Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Betulkah Sakina Dapat Tawaran Sebagai Duta?

Sakina Duta Hana
Sakina Mendapat Tawaran Duta Oleh HANA

Bukan rumor tapi ia betul. Kami mengambil Sakina sebagai Duta produk HANA-Yours Exclusively - Pn. Mariani, Pengurus Pemasaran HANA
KOTA KINABALU : Mengapa menjadi seorang duta itu menarik? Sebenarnya setiap orang punya matlamat atau tujuan masing-masing dalam kerjaya dan sudah tentu untuk meningkatkan prestasi terhadap diri sendiri. Namun, tidaklah salah apabila seseorang mahu mengembangkan diri dalam bidang-bidang yang akan meningkatkan soft skill-nya. Sebagai contoh, melalui pemilihan sebagai duta maka, seseorang itu hendaklah percaya diri, mampu berkomunikasi dengan baik dan selalu sedar tentang dirinya.

Rumor Peminat Sakina

Baru-baru ini rumor mengatakan Sakina ditawarkan untuk menjadi duta skincare? Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ketahuinya. Mengungkap kebenaran rumor ini, maka, hiburansabah.com berusaha menghubungi Sakina untuk mendapatkan pencerahan daripadanya.

"Ya, betul. Saya ditawarkan sebagai duta produk kecantikan HANA. Tawaran ini diterima memandangkan nama Sakina semakin dikenali ramai. Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjadi duta. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk HANA. Saya juga inigin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada syarikat HANA kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta produk kecantikan mereka". Katanya kepada hiburansabah.com semasa dihubungi kelmarin (Selasa, 7 Feb 2017).

Hiburansabah.com masih berusaha untuk mendapatkan kepastian sama ada rumor tersebut benar atau palsu. Luckily hiburansabah.com berjaya menghubungi pengurus pemasaran syarikat HANA.

"Bukan rumor tapi ia betul. Kami mengambil Sakina sebagai Duta produk HANA dan perkembangan terkini, kami dalam proses penggambaran yang mana dalam masa terdekat ini akan mengeluarkan gambar-gambar Sakina dengan HANA. Tawaran sebagai duta kepada Sakina adalah pada Khamis lalu, 2 Februari 2017." Katanya kepada hiburansabah.com semasa dihubungi hari ini.

Ternyata rumors Sakinah Dapat Tawaran Sebagai Duta sememangnya benar! Ya betul, pepatah mengatakan 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia diapa yang tahu". Oleh itu, kami di pihak hiburansabah.com ingin mengucapkan Congratulations kepada Sakina kerana mendapat tawaran duta tersebut. Untuk syarikat HANA "Yours Exclusively" moga terus success dan bertapak teguh sebagai syarikat Kecantikan dan Kesihatan di Sabah.

HANA Produk Kecantikan Sabah

Apa sebenarnya maksud disebalik perkataan HANA ini? HANA merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bunga. HANA juga bermaksud 'Grace of God'. HANA merupakan jenama tempatan yang berpangkalan di Sabah dan dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Sabah. Wowwww!!! Jenama ini dikategorikan sebagai produk Kecantikan dan Kesihatan dengan tagline "Yours Exclusively'.

Maklumat lanjut mengenai produk HANA, anda boleh menghubungi pegawai pemasaran HANA melalui;

Produk Hana

Pengurus Pemasaran HANA Puan Mariani, 
No telefon: 019-8223221


Sumber :

1. Temubual bersama Sakina melalui Facebook Ieychane Shazaniey
2. Temubual bersama Pegawai Pemasaran HANA Puan Mariani

Hiburansabah.com ingin merakam ucapan Terima Kasih kepada Sakina, Duta HANA dan Pn. Mariani, Pengurus Pemasaran HANA atas sumbangan maklumat kepada hiburansabah.com. Ketahui informasi terkini, tepat, telus dan boleh dipercayai daripada hiburansabah.com. 

Jika anda punya persoalan mengenai entri ini atau apa-apa maklumat yang berkaitan, anda boleh lah menulis pada ruangan komes di bawah.
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Betulkah Sakina Dapat Tawaran Sebagai Duta?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Betulkah Sakina Dapat Tawaran Sebagai Duta?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top