Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Bakal Unduk Ngadau Tahun 2017, Siapa?

Entri saya sebelum ini - Sudakah Anda Bersedia Untuk Pertandingan Sugandoi 2017? mengupas tentang persediaan rakan-rakan kita di luar sana sejauh mana persediaan yang telah dibuat. Tambahan, memberi peringatan kepada rakan-rakan kita supaya lebih serius terhadap persediaan mereka. Juara-juara Sugandoi tahun-tahun sebelum ini sememangnya sehabis baik telah . Hasilnya mereka menjadi juara.

Sumber : The Star

Unduk Ngadau 2016

Kita lupakan seketika soal pertandingan Sugandoi, apa kata kita bercerita mengenai persediaan untuk pertandingan Unduk Ngadau 2017 pula. Unduk Ngadau adalah dianggap sebagai salah satu acara kemuncak yang paling penting dalam Pesta Ka'amatan. Pertandingan ini merupakan satu penghormatan kepada legenda Huminodun, yang menurut legenda Kadazandusun, telah mengorbankan dirinya untuk memberi rakyat hasil tuaian padi yang banyak. Pemenang akan mewakili semangat Huminodun dan dijangka akan menjalankan kerja-kerja amal / sosial serta mempromosikan Sabah selama setahun.

"The Unduk Ngadau Ngadau is supposed to be able to exude a high degree of moral because they are representing the Kadazan, Dusun and Murut women. We are looking at a winner who can be the role model to the younger generation and has spirit of voluntarism in being willing to sacrifice her time for the communitu, besides being intelligent to able present our country, culture and tourism to the world"-Joanna Kitingan

Sumber : MySabah.com
Mengimbas kembali Unduk Ngadau tahun 2016 menyaksikan Sherry Anne Laujang, mewaili Penampang dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2016. Tempat kedua pula ialah Claryssa Henry mewakili Kudat dan tempat ketiga disandang oleh Fenny Ester Joslin mewakili Banggi.

Sumber : JD.floydpicture
Netizen lahir tidak puas hati keputusan Unduk Ngadai 2016. Keputusan akhir pertandingan cukup kontroversi. Kenapa bukan peserta dari Kudat yang dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau walaupun berjaya melepasi tiga peringkat tapisan termasuk fasih berbahasa Rungus? Okey, cukup! Usah dipertikaikan keputusan juri kerana mereka telah melakukan tugas mereka. Kalah dan menang itu lumrah pertandingan.

Persediaan Unduk Ngadau 2017


Beralih kepada topik asal kita, Siapakah Bakal Unduk Ngadau 2017? Sudah pasti persoalan ini tidak terjawab, masih. Pasti! Peserta pun belum ada lagi heheee... Semuanya masih menjadi tanda tanya. Siapa mereka dna bagimana rupa paras mereka, kita nantikan bersama-sama. Namun, kita berharap semuanya berjalan dengan lancar dan tidak terjadinya kontroversi lagi tahun 2017 ini.

Kepada semua bakal Unduk Ngadau 2017, adakah anda sudah bersedia untuk beauty pageant ini? Sejauh mana persediaan yang telah dibuat? Bagaimana dengan persediaan pakaian anda? Kelengkapan / accessories pakaian? Sudahkah anda mencari jurusolek / juru kosmetik anda? Dandanan rambut, style apa? Bagaimana pula persediaan daripada segi fizikal dan mental anda?

Tips lain bagaimana? Sebagai contoh untuk persediaan fizikal, Bakal Unduk Ngadau 2017 boleh mengadakan latihan intensiti seperti mengadakan latihan fitness / gym, larian / jogging, senaman aeorobik atau yoga serta anda juga perlu menjaga dan mengekalkan berat badan atau Body Mass Index (BMI). Mungkin ada yang tension dan pening kepala mahu menghafal jawapan untuk soalan yang bakal dikemukakan.

Apapun dan bagaimana persedian anda, jangan tension! Jangan pening-pening! Just have fun saja bah. Buat macam biasa dan jangan buat stress diri sendiri. Urang bilang, ambil pengalaman tu yang penting kan. Terpilih mewakili daerah anda atau tidak, menang atau kalah itu adat  adat pertandingan.

Jom kasi gagar Unduk Ngadau 2017. All the best!! #UndukNgadau2017

Sumber : JD.floydpicture


Sumber:
Labels: Hiburan Tempatan

Thanks for reading Bakal Unduk Ngadau Tahun 2017, Siapa?. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Bakal Unduk Ngadau Tahun 2017, Siapa?"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan seb...

Back To Top