Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Artis Rakaman Welz Tony Berharap Karyanya Boleh Diterima Pendengar

Tidak dinafikan Sabah mempunyai ramai bakat di luar sana. Bakat mereka terserlah apabila mengikuti dan seterusnya memenangi mana-mana rancangan Realiti TV. Walau bagaimanapun, ada yang tidak berkesempatan mengikuti pertandingan namun, telah dan dalam perancangan untuk merakam single / album sendiri. Kalau diamati persekitaran kita, ramai yang suka menyanyi. Ada yang famous atau perolehi rezeki melalui youTube mahupun smule dan ada yang berkarya serta menghasilkan lagu / lirik sendiri dan kemudiannya share atau post karya tersebut dalam laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Justeru, artikel pada kali ini, hiburansabah.com ingin mengetengahkan seorang artis rakaman yang masih baru dalam industri hiburan dan muzik tempatan. Beliau yang dimaksudkan ialah Whill Bonar atau dikenali sebagai Welz Tony -nama yang dikenali sejak dari kecil lagi. Welz Tony berasal dari Kampung Mantus, Pitas berbangsa Rungus dan Kimaragang dan mendapat pendidikan awal di S.K Salimpodon Darat Pitas. Kemudian melajutkan pelajarannya di S.M.K Pinggan-Pinggan Pitas. Menyanyi merupkan hobi Welz Tony dan impian untuk menjadi seorang penghibur sudah tertanam sejak di bangku sekolah.


Saya berharap agar semua karya yang dihasilkan boleh menghibur dan diterima oleh pendengar di luar sana khususnya pendengar di Sabah.

Karya Sendiri

Well Tony telah berkecimpung dan mulai berkarya sejak tahun 2013 tetapi baru punya kesempatan untuk membuat rakaman. Setakat ini beliau telah merakam dua single dan beberapa lagu yang diciptanya masih berbentuk demo. Kedua-dua lagu tersebut dirakam di T.U.N.I Microstudio, Johor Baharu. Setakat ini lagu yang dihasilkan dalam versi melayu sahaja dan menurut beliau, dia juga berusaha untuk menghasilkan karya dalam bahasa dusun, kelak. Segala karya yang dihasilkan merupakan karya hasil ciptaan sendiri. Beliau yang terkenal dengan lagu Tetap Di Hati mendapat views sebanyak 39k, 1.8k likes dan 2,729 shares (sumber: Facebook Sabahan Song). Lagu Tetap Di Hati yang diterbitkan pada 26 Januari 2017 ini mengisahkan sepenuhnya kisah sebenar Welz Tony tentang masa lampaunya. "Lirik asal ditujukan kepada bekas kekasihnya dan lirik tersebut ada meletakkan nama kekasihnya tersebut, namun, sebelum lagu ini direkod, saya telah mengubah liriknya supaya menjadi sebuah lagu yang boleh dihayati, biar semua boleh meluahkan perasaan tersebut melalui lagu ini", katanya ketika ditanya oleh hiburansabah.com pada Selasa lalu. Lagu pertamanya bertajuk Baju Ungu (MTV) yang telah diterbitkan pada 26 November 2016.


Harapan Dan Perancangan

Ditanya, apakah harapan saudara Welz Tony dalam industri hiburan dan muzik Sabah? Beliau berkata, "Saya berharap agar semua karya yang dihasilkan boleh menghibur dan diterima oleh pendengar di luar sana khususnya pendengar di Sabah". Beliau juga dalam perancangan untuk memperkukuh vokalnya dan jika diberi kesempatan akan mengikuti mana-mana kelas vokal sekitar Johor Baharu. Welz Tony yang juga meminati dan menjadikan  Benn S. Bukag sebagai idolanya, beliau berpendapat suara idolanya itu sedap didengar dan beliau banyak menerbitkan karya yang berkualiti. Seterusnya, menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk terus berusaha menghasilan karya, disamping, mencari pengalaman.


Gambar Dibalik Tabir Pembikinan MTV Baju Unggu

Dibalik Tabir MTV Baju Ungu
Dibalik Tabir MTV Baju Ungu

Dibalik Tabir MTV Baju Ungu

Sumber:

1. Temubual hiburansabah.com bersama Welz Tony
2. Facebook Welz Tony
3. Facebook Sabahan Song
4. YouTube - Lagu Tetap di Hati
5. YouTube - Baju Ungu

Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Artis Rakaman Welz Tony Berharap Karyanya Boleh Diterima Pendengar . Please share...!

Post Comment

4 Comment for "Artis Rakaman Welz Tony Berharap Karyanya Boleh Diterima Pendengar "

Betul, sama-sama kita menyokong artis tempatan kan...

Welz tony lagu dia memang terbaik ❗ teruskan usaha ..harap2 nt pemes mcm si kecik hehe

Itu yang kita mahu, teruskan menyokong artis tempatan kan.

Welz Tony, terus berusaha, terus berkarya & terus mencari pengalaman. Semoga berjaya!

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top