyiapkan kerja. Jika tidak, bayaran akan dikembalikan ke dalam akaun buyer

3. Transaksi Selamat

Pengguna (pembeli) boleh berbelanja dengan selamat kerana kebajikan adalah keutamaan iLancee.

Fungsi iLancee Kepada Pengguna

Dua fungsi utama untuk anda ketahui di dalam iLance iaitu sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Buyer
Pembeli boleh membeli pelbagai service di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh pihak iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller.

Seller
Perkhidmatan yang ditempah hendaklah disiapkan dan dihantar kepada Buyer. Jika perkhidmatan sudah disiapkan dan telah dihantar maka dengan itu iLancee akan lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu memahami bahawa 20% daripada jumlah harga perkhidmatan yang dibeli akan diambil oleh iLance sebagai caj perkhidmatan.

Berbalik kepada persoalan kita 

Bagaimana Untuk Menjual?

Langkah 1 : Bina service baru yang anda ingin tawarkan
Langkah 2 : Kongsikan service anda di laman sosial
Langkah 3 : Anda akan dimaklumkan jika ada pembeli menempah servis anda.
Langkah 4 : Kerja telah disiapkan, pihak iLancee akan lepaskan bayaran tersebut sebanyak 80%
Langkah 5 : Pengeluaran melalui akaun bank anda
Langkah 6 : Enjoy ganjaran anda

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Bagaimana Untuk Membeli?

Langkah 1 : Cari servis yang diminati / disukai
Langkah 2 : Bayar menggunakan FPX/Kad Kredit/Online Banking
Langkah 3 : Lihat progress kerja seller
Langkah 4 : Terima tempahan siap anda
Langkah 5 : Tempoh jaminan untuk memperbetul kesilapan yang ada
Langkah 6 : Berikan rating kepada kerja seller (baik atau tidak)

Kategori Perkhidmatan Dalam iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Beberapa Perkhidmatan Di iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Daftar Sekarang!!!

Teknologi dimanfaatkan dengan hanya bekerja dari rumah, namun, potensi pendapatan yang diterima agak lumayan. Bakat yang ada dalam diri jangan disia-siakan kerana semuanya membuahkan rezeki. Jangan lepaskan peluang ini, segalanya di hujung jari anda! Anda yang menentukannya...


Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Labels: Blog

Thanks for reading Kerja Dari Rumah Dengan iLancee. Please share...!

Post Comment

14 Comment for "Kerja Dari Rumah Dengan iLancee"

Moga berjaya dalam contes ilancee ni ye..:)

Terima kasih saudara kerana sudi berkunjung di blog saya.

Good luck untuk saudara juga! Mohon tunjuk ajar ya...

banya kelebihannya,rugi tak join

good luck. saya pun join kontest ni

Terima kasih Iuzira & terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Semoga berjaya juga untuk Iuzira. Salam perkenalan...

Terima kasih Nik Khazami, pendapat yang bernas & terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Semoga berjaya juga untuk Nik Khazami. Salam perkenalan...

banyak manfaat join ilancee ni..

yg best buat kerja di rumah saja..hehe

slmt berjaya..

Betul, saya juga mahu merebut peluang untuk menyertai ilancee ni...

Terima kasih bro kerana sudi berkunjung ke blog ini. Nasihat, tunjuk ajar dan pandangan daripada bro sangat-sangat diperlukan. Mohon tunjuk ajar ya...

semoga berjaya dengan iLancee :)

Terima kasih saudara/i Sentiasa Panas.

Contest sudah tamat cuma mahu dapatkan pendapatn sampingan dengan menwarkan khidmat dalam iLancee.

Terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog ini :-)

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Terima kasih keatas infonya Mr./Ms. Fillon Stephanne

Regards,
Hiburan Sabah.

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top