Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-10, 2017

Sehati @RTM Sabah
Debaran semakin terasa, kurang dua minggu saja lagi kita akan menyaksikan Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-10. Sudah tentu Anugerah Juara CLAS ini dinanti-nantikan oleh peminat setia industri hiburan dan muzik tempatan di luar sana. Anugerah CLAS adalah satu pertandingan popular tahunan muzik di Sabah, yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran, menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik Sabah.

Daerah Kudat telah dipilih sebagai lokasi pertandingan Anugerah Juara CLAS, Menurut Penerbit Bersama pertandingan ini, Minami Anduini @DJ Suga, pertandingan diadakan di Kudat adalah sebagai salah satu langkah untuk mendekatkan masyarakat luar bandar dengan penyanyi tempatan dimana mereka dapat berjumpa dengan artis tempatan dengan lebih dekat lagi. (Sumber: Hiburan, Harian Express; 9 Februari 2017). Anugerah Juara CLAS bakal diadakan pada 19 Februari 2017 bertempat di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Matlamat Anugerah Juara CLAS

Matlamat pertandingan adalah untuk menggalakan penciptaan lagu berbahasa Melayu dalam kalangan komposer lagu tempatan yang dinyanyikan oleh artis-artis Sabah. Bagi merebut gelaran Juara Lagu, 10 lagu ciptaan komposer tempatan yang berentap dalam carta mingguan disiarkan pada Sabtu pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi selama 52 minggu melalui Radio Malaysia Sabah FM.

Sementara itu, 6 buah lagu yang akan berentap di Anugerah Juara Carta Artis Sabah merupakan lagu-lagu yang paling lama menjuarai carta. 6 buah lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya daripada komposer tempatan Sabah. Anugera Juara CLAS sememangnya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik lagu-lagu daripada artis persembahan.

6 Lagu Yang Berentap Dalam Anugerah Juara CLAS

Enam lagu yang berjaya adalah Gadis Kota, Setia Menanti, Kerinduanku, Serpihan Kenangan, Mainan Cinta dan Cinta Sebatang Lilin. Seramai enam penyanyi, enam pencipta lagu dan lapan penulis lirik ditampilkan dalam pertandingan ini. Ada diantara penyanyi-penyanyi ini membawakan lagu ciptaan mereka sendiri. (Sumber: Hiburan, Harian Express; 9 Februari 2017)

Senarai finalis adalah seperti berikut:

1. Tajuk Lagu : Gadis Kota
    Pencipta Lagu : James Sami
    Penulis Lirik : Jovita Robert Johnny
    Penyanyi : James Sami

2. Tajuk Lagu : Setia Menanti
    Pencipta Lagu : Ijan
    Penulis Lirik : Ijan / Tajul
    Penyanyi : Marcel Gatisi

3. Tajuk Lagu : Kerinduanku
    Pencipta Lagu : Jaccius Donnius
    Penulis Lirik : Jaccius Donnius
    Penyanyi : Robbie Angkangon

4. Tajuk Lagu : Serpihan Kenangan
    Pencipta Lagu : Lucy Gawis
    Penulis Lirik : Lucy Gawis / Farik Madun
    Penyanyi : Usal Jon Gavis

5. Tajuk Lagu : Mainan Cinta
    Pencipta Lagu : Nur Fazz
    Penulis Lirik : Nur Fazz
    Penyanyi : Ray Asmadin

6. Tajuk Lagu : Cinta Sebatang Lilin
    Pencipta Lagu : Nurimah Dulang
    Penulis Lirik : Nurimah Dulang
    Penyanyi : Kumpulan Albab

Hadiah Pemenang

Lima kategori menjadi rebutan finalist Anugerah Juara CLAS iaitu  Juara Lagu, pemenang akan membawa pulang berupa wang tunai berjumlah RM3,500, tropi dan sijil. Lirik Terbail (wang tunai RM700, tropi dan sijil), Vokal Terbaik (wang tunai RM700, tropi dan sijil), Saguhati (wang tunai RM500, tropi dan sijil) dan Pilihan Pendengar (wang tuani RM400, tropi dan sijil). Pendengar boleh mengundi iaitu dengan cara menekan tombol 'Like' untuk kategori Pilihan Pendengar dengan melayari ke laman CLAS. Namun, undian hanya akan dibuka pada Sabtu ini dan ditutup pada malam pertandingan selepas peserta terakhir membuat persembahan.

Petandingan ini akan diiringi oleh Kombo RTM Sabah yang dipimpin oleh Raimond Sukudat @Matlan yang juga bertindak selaku penggubah muzik. Tiga juri profesional dijemput untuk mengadili pertandingan.

Penonton juga dihiburkan dengan persembahan istimewa artis tempatan Sabah seperti S. Welly, Marlleney Fane dan Qiss. Orang ramai khususnya masyarakat dari daerah Kudat itu sendiri dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini. Pertandingan bermula pada pukul 8:00 malam dan masuk adalah PERCUMA. Pertandingan ini juga boleh diikuti secara langsung menerusi Sabah FM.

Program Lain

Pelbagai program lain yang akan dianjurkan bersama oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik antaranya adalah program Berjiming Kita yang dijadualkan bermula pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang pada 19 Februari 2017. Selain itu, sesi uji bakat / pencarian bakat dijadualkan pada 18 Februari 2017, bermula pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan 19 Februari 2017 bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang.


Sumber:

1. Penerbit Bersama Pertandingan Anugerah Juara CLAS Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
2. Penerbit Mingguan Mr. Redzuan Lokman @Bo, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah.
3. 6 Lagu Berentap Di Final Anugerah Juara CLAS, Hiburan, Harian Express; 9 Februari 2017
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-10, 2017. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-10, 2017"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top