Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Anugerah Juara CLAS Permulaan Bagi James YahaiBand

Seringkali kita mungkin pernah atau berkesempatan untuk mendengar lagu Sabah Dusun Style (cover Gagnam Style) dan  lagu Gadis Kota yang diputarkan melalui corong radio tempatan Sabah khususnya melalui siaran 93.6 Kupi Kupi FM. Namun, siapakah artis disebalik yang menyanyikan lagu ini? Terdedik mengetahui lebih lanjut terhadap artis yang dimaksudkan, maka hiburansabah.com berusaha untuk menjejaki artis berkenaan.

Saya mengikuti perkembanagan dalam CLAS sejak musim ke-5. Isteri saya, Jovita Rovert juga merupakan salah seorang finalis semasa CLAS musim ke-7. Saya sangat teruja kerana bertanding sebagai finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10. Walau agaimanapun, pentas akhir Anugerah Juara CLAS telahpun melabuhkan tirainya satu minggu yang lalu, namun, ia merupakan chapter permulaan bagi diri saya sendiri. Sebelum ini saya lebih aktif sebagai pengatur muzik (music arranger), penerbit album dan lebih banyak tertumpu di belakang tabir. 

James YahaiBand
Gadis Kota ~ James YahaiBand
Penyanyi yang dimaksudkan ialah James Sami atau popular dikenali sebagai James YahaiBand. James YahaiBand berasal dari Thengilan, Sabah juga merupakan seorang guru yang mengajar di SK. Kayangat, Thengilan. Beliau sememangnya mempunyai minat atau hobi dalam nyanyian sejak berada di sekolah menengah lagi iaitu semasa zaman rock kapak menjadi pujaan kepada peminat hiburan dan muzik ketika itu. Oleh sebab itu, beliau lebih meminati lagu genre atau berkonsepkan Pop Rock. Menurut James YahaiBand, beliau mula belajar bermain gitar sebaik sahaja habis SPM, Selepas pandai bermain gitar, beliau cuba untuk mencari chord lagu-lagu yang diminatinya. Chord lagu pertama yang dicari ialah lagu Menteri Merah Di Ufuk Timur iaitu lagu yang dipopularkan oleh Search.

Sebenarnya James YahaiBand bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan dan muzik tempatan. Beliau sebelum ini telah merakam single pertamanya  bertajuk Batosku Sogigsom iaitu lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Ateng pada tahun 2008. Selain single pertama Batosku Sogigisom, ada beberapa lagu lain yang telah dirakamkan antaranya adalah Blues Montok Tambalut ciptaan Apai, Sabah Dusun Style cover Gangnam Style, Pampang (lagu Bajau) ciptaan Zulkifli Manag dan Gadis Kota kolaborasi ciptaan bersama isteri Jovita Robert. Beliau juga ada membuat cover Jamilah iaitu Jamilah Dance versi Dusun. Kesemua lagu ini boleh didengari melalui YouTube kecuali lagu Pampang (lagu Bajau).

Pencapaian 

James YahaiBand merupakan finalis Anugerah Juara Carta Lagu Artis Tempatan Sabah (CLAS) Musim ke-10. Anugerah Juara CLAS merupakan  dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran, menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik Sabah yang mengiktiraf usaha kepada semua komposer lagu, penulis lirik dan artis tempatan Sabah. Ini merupakan pencapaian terkini beliau. 

Finalis Anugerah Juara CLAS Musim Ke-10
Gadis Kota ~ James YahaiBand, ANugerah Juara CLAS Sabah Musim Ke-10
Mengimbas kembali pengalaman beliau semasa CLAS Musim ke-10, apabila ditanya perasaan beliau ketika bertanding dalam program berprestij ini. "Saya mengikuti perkembanagan dalam CLAS sejak musim ke-5. Isteri saya, Jovita Rovert juga merupakan salah seorang finalis semasa CLAS musim ke-7. Saya sangat teruja kerana bertanding sebagai finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10. Walau agaimanapun, pentas akhir Anugerah Juara CLAS telahpun melabuhkan tirainya satu minggu yang lalu, namun, ia merupakan chapter permulaan bagi diri saya sendiri. Sebelum ini saya lebih aktif sebagai pengatur muzik (music arranger), penerbit album dan lebih banyak tertumpu di belakang tabir. Banyak pengalaman manis dan pahit yang dilalui semasa terlibat dengan CLAS. Antara pengalaman manis tersebut adalah lagu Gadis Kota dapat dipromosikan sepenuhnya oleh RTM Kota Kinabalu kepada pendengar tempatan. Disamping, mengisi program Expresi Kombo RTM, ditemubual panjang lebar di RTM dan temu bual melalui stesen radio tempatan seperti Kupi Kupi FM dan Sabah FM. Selain itu, kewujudan saya semakin dikenali ramai dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Saya juga dapat berkenalan dengan ramai kakitangan RTM, tambahan, berkenalan lebih rapat dengan 5 finalis CLAS yang lain. Pengalaman pahit pun ada terutama sekalai membahagikan masa latihan dengan kerja hakiki untuk persediaan CLAS, masa untuk mengisi program Expresi Kombo, masalah teknikal sebelum konsert akhir CLAS dan lain-lain. Namun itu semua cabaran sebagai seorang artis untuk berjaya".

 Klik di sini untuk mengikuti Temuramah Bersama Jovita Robert dan James YahaiBand 

"Pencapaian lain adalah saya merupakan pengusaha Sound System dan Band Yahaiband. Saya seringkali dijemput sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan dalam pelbagai konsert antaranya Konsert Saturday Night Blues anjuran PERTISA, Konsert Santai Sempena Pesta Rakyat, artis undangan dalam Pesta 1 Malaysia Tuaran, Pesta Kubis Kundasang dan Pesta Gong Matunggong. Selain itu, saya juga menerima jemutan untuk membuat persembahan untuk acara Makan Malam pelbagai Persatuan dan acara Makan Malam Sekolah". Katanya kepada hiburansabah.com ketika dihubungi Khamis lalu.

Harapan & Perancangan

"Perancangan dalam masa yang terdekat ini, saya akan terus menerbitkan album kompilasi dengan artis-artis lain. Sebelum ini album kompilasi yang sudah diterbitkan adalah Album Variasi 2, Variasi 3, Sabah Dusun Style dan akan datang Album Kompilasi Variasi 4 iaitu gabungan dengan beberapa artis ternama tempatan Sabah. Ppersoalan siapakah artis-artis yang terlibat dalam menjayakan Album Kompilasi Variasi 4? Saya hanya boleh katakan buat masa ini ia masih dirahsiahkan lagi". 

"Setiap penyanyi memang mengharapkan lagu mereka berjaya menembusi pasaran luar lebih-lebih lagi berjaya ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, saya akan lebih berusaha untuk menghasilkan susunan muzik dan lagu yang boleh pergi jauh. Untuk pengetahuan, akan ada lagu baru yang akan menyusul dalam tahun ini. Nantikan kemunculan single baru tersebut tidak lama lagi.".

Artis James YahaiBand
Temubual RTM Bersama Artis James YahaiBand 
"Kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapakan jutaan terima kasih terhadap sokongan dan dorongan yang diberikan oleh keluarga, isteri saya sendiri Jovita Robert dan khususnya daripada penyokong-penyokong YahaiBand memalui Fan Club sejak saya mula berkecimpung dalam bidang nyanyian dan muzik. Penyokong setia melalui Fan Club bagi Progam CLAS Musim ke-10 juga tidak dilupakan. Sememangnya, Fan Club yang ditubuhkan benar-benar membantu dan menyokong lagu Gadi Kota kekal sebagai juara CLAS untuk 6 minggu terakhir". Katanya kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.

Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut mengenai artis tempatan: James YahaiBand melalui laman sosial Facebook James YahaiBand dan Youtube James YahaiBand


Sumber:
1. Temubual bersama artis tempatan: James YahaiBand
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Anugerah Juara CLAS Permulaan Bagi James YahaiBand. Please share...!

Post Comment

2 Comment for "Anugerah Juara CLAS Permulaan Bagi James YahaiBand"

Tq. Teruskan menyokong artis tempatan kita..terbaik admin

My pleasure tuan James. Saya cuba yang terbaik untuk industri hiburan dan muzik tempatan.

Kita kita juga bainii... #Diabilang.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top