Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Pencarian Bakat Sugandoi Daerah Ranau Bermula Mac 2017

Bahang pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 semakin dirasai. Ramai calon pemenang sugandoi di luar sana telah dan dalam proses membuat persediaan untuk menghadapi pertandingan seumpama yang sememangnya merupakan acara atau aktiviti wajib mengisi tentatif Pesta Kaamatan yang disambut saban tahun. Penganjuran pertandingan Sugandoi Kaamatan di peringkat daerah juga masing-masing telah merancang dan menetapkan tentatif pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat daerah.

Demikian, pencarian bakat tempatan ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah Ranau bakal membuka tirai uji bakat bermula pada 4 Mac 2017.

Juara Sugandoi Kaamatan Ranau 2016
Juara Sugandoi Kaamatan Ranau 2016

Sidang Media

Melalui News Sabah Times dan Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi Penganjur Benedict Bungkilan memaklumkan kepada media bahawa sesi uji bakat bakal diadakan selama enam (6) minggu sebelum melangkah ke peringkat suku akhir dan separuh akhir.

"Pencarian bakat diadakan setiap Sabtu di tapak Tugu 100 tahun pekan Ranau bermula dari jam 9.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang bermula 4 Mac, 11 Mac, 18 Mac dan seterusnya bersambung pada 1 dan 8 April.

"Sepuluh (10) peserta bakal berentap di pentas konsert akhir yang akan berlangsung di Dewan Mayarakat Ranau pada malam 6 Mei 2017 selepas melalui beberapa tapisan di peringkat suku akhir dan separuh akhir selesai dilakukan.

"Penganjur Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 daerah Ranau turut mencadangkan bahawa pentas separuh akhir akan berlangsung di Hotel Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Kundasang," katanya.

Jawatankuasa Pertandingan Sugandoi 2017 Ranau
Jawatankuasa Pertandingan Sugandoi 2017 Ranau

Menurut Benedict, penganjuran pada tahun ini menyaksikan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam konsep penganjuran termasuk menjenamah semula 'Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan' kepada 'Konsert Akhir Sugandoi Kaamatan'.

"Pembaharuan dan penambahbaikan ini bertujuan menarik lebih ramai warga daerah ini tampil mengetengahkan bakat mereka dalam bidang nyanyian atau seni suara.

"Pendekatan baru ini juga diharap akan mempengaruhi kehadiran masyarakat daerah ini pada setiap sesi uji bakat hingga ke pentas akhir sekali gus memberi impak positif kepada sambutan Pesta Tadau Kaamatan tahun ini," tambah Benedict.

Justeru, beliau mengalu-alukan lebih ramai peserta tampil menyertai sesi pencarian bakat pada tahun ini yang dianjurkan bersama Persatuan Penggemar Sistem Suara Ranau (R2SC).

Sugandoi Kaamatan 2016 Ranau

Mengimbas kembali Sugandoi Kaamatan tahun lalu peringkat daerah Ranau, Debra Paimin telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 peringkat daerah Ranau. Lagu Umbalanku dan Nosindualan yang dinyanyikan juga membawa tuah kepada Debra Paimin untuk menjadi pemenang tempat ke-3 pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri di KDCA Penampang pada tahun lalu.

Pemenang Sugandoi Kaamatan Negeri 2016
Pemenang Sugandoi Kaamatan Negeri 2016
Sementara itu, naib johan pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 peringkat daerah Ranau disandang oleh Fify Elviana melalui lagu Nokomus Romus Piupusan dan Hangadku Tomoimo. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Evan Hera dengan lagunya Pitongkizadan dan Unduk Ngadau. Sekurang-kurangnya seramai 100 orang peserta telah melalui peringkat pemilihan awal pertandingan Sugandoi Kaamatan 2016 daerah Ranau dan seramai 32 orang dipilih untuk ke pertandingan separuh akhir. Walau bagaimanapun, penganjur pertandingan hanya memilih 10 peserta yang berentap pada pertandingan akhir.

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah Ranau boleh menghubungi Benedict Bungkilan melalui nombor 019-8734148 (Pengerusi) atau Arief Ariffin ditalian 014-8519394 (Setiausaha)


Sumber:
1. Pencarian Bakat 'Sugandoi Kaamatan 2017' Bermula Mac Ini, News Sabah Times, 25hb Februari 2017 oleh Aduka Jasnin Suman
2. Pencarian Bakat Sugandoi Kaamatan 2017, Utusan Borneo (Sabah) 27 Februari 2017 oleh Jainudin Nasir

 

Konsert Ke-2 Kupi Kupi FM 2017

Mengimbas kembali konsert pertama KupiKupi FM 2016 sebelum ini, konsert telah diadakan pada 19hb Mac 2016 bertempat di KDCA Penampang. Konsert dengan kerja sama dengan Nippon Paint, Air Asia, Coca Cola, Millennium Media Production dan Golden Sound Production. Konsert pertama ini menampilkan barisan artis tempatan Sabah seperti Extrange, Firman & Firmanation, Faizul Sani, Marsha Milan, Francis Landong, Clarice John Matha, Keydeet Jack, Malik Nasir, Marcel Gatisi, Ezani M.E.S & Ridah Malanjang, Marlleynney, Heidi Vanessa Maruning dan The Janggut.

Konsert KupiKupi FM 2017
Sumber: Facebook KupiKupi FM

Sekali lagi KupiKupi FM akan menganjurkan Konsert KupiKupi FM kali ke-2, 2017. Konsert KupiKupi FM 2017 ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18hb Mac 2017
Masa : 6.00 petang
Tempat : KDCA Penampang, Sabah

Konsert KupiKupi FM 2017 dibawakan khas oleh K.T.I Group dengan kerja sama Cocoa Cola, MDEC, SIDMA College, Megaboogie Sound & Lighting Revolution, Celcom dan Millenium Video Production kini kembali lagi! Menampilkan barisan-barisan artis tempatan Sabah antaranya Kumpulan Bamboowoods, SMK. Tamparuli; Adex; Esther Applunius; Sharin Amud; Evaritus Gungkit; Felix Agus; Nubornmusic; Velvet; Francis Landong; Den Bisa; Mary Intiang; Loytive; Jestie Alexius dan band jemputan khas Konsert KupiKupi FM 2017 iaitu kumpulan Repvlik dari Indonesia.


Sumber: Facebook KupiKupi FM

Kumpulan BambooWoods


Sumber: Facebook KupiKupi FM

Memperkenalkan kumpulan yang akan membuat persembahan pembukaan konsert KupiKupi FM 2017.

Kumpulan BambooWoods, SMK. Tamparuli, Sabah.
Dipimpin oleh: Saudara Shamsul Sabli

Barisan pemuzik BambooWoods adalah:

1. Shamsulmezah Shamsul - Cajon
2. Bethaney Betil - Bangau
3. Efy Isabelle Yustimin - Marimba
4. Lawrence Usup - Suling
5. Joan Elvira Sitorus - Sompoton
6. Esther Yomin - Babadon 1
7. Fannye Annye Liu - Babadon 2
8. Eva Cleraance - Angklung
9. Jennytah Julimin - Binabad

Pencapaian BambooWoods:

1. Juara Pertandingan Muzik Bambu peringkat negeri Saba 2014, Kategori Sekolah Menengah anjuran OMBAK Sabah.
2. Juara Pertandingan Muzik Tradisi peringkat negeri Sabah 2016, Kategori Terbuka Anjuran KDCA Sabah.
3. Juara Pertandingan Muzik Bambu peringkat negeri Sabah 2016, Kategori Sekolah Menengah Anjuran OMBAK Sabah.
4. Pemenang Kumpulan Terbaik Keseluruhan kategori "Best Performance of The Year" sempena Pertandingan Muzik Bambu peringkat negeri Sabah Anjuran OMBAK 2016.
5. Satu-satunya penerima dan pemenang Anugerah pingat Emas Kelas Pertama Kategori Persembahan Muzik sempena Konsert ISCEP ~ International Student Culture Excange Program, Anjuran KDCA 2016.

Lain-Lain Pencapaian:

1. Terlibat dengan persembahan untuk Hyung Han Korea High School 2016.
2. Terlibat dengan persembahan pada Program Korea YMCA 2016.
3. Penghormatan mewakili Sabah yakni Malaysia dalam Pertukaran Kebudayaan Muzik Bambu serta persembahan bersama dua kumpulan dari Indonesia sempena Pesta Bambu peringkat negeri Sabah 2016.
4. Kolaborasi dengan kumpulan Rock Cello Band Klasik, Break of Reality dari Amerika Syarikat pada Januari 2017.

Bah jadi apa tunggu lagi luangkan masa anda untuk Konsert KupiKupi FM ini, jangan lupa datang dan saksikan persembahan artis tempatan Sabah.


Sumber:
1. Fecbook KupiKupi FM



Qhalysa Berada Kedudukan Dua Terbawah Konsert Pertama Mentor Milenia 2017

Memang anda mempunyai lontaran / kelantangan suara namun, suara kedengaran semacam anda swallow the words. Kita (pendengar) tidak boleh memahami apa yang dinyanyikan (sebutan perkataan). Sebutan seperti muffled tone sounds, dengan erti kata lain, kedengaran bunyi macam awak telan vowel.
Qhalysa Protege Tomok 2017
Sumber: Instagram Mentor Milenia Oficial TV3
Lapan peserta Mentor Milenia 2017 telah melaksanakan tugas mereka dalam Konsert Minggu Pertama Mentor Milenia 2017 bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi bermula pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.

Protege telah membuat persembahan berdasarkan lagu pilihan Mentor masing-masing. Mengimbas kembali persembahan yang dipersembahkan oleh Qhalysa Mentor Milenia 2017, Qhalysa dalam konsert pertamanya telah mendendangkan lagu yang bertajuk Bukan Yang Pertama, lagu dipopularkan oleh Faizal Tahir, 2016.

Komen Juri

Qhalysa mendapat kritikan penuh daripada juri tetap Mentor Milenia 2017 Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Shahabudin. "Untuk Mentor-Mentor, pilihlah lagu yang boleh dinyanyikan oleh protege anda dengan lebih selesa". Datuk Hattan dipetik sebagai berkata. 

"Memang awak mempunyai lontaran / kelantangan suara namun, suara kedengaran semacam awak swallow the words. Kita (pendengar) tidak boleh memahami apa yang dinyanyikan (sebutam perkataan). Sebutan seperti muffled tone sounds, dengan erti kata lain, kedengaran bunyi macam awak telan vowel".

Lagu Bukan Yang Pertama ~ Qhalysa 
Sumber: Instagram Mentor Milenia Oficial TV3
Ditanya are you happy with that song? "Saya happy kerana saya memang minat dengan lagu ini sebenarnya, cuma saya tidak confidence sama ada saya boleh membawakan lagu tersebut atau tidak. Saya cuba usaha untuk membawakan lagu ini". Qhalysa dipetik memberikan maklumbalas kepada Datuk Hattan.

"Ini pertandingan, kita tidak ada masa mahu dengar anda cuba-cuba, kita mahu dengar yang baik saja. So in the future pilih lagu yang betul-betul awak boleh enjoy on stage". Mengakhiri komennya kepada Qhalysa.

"Apa yang saya pandang daripada segi performance wise di atas stage, semua pergerakan tidak ada masalah. Jadi pada saya, sebenarnya lagu ni agak berat juga sebab ia bukan genre yang orang biasa dengar. Mungkin kata Datuk Hattan tu betul, pemilihan lagu kena tepat next time. Daripada segi vokal, saya rasa tidak ada masalah". Azlan selaku juri jemputan dipetik sebagai berkata ketika memberikan komen kepada Qhalysa.

Komen Mentor Tomok

"Untuk jadi yang terbaik bukan mengambil masa dalam satu minggu sahaja. Kita kena terima segala kritikan, tapi, tak pa Qhalysa jangan putus asa insyallah next week kalau ada rezeki kita buat lagu yang baik untuk awak". Demikian, Tomok, Mentorkepada Qhalysa memberikan ulasan dan pandangan kepada protege-nya.

Mentor: Tomok Kepada Qhalysa
Sumber: Instagram Mentor Milenia Oficial TV3
Berdasarkan kepada persembahan-persembahan untuk konsert pertama dalam pelbagai rancangan realiti TV, seperti yang dijangka sudah pasti tidak ada penyingkiran yang dibuat. Demikian juga dengan rancangan realiti TV Mentor Milenia 2017 menysakikan bahawa tidak ada penyingkiran dibuat dalam konsert pertama Mentor Milenia 2017. Qhalysa yang berada pada kedudukan ke-2 bernasib baik kerana masih berpeluang untuk membuat persembahan pada minggu hadapan. Hiburansabah.com menjangkakan bahawa Qhalysa akan memberikan satu kejutan semasa konsert minggu hadapan. Apakah dan bagaimana kejutan yang akan diberikan oleh Qhalysa, sama-sama kita nantikan semasa Konsert Kedua Mentor Milenia 2017 pada minggu hadapan 5hb Mac 2017.


Sumber: 
1. Rakaman Secara Langsung Konsert Pertama Mentor Milenia 2017, 26hb Februari 2017.
2. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensikoatuk Hattan
3. Instagram Mentor Milenia Oficial TV3 


Undian Online Bontugon Sinding Dusun Keningau FM Minggu Ke-16

Info Bontugan Sinding Dusun Keningau FM

Undian Bontugon Sinding Keningau FM Minggu Ke-16


Undian ONLINE Carta Bontugan Sinding Dusun Keningau FM

Bagaimana mengundi?

1. Klik link / pautan ini Undian Online Carta Bontugan Sinding Dusun KeningauFM
2. Pilih lagu kegemaran anda (klik / tekan dalam bulatan)
3. Klik butang serah / submit

Undian DITUTUP pada hari Jumaat; 10 Mac 2017, pukul 2:00 petang.

Keputusan untuk musim ini akan diumumkan pada 12 Mac 2017, pukul 10:15 pagi.

Terima kasih atas undian anda dan dengarkan #KeningauFM melalui frekuensi Radio 94.7 atau secara online melalui KeningauFM Online

Senarai Lagu Undian Minggu Ke-16

1. Francis Pudon - Oyo

2. Ismail Jali - Odu AKi Id Kasarahan

3. Albert Andrew - Noilaan Ku

4. Ambrose James - Aiso No Pirotian

5. Sharonetha Saidi@ Bichie - Sakag Kujau Keningau

6. Sharin Amud Shapri - Inonogo Lungguiku

7. Erdeeyona Christopher Kunjan - Au Oku Karati


9. Eyana Watimin - Pinoporuol Ko Ginawo

10. Zainudin Undin Masidin - Tanak Koupusan

11. Dalyverna Lasius - Ginawo Di Poingkalat


Senarai Lagu Undian Minggu Ke-16 KeningauFM
Senarai Lagu Undian

Keputusan Bontugan Sinding Dusun Minggu Ke-15

Keputusan Bontugan Sinding Minggu Ke-15 (19 Feb - 24 Feb 2017) adalah seperti berikut:

Carta Minggu Ke-15 Bontugon Sinding Keningau FM
Carta Minggu Ke-15 Bontugon Sinding Keningau FM


Undian Setiap Minggu

Untuk makluman, Undian ONLINE Carta Bontugan Sinding Dusun KeningauFM akan dijalankan setiap minggu. Link atau pautan adalah berbeza-beza bagi setiap minggu. Nantikan link / pautan minggu seterusnya melalui hiburansabah.com



Uji bakat Bintang Remaja & Bintang Kecil RTM Kota Kinabalu 2017



Uji Bakat RTM Kota Kinabalu 2017

Seksyen Hiburan dan Muzik Kota Kinabalu akan mengadakan uji bakat seperti berikut:

1. Bintang Kecil RTM 2017;
2. Bintang Remaja RTM 2017; dan
3. Rancangan Mulanya Di Sini.

Venue Uji Bakat RTM Kota Kinabalu 2017

Venue: RTM Kota Kinabalu
Tarikh: 04hb - 05hb Mac 2017
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Syarat Penyertaan

1. Penyertaan Bintang Kecil terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 7 hingga 11 tahun.

2. Penyertaan Bintang Remaja terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 13 hingga 22 tahun.

3. Penyertaan Rancangan Mulanya Di Sini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 7 dan ke atas.

4. Peserta dikehendaki membawa CDVCD dan DVD (minus one) sendiri untuk lagu pilihan peserta semasa sesi uji bakat. 

5. Peserta hendaklah berpakaian kemas, membawa salinan Kad Pengenalan dan sekeping gambar berukuran poskad.

6. Dapatkan borang uji bakat di lokasi yang telah ditetapkan dan penyertaan adalah PERCUMA.

7. RTM atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kecederaan yang berlaku ke atas diri atau harta benda peserta semasa dalam perjalanan, latihan dan pertandingan. 

8. Sekiranya pernah menjuarai mana-mana pertandingan RTM, secara tidak langsung tidak layak menyertai pertandingan ini.

9. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan, kerosakan harta benda atau keceraan / kemalangan keatas diri peserta semasa menghadiri sesi ujian, latihan dan pertandingan. Penganjur hanya akan menanggung perbelanjaan untuk pengangkutan dan penginapan kepada peserta luar stesen yang bertanding di Peringkat Akhit mengikut kadar yang ditetapkan.

10. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan oleh pihak penganjur pertandingan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi;


URUS SETIA BINTANG REMAJA
Bahagian Hiburan & Muzik
Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah
Aras 3, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia
Off Jalan Lintas Kepayan
88200 Kota Kinabalu, Sabah
-
No. Telefon : 088-712344 sambungan (1109)
No. Fax : 088-313304



Sumber:
1. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah

Lagu Persembahan Mentor Milenia 2017~Konsert Minggu Pertama

Pemilihan pada 20hb Februari 2017 menyaksikan pemilihan Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qhalysa~ Kinarut, Sabah) dan Mohamad Rozaimi Rosli (Along) telah dipilih sebagai protege kepada Tomok. Sementara itu, Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) berjaya dipilih sebagai protege Black.

Manakala, pada 13hb Februari 2017, empat peserta lain telah dipilih untuk meneruskan saingan antaranya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Uspo) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) sebagai protege Hazama. Manakala, dua peserta yang lain adalah Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica~ Tambunan, Sabah) sebagai protege Akim.

Baca Artikel Terkait: Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017

Pemilihan minggu kedua ini telah melengkapkan senarai lapan peserta yang bakal berentap dalam Peringkat Kumpulan di pentas Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.

Lagu Persembahan Konsert Minggu Pertama 

Konsert Minggu Pertama 26hb Februari 2017, Ahad, 9:00 malam.

Lagu persembahan Mentor Milenia 2017 untuk konsert minggu pertama adalah seperti berikut:



Mentor Akim

1. Angelica Paujin (Elica) - Hurt oleh Christina Aguilera
2. Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) - Teratai Layu Di Tasik Madu oleh Fauziah Latif

Mentor Hazama

1. Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Uspo) - Titian Hasrat oleh Samudera
2. Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis)  - Pencuri Hati oleh Ayda Jebat

Mentor Black

1. Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) - Cenderawasih oleh Jamal Abdilah
2. Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) - Antara Hujan Dan Airmata oleh Sudirman

Mentor Tomok
1. Mohamad Rozaimi Rosli (Along) - knock Knock oleh Elizabeth Tan
2. Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qhalysa) - Bukan Yang Pertama oleh Faizal Tahir

Hiburansabah.com ingin mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua protege yang akan berentap pada 26hb Februari 2017 yang bakal bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, hari ini (Ahad) pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.

Support peserta #BorneoSabah
1. Angelica Paujin (Elica~ Tambunan, Sabah)
2. Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qhalysa~ Kinarut, Sabah)


Sumber:
1. YouTube : Lagu Persembahan Mentor Milenia 2017 Untuk Konsert Minggu Pertama
2. Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017


The Battle Voice Star of Sabah Artiste

The Battle Voice Star of Sabah Artiste merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh ALIFF SOUNDER & PRODUCTION milik penuh oleh Tuan Jamian Manan dengan kerja sama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Pn. Lydia Kalidin bertindak sebagai Pengarah Event: 
The Battle Voice Star of Sabah Artiste ini.

The Battle Voice Star of Sabah Artiste

Objektif utama pertandingan:

1. Mempelbagai aktiviti seni artis tempatan Sabah.
2. Sebagai platform perkenalan sesama artis. 
3. Memperluas pengaruh Aliff Sounder & Production.

Syarat Pertandingan:

1. Anda adalah seorang artis tempatan Sabah.
2. Memiliki album / single yang terdapat dalam mana-mana kompilasi album.
3. Anda merupakan artis tempatan Sabah, anda layak mengikuti audition tanpa mengira umur.
4. Tidak ada yuran penyertaan yang dikenakan.
5. Anda juga boleh menyertai pertandingan ini walaupun pernah membuat rakaman album di Semenanjung namun popular di Sabah.
6. Anda akan mengisi borang penyertaan semasa audition dijalankan.
8. Wajib membawa CD album sendiri atau CD kompilasi sewaktu mendaftar pada 12hb Mac 2017 sebagai bukti bahawa anda yang kami cari.
9. Artis Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum boleh membawa lagu dalam bahasa ibunda sendiri.
10. Anda akan menyanyikan lagu bebas ataupun lagu sendiri sewaktu audition.
11. Anda hendaklah menyanyikan satu lagu atau lebih, mengikut kehendak juri semasa audition dijalankan. 

Semifinal:

1. Anda akan menyanyikan satu (1) lagu bebas atau lagu sendiri (minus one)

Final:

1. Anda akan diiringi oleh live band
2. Anda wajib menyanyikan dua (2) buah lagu: Lagu wajib (lagu sendiri) dan Lagu pilihan (Bebas)
Final.

Mengenai Aliff Sounder & Production

Aliff Sounder & Production (ASP) mulai akftif sejak tahun 2013. Namun ketika itu masih belum ada artis di bawah ASP. Awal tahun 2014 ASP telah melancarkan konsep busking / akustik di Ranau. Kesannya, konsep busking / akustik menjadi trend di Ranau sehingga kini. Pada Disember 2014, ASP telah menganjurkan Konset Lefhanded bersama artis Mus May di Kompleks Sukan Ranau yang diiringi oleh Ladies Band di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Artis di bawah ASP ketika itu terdiri daripada lima (5) orang antaranya Left Evana, Ola, Siska, Wanie dan Safik dan Lydia Kalidin bertindak sebagai penyelaras artis. Hasil jualan tiket untuk konsert tersebut disalurkan kepada SAFA Ranau sebagai menampung keperluan pemain bola sepak Ranau yang mewakili daerah Ranau dalam team Sabah. Pada tahun 2015, sekali lagi ASP menganjurkan Makan Malam SAFA yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pemain bola sepak Ranau yang mewakili team negeri Sabah.

Selain itu, pada April 2016 ASP menganjurkan pertandingan ASP Idol. Juara ASP Idol ialah Emma Maurice, Naib Juara Debra Paimin dan tempat Ke-3 Azha Mirza.


Pemenang ASP Idol 2016
Pemenang ASP Idol 2016
Konsert Akhir ASP Idol ~ Lydia Kalidin
Persembahan daripada Lydia Kalidin

Terkini ASP menganjurkan The Battle Voice Star of Sabah Artiste. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk Reunite, Reunion, Refresh. Ramai artis lama dan baru yang saling tidak mengenali antara satu sama lain justeru, pertandingan ini dianjurkan sebagai platform untuk salam perkenalan sesama artis. Semoga persaingan sihat ini akan mengeratkan, menaiktaraf dan memmartabatkan lagi perjuangan seni dalam industri hiburan dan muzik untuk sekarang dan masa akan datang.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pertandingan The Battle Voice Star of Sabah Artiste, anda boleh menghubungi 088-875740 (Office ASP) | 019-5866774 (Lydia) | 012-8602109 (Siska).



Sumber:
1. Temubual bersama Pengarah Event: The Battle Voice Star of Sabah Artiste Pn. Lydia Kalidin.


Anugerah Juara CLAS Permulaan Bagi James YahaiBand

Seringkali kita mungkin pernah atau berkesempatan untuk mendengar lagu Sabah Dusun Style (cover Gagnam Style) dan  lagu Gadis Kota yang diputarkan melalui corong radio tempatan Sabah khususnya melalui siaran 93.6 Kupi Kupi FM. Namun, siapakah artis disebalik yang menyanyikan lagu ini? Terdedik mengetahui lebih lanjut terhadap artis yang dimaksudkan, maka hiburansabah.com berusaha untuk menjejaki artis berkenaan.

Saya mengikuti perkembanagan dalam CLAS sejak musim ke-5. Isteri saya, Jovita Rovert juga merupakan salah seorang finalis semasa CLAS musim ke-7. Saya sangat teruja kerana bertanding sebagai finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10. Walau agaimanapun, pentas akhir Anugerah Juara CLAS telahpun melabuhkan tirainya satu minggu yang lalu, namun, ia merupakan chapter permulaan bagi diri saya sendiri. Sebelum ini saya lebih aktif sebagai pengatur muzik (music arranger), penerbit album dan lebih banyak tertumpu di belakang tabir. 

James YahaiBand
Gadis Kota ~ James YahaiBand
Penyanyi yang dimaksudkan ialah James Sami atau popular dikenali sebagai James YahaiBand. James YahaiBand berasal dari Thengilan, Sabah juga merupakan seorang guru yang mengajar di SK. Kayangat, Thengilan. Beliau sememangnya mempunyai minat atau hobi dalam nyanyian sejak berada di sekolah menengah lagi iaitu semasa zaman rock kapak menjadi pujaan kepada peminat hiburan dan muzik ketika itu. Oleh sebab itu, beliau lebih meminati lagu genre atau berkonsepkan Pop Rock. Menurut James YahaiBand, beliau mula belajar bermain gitar sebaik sahaja habis SPM, Selepas pandai bermain gitar, beliau cuba untuk mencari chord lagu-lagu yang diminatinya. Chord lagu pertama yang dicari ialah lagu Menteri Merah Di Ufuk Timur iaitu lagu yang dipopularkan oleh Search.

Sebenarnya James YahaiBand bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan dan muzik tempatan. Beliau sebelum ini telah merakam single pertamanya  bertajuk Batosku Sogigsom iaitu lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Ateng pada tahun 2008. Selain single pertama Batosku Sogigisom, ada beberapa lagu lain yang telah dirakamkan antaranya adalah Blues Montok Tambalut ciptaan Apai, Sabah Dusun Style cover Gangnam Style, Pampang (lagu Bajau) ciptaan Zulkifli Manag dan Gadis Kota kolaborasi ciptaan bersama isteri Jovita Robert. Beliau juga ada membuat cover Jamilah iaitu Jamilah Dance versi Dusun. Kesemua lagu ini boleh didengari melalui YouTube kecuali lagu Pampang (lagu Bajau).

Pencapaian 

James YahaiBand merupakan finalis Anugerah Juara Carta Lagu Artis Tempatan Sabah (CLAS) Musim ke-10. Anugerah Juara CLAS merupakan  dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran, menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik Sabah yang mengiktiraf usaha kepada semua komposer lagu, penulis lirik dan artis tempatan Sabah. Ini merupakan pencapaian terkini beliau. 

Finalis Anugerah Juara CLAS Musim Ke-10
Gadis Kota ~ James YahaiBand, ANugerah Juara CLAS Sabah Musim Ke-10
Mengimbas kembali pengalaman beliau semasa CLAS Musim ke-10, apabila ditanya perasaan beliau ketika bertanding dalam program berprestij ini. "Saya mengikuti perkembanagan dalam CLAS sejak musim ke-5. Isteri saya, Jovita Rovert juga merupakan salah seorang finalis semasa CLAS musim ke-7. Saya sangat teruja kerana bertanding sebagai finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10. Walau agaimanapun, pentas akhir Anugerah Juara CLAS telahpun melabuhkan tirainya satu minggu yang lalu, namun, ia merupakan chapter permulaan bagi diri saya sendiri. Sebelum ini saya lebih aktif sebagai pengatur muzik (music arranger), penerbit album dan lebih banyak tertumpu di belakang tabir. Banyak pengalaman manis dan pahit yang dilalui semasa terlibat dengan CLAS. Antara pengalaman manis tersebut adalah lagu Gadis Kota dapat dipromosikan sepenuhnya oleh RTM Kota Kinabalu kepada pendengar tempatan. Disamping, mengisi program Expresi Kombo RTM, ditemubual panjang lebar di RTM dan temu bual melalui stesen radio tempatan seperti Kupi Kupi FM dan Sabah FM. Selain itu, kewujudan saya semakin dikenali ramai dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah. Saya juga dapat berkenalan dengan ramai kakitangan RTM, tambahan, berkenalan lebih rapat dengan 5 finalis CLAS yang lain. Pengalaman pahit pun ada terutama sekalai membahagikan masa latihan dengan kerja hakiki untuk persediaan CLAS, masa untuk mengisi program Expresi Kombo, masalah teknikal sebelum konsert akhir CLAS dan lain-lain. Namun itu semua cabaran sebagai seorang artis untuk berjaya".

 Klik di sini untuk mengikuti Temuramah Bersama Jovita Robert dan James YahaiBand 

"Pencapaian lain adalah saya merupakan pengusaha Sound System dan Band Yahaiband. Saya seringkali dijemput sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan dalam pelbagai konsert antaranya Konsert Saturday Night Blues anjuran PERTISA, Konsert Santai Sempena Pesta Rakyat, artis undangan dalam Pesta 1 Malaysia Tuaran, Pesta Kubis Kundasang dan Pesta Gong Matunggong. Selain itu, saya juga menerima jemutan untuk membuat persembahan untuk acara Makan Malam pelbagai Persatuan dan acara Makan Malam Sekolah". Katanya kepada hiburansabah.com ketika dihubungi Khamis lalu.

Harapan & Perancangan

"Perancangan dalam masa yang terdekat ini, saya akan terus menerbitkan album kompilasi dengan artis-artis lain. Sebelum ini album kompilasi yang sudah diterbitkan adalah Album Variasi 2, Variasi 3, Sabah Dusun Style dan akan datang Album Kompilasi Variasi 4 iaitu gabungan dengan beberapa artis ternama tempatan Sabah. Ppersoalan siapakah artis-artis yang terlibat dalam menjayakan Album Kompilasi Variasi 4? Saya hanya boleh katakan buat masa ini ia masih dirahsiahkan lagi". 

"Setiap penyanyi memang mengharapkan lagu mereka berjaya menembusi pasaran luar lebih-lebih lagi berjaya ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, saya akan lebih berusaha untuk menghasilkan susunan muzik dan lagu yang boleh pergi jauh. Untuk pengetahuan, akan ada lagu baru yang akan menyusul dalam tahun ini. Nantikan kemunculan single baru tersebut tidak lama lagi.".

Artis James YahaiBand
Temubual RTM Bersama Artis James YahaiBand 
"Kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapakan jutaan terima kasih terhadap sokongan dan dorongan yang diberikan oleh keluarga, isteri saya sendiri Jovita Robert dan khususnya daripada penyokong-penyokong YahaiBand memalui Fan Club sejak saya mula berkecimpung dalam bidang nyanyian dan muzik. Penyokong setia melalui Fan Club bagi Progam CLAS Musim ke-10 juga tidak dilupakan. Sememangnya, Fan Club yang ditubuhkan benar-benar membantu dan menyokong lagu Gadi Kota kekal sebagai juara CLAS untuk 6 minggu terakhir". Katanya kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.

Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut mengenai artis tempatan: James YahaiBand melalui laman sosial Facebook James YahaiBand dan Youtube James YahaiBand


Sumber:
1. Temubual bersama artis tempatan: James YahaiBand

Mungkinkah Kumpulan Atmosfera Akan Berakhir?

Atmosfera

Kumpulan Atmosfera terkenal dengan lagunya yang betajuk Demi Si Kici menjadi inspirasi kepada kalangan remaja yang meminatinya. Apa tidaknya sejak single tersebut meningkat naik, ramai peminatnya juga tergerak dan diinspirasikan untuk cuba menghasilkan lirik dan lagu yang seakan sama seperti genre lagu Atmosfera. Lagu Demi Si Kici ini menjadi lagu kegemaran kepada kebanyakan remaja zaman sekarang. Sehinggakan budak-budak kecil pun boleh menghafal dan menyanyikannya. Mendalami kisah mengenai kumpulan Atmosfera, hiburansabah.com berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kumpulan ini untuk tujuan penerbitan artikel sebagai bahan bacaan kepada masyarakat tempatan khususnya kepada peminat setia kumpulan Atmosfera di Sabah.

Mungkin kami cuma boleh bertahan dalam tempoh 4 ke 5 tahun lagi. Namun, jika diizinkan Tuhan, kalau masih punya rezeki, kami akan terus bersama. Kami berharap semoga Atmosfera kekal maju kehadapan dalam industri hiburan dan muzik

Wujudnya Kumpulan Atmosfera

Kumpulan Atmosfera terdiri daripada dua orang penyanyi iaitu Hezron dan Ganak. Mereka berdua merupakan adik beradik yang berasal dari Keningau, Sabah. Hiburansabah.com dimaklumkan, Atmosfera ini pada mulanya hanya melibatkan seorang penyanyi / artis iaitu Hezron. Pada tahun 2009, Hezron telah mencipta lagu dan menggelarkan dirinya sebagai atmosfera. Menurut pendapat Hezron, beliau menamai kumpulan ini sebagai Atmosfera kerana membayangkan bahwa beliau yang berada di atmosfera, sedang menyanyi dengan bebas dan tidak ada sesiapa pun berada di sana. Oleh sebab itu Hezon memilih dan menjadikan Atmosfera sebagai nama kumpulan mereka. Lagu pertama yang dicipta oleh Hezron bertajuk 'Kau Putuskan Aku". Namun, selepas terciptanya lagu tersebut Ganak mulai meminati untuk menghasilkan karya. Sejak itu, mereka aktif untuk mencipta lagu, merakam dan memuat naik karya ke dalam YouTube. Minat, kesungguhan dan kesabaran mereka ini mendapat sokongan penuh, dorongan dan nasihat daripada keluarga sebelum menjadi artis.

Single 'Demi Si Kici'

Lagu Demi Si Kici mendapat tempat di hati kebanyakan pendengar tempatan di Sabah. Lagu dan lirik ini sebenarnya telah dicipta oleh Ganak sendiri. Ditanya, ilham penciptaan lagu ini diperolehi daripada mana? "Sebenarnya ilham penciptaan lagu ini kebanyakannya diinspirasi melalui pengamen-pengamen (penyanyi jalanan / streets singer atau buskers) Indonesia yang suka menyanyi berdasarkan kisah yang nyata. Lagu ini dicipta selepas tamat SPM iaitu pada tahun 2012. Ia menceritakan kisah cinta semasa saya berada di bangku persekolahan. Segala lirik daripada rangkap pertama hinggalah rangkap terakhir sememangnya digubah melalui kisah berdasarkan pengalaman sebenar. Semestinya lagu ini digubah dan dituju khas kepada para remaja kerana ia dibuat semasa saya masih berumur belasan tahun ketika itu. Namun, rezeki tidak memihak semasa lagu ini dicipta dan hanya berkesempatan untuk memperdengar karya kami selepas ia mulai diperdengarkan melalui corong radio tempatan". Kata Ganak kepada hiburansabah.com ketika dihubungi kelmarin.

Atmosfera Berakhirlah Sudah


"Lagu Demi Si Kici sebelum ini telah dirakam di AC29 Studio. AC29 Studio merupakan studio persendirian yang diurus oleh En. Andrew Uyu, lokasi yang terletak di Keningau, Sabah. Beliau juga yang telah arrange lagu kami sebelum ini. Boleh dikatakan AC29 adalah pintu masuk kepada Atmosfera dalam dunia hiburan dan muzik Sabah. Mengimbas kembali kenangan ketika lagu Demi Si Kici mulai mendapat tempat di hati pendengar, banyak studio yang menawarkan harga yang murah untuk single ini, namun, kami memutuskan untuk memilih AC29 Studio. Bukan kerana kami mengenali siapa komposernya tetapi disebabkan kami tidak mempunyai bajet untuk tujuan recording ketika itu. Syukur, En. Andrew Uyu memberi peluang kepada Atmosfera untuk merakamkan lagu tersebut secara percuma. Kami tidak pernah menyangka lagu ini terus meningkat naik". Ulasnya lanjut kepada hiburansabah.com.

Pencapaian Atmosfera

Sejak penglibatan Atmosfera dalam industri hiburan dan muzik tempatan Sabah, Atmosfera pernah menjadi Johan dalam Carta Terbaik Keningau FM pada tahun 2015. Itu merupakan pencapaian yang bukan sahaja memuaskan tetapi merupakan pencapaian yang membanggakan diri mereka berdua. Menjadi Johan dalam Carta Terbaik Keningau FM merupakan kejayaan dan pencapaian buat pertama kali untuk Atmosfera. Selain itu, Atmosfera juga mendapat peluang kerja sama (kontrak) dengan Syarikat Rusa Musik. Syarikat Rusa Music ini merupakan syarikat dari Kuala Lumpur. Atmosfera mulai menandatangani kontrak bersama dengan Syarikat Rusa Music pada tahun 2016 (tahun lalu) dan tempoh kontrak sehingga 5 tahun. Bagai manapun, difahamkan kemungkinan genre akan berubah (sedikit) apabila bersama-sama dengan syarikat ini. Lagu Berakhirlah Sudah, Benar-Benar Sayang dan Demi Si Kici diberi nafas baru. Rakaman versi baru lebih berkualiti berbanding sebelumnya dan kami sangat bersyukur akhirnya lagu Berakhirlah Sudah kini telah dimaikan menerusi siaran Era FM. Untuk pengetahuan, lagu Berakhirlah Sudah versi 2017 telah dimuat naik ke YouTube, manakala, lagu Demi Si Kici versi 2017 (terbaru) sudah ada di dalam Deezer, Joxx, iTunes dan ia juga boleh didengarkan secara online. 

Harapan dan Perancangan

"Sebenarnya saya ada juga membuat rakaman persendirian sebagai contoh lagu Hagemaru dan Ify, namun, lagu-lagu tersebut tidak begitu menyerlah. Walau bagaimanapun, saya lebih suka bernyanyi bersama-sama dengan Hezron. Sebenarnya kami masing-masing sudah berumah tangga, justeru, tidak seaktif ketika belasan tahun dahulunya. Mungkin kami cuma boleh bertahan dalam tempoh 4 ke 5 tahun lagi. Namun, jika diizinkan Tuhan, kalau masih punya rezeki, kami akan terus bersama. Kami berharap semoga Atmosfera kekal maju kehadapan dalam industri hiburan dan muzik".

"Selain itu kami juga berharap lagu / karya kami boleh diterima oleh semua pendegar di luar sana. Menyentuh soal perancangan untuk masa akan datang, kami akan terus menghasilkan karya berkonsepkan kisah nyata".


Ganak dan Hezron Atmosfera


"Kesempatan ini, saya bagi pihak Atmosfera ingin memohon kepada semua peminat dan yang mengenali kumpulan Atmosfera untuk terus follow dan sentiasa mengikuti perkembangan kami. Kami ingin memohon kemaafan kepada peminat di luar sana jika sekiranya tidak pernah, lambat atau seumpamanya membalas mesej anda melalui messenger Facebook mahupun melalui media sosial lain. Kami ingin tgaskan bahawa kami sebenarnya bukan sombong, kami juga manusia biasa yang sibuk dan penat dengan pekerjaan justeru masa membataskan kesemuanya.

"Kami juga ingin memaklumkan bahawa Hezron dan Ganak merupakan 100% original orang Dusun, bukannya dari Indonesia. Namun, ramai yang keliru Atmosfera berasal dari mana. Kami cuma mengikuti konsep muzik dan meminati lagu-lagu genre Pop Indonesia".

"Kesempatan ini juga saya ingin membuat Promo kepada sesiapa saja yang minat dalam mencipta lagu, teringin untuk masuk studio tetapi tidak mampu disebabkan msalah kewangan. Jangan risau, jangan putus asa, anda boleh menghubungi saya melalui Facebook Ganak Atmos, ataupun Facebook Hezron Rayner. Kami boleh membuat demo muzik berdasarkan lagu ciptaan kamu sendiri". Ucapan Ganak kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Temubual bersama Ganak Atmos
2. Facebook Ganak Atmos
3. Facebook Hezron Rayner / Facebook Hezron Atmosfera


Qhalysa Mentor Milenia (Sabah) Protege Tomok 2017

Qhalysa Mentor Milenia telah diumumkan berjaya ke peringkat sterusnya selepas beliau telah dipilih menjadi Protege kepada Tomok. Qhalysa bakal berentap dalam Peingkat Kumpulan, siaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.
Qhalysa Mentor Milenia Protege Tomok

Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin atau dikenali sebagai Qhalysa Mentor Milenia telah diumumkan berjaya ke peringkat sterusnya selepas beliau telah dipilih menjadi Protege kepada Tomok. Seorang lagi peserta yang turut berjaya bersama Qhalysa sebagai Protege kepada Tomok ialah Mohamad Rozaimi Rosli atau mesra dengan panggilan Along.

Qhalysa Mentor Milenia menjadikan program Mentor Milenia 2017 ini sebagai pentas untuk mengasah dan seterusnya menonjolkan bakat nanyian yang dimilikinya untuk dipertonton dan sudah tentu mahu menghibur semua peminat setia industri hiburan dan muzik tanah air Malaysia.

Pencapaian Qhalysa

Dikhabarkan, Qhalysa sememangnya telah mengikuti Bintang Remaja RTM sejak tahun 2012 lagi. Pepatah mengatakan 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?'. Berkat usaha, kesungguhan dan kesabarannya berhasil, justeru, beliau dinobatkan sebagai Juara pertandingan Bintang Remaja RTM peringkat negeri Sabah pada tahun lalu (2016).

Minat, kesungguhan dan kesabaran Qhalysa dalam bidang nyanyian bukan saja sekadar minat semata-mata malah, ia sebenarnya merupakan cita-cita beliau untuk menjadi penghibur pada masa hadapan. Qhalysa selalu mencabar dirinya dengan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian untuk terus dan terus menagasah bakatnya. Menang atau kalah, itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Itulah kuasa 'adat pertandingan'.

Terdahulu, Qhalysa juga ada mencuba nasib dalam program realiti TV Tiga Juara, iaitu sebuah rancangan realiti TV yang disiarkan melalui media Prima TV3. Namun, disebabkan oleh faktor usianya yang masih muda, beliau terpaksa memendam hasrat untuk bersaing di pentas Tiga Juara yang dimenangi oleh Slama AF, anak kelahiran Sabah yang berasal dari daerah Tawau. Pun begitu, Azmeer (juri kerika itu) mencadangkan Qhalysa untuk datang ke uji bakat program seterusnya iaitu Mentor Milenia.

Qhalysa juga pernah memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa iaitu menang tiga Pingat Perak: Vocal Contemporary, Vocal Pop dan Vocal World melalui World Championship of Performing Arts di Las Vegas (WCOP). Klik link / pautan World Championship of Performing Arts di Las Vegas untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pingat yang dimenangi oleh Qhalysa.

Sementara itu, Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) berjaya dipilih sebagai protege Black. Minggu lalu empat peserta telah dipilih untuk meneruskan saingan antaranya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Uspo) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) sebagai protege Hazama. Manakala, ua peserta yang lain adalah Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica) sebagai protege Akim.

Pemilihan minggu kedua ini telah melengkapkan senarai lapan peserta yang bakal berentap dalam Peringkat Kumpulan di pentas Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad pukul 9:00 malam melalui saluran Media Prima TV3.

Selain Qhalysa, seorang lagi peserta yang berasal dari Tambunan, Sabah; Angelica Paujin atau Elica Mentor Milenia, protege kepada Akim Ahmad. Sama-sama kita doakan kejayaan peserta yang berasal dari Sabah ini di dalam pertandingan Mentor Milenia 2017.

Sumber:
1. https://suarasabah.com/hiburan/qhalysa-mentor-milenia-ptotege-tomok/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mentor_Milenia_2017
3. https://www.wcop.com/awards/2016/2016-senior-medalists
4. https://www.kbergetar.com/2017/02/program-mentor-milenia-2017.html
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mentor_(siri_TV)

Naib Johan Sugandoi Negeri 2016 Darrel Reitz Pertaruh Single Pertamanya


  Sementara menunggu untuk kemasukan sesi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan pengkhususan Persembahan di UiTM Shah Alam, dengan berbekalkan bakat beliau meluaskan pengalamannya iaitu berkerja sebagai guru vokal di Joy Music Centre, Keningau. Menurut Darrel, walaupun beliau memutuskan untuk menyambung pengajiannya namun, beliau tetap dan akan terus menghasilkan karya.

Darrel Reitz Clare - Tongkiad No Mantad Doho

Merupakan Naib Johan pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri tahun 2016, Darrel Reitz Clare sekali lagi mengorak langkah dengan terciptanya video muzik (MTV) single-nya yang bertajuk Tongkiad Noh Mantad Doho. Lagu ini dicipta oleh Rolland Francis dan lirik ditulis oleh Rolland Francis dan Joyce Anthonius.

Apakah sinopsis penceritaan lagu Tongkiad No Mantad Doho? "Lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang percintaan yang putus di tengah jalan. Jika benar-benar dihayati pada rangkap chorus, kekasih (wanita) tersebut sudah melangkah mara ke hadapan dan tidak mahu mengingati apa-apa lagi tentang pasangannya (lelaki). Lagu ini ada kaitan dengan diri saya melalui pengalaman sebenar yang dialami dahulu kala". Katanya kepada hiburansabah.com semalam.

Darrel Reitz Vidy (nama sebenar) telah mendapat pendidikan awal di SK. Pasir Puteh, Keningau. Kemudian menyambung persekolahannya di SMK. Keningau 2. Semasa di sekolah menengahnya, beliau telah mengambil Muzik sebagai mata pelajaran elektif untuk SPM. Darrel Reitz Vidy yang mesra dengan panggilan Darrel Tuntung sememangnya aktif dalam bidang koir dan pernah mengikuti koir sehingga ke peringkat Kebangsaan. Selepas tamat tingkatan 5, beliau kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat Diploma Muzik dengan mengambil jurusan Vokal sebagai major di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Sementara menunggu untuk kemasukan sesi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan pengkhususan Persembahan di UiTM Shah Alam, dengan berbekalkan bakat beliau meluaskan pengalamannya iaitu berkerja sebagai guru vokal di Joy Music Centre, Keningau. Menurut Darrel, walaupun beliau memutuskan untuk menyambung pengajiannya namun, beliau tetap dan akan terus menghasilkan karya.

Darrel Naib Johan Sugandoi Peringkat Negeri 2016

Pengalaman Menyertai Pertandingan

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengikuti mana-mana pertandingan nyanyian. Saya hanya menyanyi di rumah orang khawin dan koir nyanyian di gereja. Bercerita mengenai pengalaman dalam pertandingan Sugandoi, sebenarnya, tidak pernah terlintas dalam fikiran mahu mengikutinya. Namun, atas sokongan moral dan dorongan penuh daripada keluarga mahupun kawan-kawan saya, maka, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti pertandingan sugandoi, sudah tentu tidak meletakan apa-apa harapan, cukup sekadar untuk mencari pengalaman dan penyertaanpun hanya sekadar suka-suka saja. Namun, syukur kepada Tuhan kerana bakat yang dimiliki membolehkan saya mendapat Naib Johan dalam petandingan Sugandoi peringkat Negeri Sabah pada tahun lalu". Katanya kepada hiburansabah.com.

Harapan dan Perancangan

"Saya berharap masyarakat di luar sana dapat menerima dan melihat saya melalui bakat dan karya yang dihasilkan. Semoga single pertama saya yang bertajuk Tongkiad Noh Mantad Doho ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat tempatan di Sabah. Perancangan untuk masa hadapan, saya ingin memperluas pengetahuan dengan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun, disamping mengikuti kuliah saya juga akan mencari pengalaman iaitu membuat kerja part time sebagai guru Vokal sekitar Shah Alam, Selangor dan pada masa yang saya akan terus berkarya untuk membangunkan dan memartabatkan industri muzik Sabah. Untuk pengetahuan Video muzik (MTV) untuk single Tongkiad Noh Mantad Doho telah siap diterbitkan, anda boleh mendengar lagu ini melalui aplikasi YouTube.



Ketika ditanya apakah ucapan kepada peminat-peminat Darrel di luar sana? "Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sejak penglibatan saya menyertai Sugandoi pampailah ke hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang selama ini bekerja keras membantu menjayakan pembikinan video Tongkiad Noh Mantad Doho. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya akan terus berkarya bersama-sama dengan artis-artis yang lain dalam membangunkan dan memartabatkan industri muzik tempatan, Sabah. Terus ikuti perkembangan saya melalui Facebook dan YouTube". Katanya kepada hiburansabah.com mengakhiri perbualan.


Sumber:
1. Tembual bersama artis Darrel Reitz Clare
2. Aplikasi Facebook Darrel Reitz Clare

'Mainan Cinta' Dinobatkan Sebagai Juara Lagu CLAS Sabah Musim Ke-10

Kolaborasi jarak jauh (Kota Belud - Sandakan) dalam menjayakan lagu ini membuahkan hasil sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

Juara Lagu CLAS Musim Ke-10 2017 Anugerah Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-10

Kudat, Sabah: Penantian kini telah terjawab, lagu "Mainan Cinta" telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) bagi musim ke-10, 2017 malam tadi. Lagu Mainan Cinta nyanyian Ray Asmadin ternyata membawah tuah kepada komposer muda yang berbakat Nur Fazz. Kolaborasi jarak jauh (Kota Belud - Sandakan) dalam menjayakan lagu ini membuahkan hasil sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

"Pertama sekali saya mengucap syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini; berkat usaha dan doa daripada semua pihak, khususnya doa dan berkat daripada ibu saya sendiri. Semestinya saya rasa amat gembira dan terharu kerana ini antara pencapaian terbaik saya dalam bidang penulisan lagu dan lirik. Saya juga berbangga dengan persembahan Ray, saya lihat dia memberikan persembahan sepenuh jiwanya pada malam ini. Kerana teruja dengan final CLAS, saya sendiri telah turun padang menjadi salah seorang penyanyi latar demi menjayakan persembahannya. Setelah dua (2) tahun saya mencipta lagu ini, akhirnya rezeki itu memihak kepada kami di malam pentas akhir CLAS musim ke-10 2017. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada RTM dan pihak pengurusan yang terbaik, terima kasih juga kepada Kombo RTM Sabah atas kerja sama padu yang diberikan. Terpenting, terima kasih kepada pengundi yang tidak jemu-jemu untuk mengundi lagu Mainan Cinta sehingga bertahan sebagai juara selama lapan (8) minggu." Katanya kepada hiburansabah.com ketika dihubungi malam tadi.

Juara Lagu CLAS Musim Ke-10, Nur Fazz
Juara Lagu CLAS Musim Ke-10, Nur Fazz
Sementara itu, pemenang kategori Lirik Terbaik telah dimenangi oleh kolaborasi antara Lucy Gawis dan Farik Madun menerusi lagu Serpihan Kenangan, nyanyian Usal Jon Gavis. Pemenang kategori lirik terbaik membawa pulang hadiah berupa wang berjumlah RM700 beserta tropi dan sijil penyertaan. Vokal terbaik disandang oleh Rosdee Mohd Yusoff @ Diddy, vokalis Kumpulan Albab menerusi lagu Cinta Sebatang Lilin. Pemenang vokal terbaik membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM700 beserta tropi dan sijil penyertaan. Manakala, kategori Pilihan Pendengar telah dimenangi oleh Usal Jon Gavis. Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM400 beserta tropi dan sijil penyertaan. Penerima saguhati masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 beserta tropi dan sijil penyertaan.

Pemenang Lirik Terbaik CLAS Musim Ke-10, Lucy Gawis dan Farik Madun
Pemenang Lirik Terbaik CLAS Musim Ke-10, Lucy Gawis dan Farik Madun


Pemenang Vokal Terbaik CLAS Musim Ke-10, Vokalis Albab Band
Pemenang Vokal Terbaik CLAS Musim Ke-10, Vokalis Albab Band

Kesemua hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Mijul Hj. Unaini iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri N.1 Banggi. Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah Hj. Ali Hj. Ngasio dan Pegawai Daerah Kudat, Tn. Sapdin Ibrahim.

Pemenang Pilihan pendengar CLAS Musim Ke-10, Usal J. Gavis
Pemenang Pilihan pendengar CLAS Musim Ke-10, Usal J. Gavis

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah merupakan konsert dan majlis penghargaan yang berprestij anjuran RTM Sabah yang dianjurkan setiap tahun. Anugerah CLAS ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencipta lagu, penulis lirik dan artis-artis tempatan Sabah.

Hiburansabah.com ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara CLAS Musim ke-10 khususnya kepada semua pemenang mengikut kategori.



Sumber:
1. Penerbit Bersama Pertandingan Anugerah Juara CLAS Mr. Minami Tius @DJ Suga, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah
2. Penerbit Mingguan Mr. Redzuan Lokman @Bo, Seksyen Hiburan & Muzik, RTM Sabah.
3. Temubual bersama dengan komposer lagu Mainan Cinta Nur Fazz
4. Temubual bersama dengan penyanyi Ray Asmadin 

Undian Online Bontugon Sinding Dusun Keningau FM Minggu Ke-15

Info Bontugan Sinding Dusun Keningau FM

Undian Bontugon Sinding Keningau FM Minggu Ke-14


Undian ONLINE Carta Bontugan Sinding Dusun Keningau FM

Bagaimana mengundi?

1. Klik link / pautan ini Undian Online Carta Bontugan Sinding Dusun KeningauFM
2. Pilih lagu kegemaran anda (klik / tekan dalam bulatan)
3. Klik butang serah / submit

Undian DITUTUP pada hari Jumaat; 24 Februari 2017, pukul 2:00 petang.

Keputusan untuk musim ini akan diumumkan pada 26 Februari 2017, pukul 10:15 pagi.

Terima kasih atas undian anda dan dengarkan #KeningauFM melalui frekuensi Radio 94.7 atau secara online melalui KeningauFM Online

Senarai Lagu Undian Minggu Ke-14

1. Ambrose James - Aiso No Pirotian

2. Sharonetha Saidi@ Bichie - Sakag Kujau Keningau

3. Albert Andrew - Noilaan Ku

4. Wences Yusin Adam - Tupus Molohing

5. Sharin Amud Shapri - Inonogo Lungguiku

6. Erdeeyona Christopher Kunjan - Au Oku Karati


8. Eyana Watimin - Pinoporuol Ko Ginawo

9. Zainudin Undin Masidin - Tanak Koupusan

10. Dalyverna Lasius - Ginawo Di Poingkalat

Senarai Lagu Undian Minggu Ke-14 KeningauFM

Keputusan Bontugan Sinding Dusun Minggu Ke-13

Keputusan Bontugan Sinding Minggu Ke-12 (12 Feb - 17 Feb 2017) adalah seperti berikut:

Carta Minggu Ke-13 Bontugon Sinding Keningau FM

Undian Setiap Minggu

Untuk makluman, Undian ONLINE Carta Bontugan Sinding Dusun KeningauFM akan dijalankan setiap minggu. Link atau pautan adalah berbeza-beza bagi setiap minggu. Nantikan link / pautan minggu seterusnya melalui hiburansabah.com



Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017 Menanti Anda Di Kuala Penyu, Sabah

Melihat pada keunikan tarian bakanjar ini, maka Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) telah mengambil inisiatif untuk mengangkat dan menonjolkan lagi tarian ini. STCA telah bersetuju agar satu perayaan atau pesta budaya suku kaum Tatana diwujudkan dengan mengambil tarian bakanjar sebagai salah satu intinya. Pesta tersebut dinamakan Odou Bakanjar atau Pesta Bakanjar. Keputusan STCA ini telah diajukan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada bulan Oktober 2013 dan pada perbincangan ini STCA diwakili oleh Datuk Seri Panglima Wences Angang selaku Presiden STCA dan En. Monih Epin, Setiausaha Agung STCA dan Pn. Monica Gualin. Sementara LKNS diwakili oleh Pengurus Besar Datu Rusmadi Datu Sulai dan En. Mickey Apison, Timbalan Pengurus Besar. Nama Odou Bakanjar juga telah diterima sebulat suara dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STCA. - Oleh: Monih Epin, Setiausaha Agung STCA
Odou Bakanjar


Odou Bakanjar merupakan perayaan yang disambut oleh suku etnik Tatan, Kuala Penyu. Ia biasanya disambut selepas hari ke-15 Tahun Baru Cina. Selami budaya unik etnik Tatana, saksikan tarian tradisi yang pelbagai, nikmati makanan tradisional, permainan dan cerita-cerita rakyat mengenai suku etnik Tatana ini.

Penganjuran Pesta atau Odou Bakanjar kali ke-4 oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada tahun 2017 ini, sekali lagi akan diadakan di Tapak Tamu, Majlis Daerah Kual Penyu, Sabah pada 25hb Februari 2017 (Sabtu). Rebut peluang untuk mengenali budaya etnik Tatana. Jomm sama-sama kita memeriahkannya!

Objektif Program

1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Etnik Dusun Tatana dengan Rtnik uang lain.

2. Memulihara dan melestarikan Khazanah budaya Tatana yang unik dan bernilai tinggi.

3. Menghidupkan elemen-elemen budaya tradisi Tatana yang masih releven.

4. Menggalakkan generasi baharu Tatana mengenali asal-usul kebudayaan mereka.

5. Menjadikan Etnik Dusun Tatana dikenali oleh masyarakat sekitar dan masyarakat luar sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

6. Menjadikan kebudayaan Tatana sebagai slah satu aset pelancongan negeri dan negara.

Aturcara Program Odou Bakanjar Kali Ke-4 2017

PERASMIAN KARNIVAL PERAYAAN ODOU BAKANJAR
DUSUN TATANA EDISI KE-4 TAHUN 2017

Tarikh : 25hb Februari 2017
Masa : 10:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Tapak Tamu Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah.

Atur Cara Pesta Bakanjar

Etnik Tatana & Odou Bakanjar

Etnik Dusun Tatana yang terdapat di daerah Kuala Penyu memang kaya dengan pelbagai unsur kebudayaan. Warisan budayanya meliputi cara hidup, kepercayaan, upacara ritual, makanan, pakaian, tarian, muzik tradisi, lagu-lagu rakyat dan sastera lisan masih diamalkan oleh masyarakatnya.

Tarian tradisi Tatana sendiri daripada Sayau Kadayan atau Sayau Moginum, atau Sayau Moginum, Sayau Kolombujang, Sayau Balandaih dan Sayau Bakanjar: Setiap tarian ini mempunyai keunikan dan tujuan yang tersendiri. Sayau Kadayan, Sayau Kolombujang dan Sayau Balandaih pada asalnya adalah tarian dalam upacara ritual dan kini selalui ipersembahkan pada acara-acara keramaian. Tarian Bakanjar pula bukan merupakan tarian dalam mana-mana upacara ritual.

Kewujudan tarian Bakanjar sama usianya dengan kewujudan suku kaum Tatana itu sendiri. Dengan melihat pada peralatan yang digunakan dan semangat rentak tarinya, tarian Bakanjar merupakan tarian seni bela diri dan kepahlawanan. Perkataan Bakanjar berasal dari akar kata "kanjar" yang mendapat imbuhan "ba-", [ba- + kanjar]. Perkataan "kanjar" dalam bahasa Tatana bererti pergerakan kaki dan hentakan kaki yang menggerakkan seluruh anggota badan. Mengikut semantiknya, perkataan "kanjar" juga mengandungi unsur sifat iaitu "beremangat dan kekuatan". Kata terbitan lain dari perkataan ini ialah mikakanjar (menghentak-hentakkan kaki), dan takanjar-kanjar: Makna perkataan bakanjar dapat dirumuskan sebagai "satu pergerakan yang bermula dengan pergerakan kaki diikuti oleh pergerakan anggota badan yang lain yang digerakkan dengan bersemangat."

Berdasarkan peralatan yang digunakan, tujuan dan definisi kata tersebut, makna tarian Bakanjar ialah tarian yang memperlihatkan kemahiran menggunakan peralatan pedang da taming dengan seni pergerakan dan langkah kaki tertentu yang diikuti oleh pergerakan anggota badan dan gaya penuh semangat dan pepahlawanan mengikut rentak paluan gong yang diberi nama Anak Kuda. 

Odou Bakanjar Masyarakat Tatana (artikel)
Oleh: Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA)
Hak cipta terpelihara ©

Penggunaan beberapa perenggan artikel di atas telah mendapat kebenaran daripada penulis asal artikelnya, iaitu saudara Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatan Sabah (STCA). Semua aspek berkenaan artikel ini adalah hak cipta terpelihara kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian artikel ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada pemilik asal artikel berkenaan.

Etnik Tatana & Odou Bakanjar


Sumber:

1. Odou Bakanjar Masyarakat Tatana, Monih Epin, Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA)
2. http://www.sabahtourism.com
2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140221/wb_01/Odou-Bakanjar-pamer-seni-Tatana

Featured post

Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

Back To Top