Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Music Studio - Fortissimo, Tuaran Sabah

Siapa tidak berbangga jika punya kebolehan dalam nyanyian dan bermain alat muzik. Terus berusaha, terus mencari pengalaman dan terpenting iaitu belajar sepanjang hayat. Usaha yang jitu pasti akan membuahkan hasil. Mungkin anda berminat mempelajari teknik vokal yang betul? Mungkin punya minat untuk belajar bermain alat muzik? Dan sedang tercari-cari tempat yang menawarkan kursus sedemikian. Di Sabah saja, suda banyak tempat yang menawarkan kursus vokal mahupun kursus bermain alat muzik (pelbagai). Hanya terpulang mahu pilih yang mana. Urang bilang, ..."Tepuk Dada, Tanyalah Selera"...


video
Gandingan mantap Rhowell dan Rey Kimara


Untuk itu, entri kali ini saya ingin memberikan informasi tentang tempat yang sememangnya menawarkan kursus vokal dan bermain alat muzik dengan tenaga pengajar yang profesional (bertauliah). Mungkin sebagai persedian mengikuti pertandingan Sugandoi 2017 atau apa-apa pertandingan nyanyian yang lain, siapa tahu kan?

Memperkenalkan Fortissimo Music Studio iaitu studio yang diilhamkan oleh Rhowell Rolland Raymond Pagi dan abangnya Reynaldo Pagi (founder / pemilik studio). 

Bachelor Degree of Music, UMS &
 ASWARA Kuala Lumpur
Rhowell merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (major: Piano Klasik) daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan graduan Diploma dalam Music Major Classical Voice daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Prof. Dr. Siti Chairani Proehoeman (guru vokal kepada Syafinaz Selamat, Ning Baizura, Shima, Noryn Aziz, Cikgu Siti Hajar dan banyak lagi). Berbekalkan kelulusan, bakat, dan kebolehannya itu, maka, beliau menumpuhkan kerjaya-nya sebagai guru vokal dan mengajar bermain piano, koir dan teori muzik (specialised) di Fortissimo Music Studio. Beliau juga aktif mengadakan bengkel-bengkel muzik dan vokal sekitar Kota Kinabalu.


Music teacher graduated from ASWARA, KL
Manakala, Reynaldo atau dikenali sebagai Rey Kimara juga merupakan graduan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Syafinaz Selamat. Sebut saja nama Rey Kimara memang sudah ramai yang mengenali beliau. Beliau yang terkenal sebagai DJ Radio Suria FM dan DJ jemputan Radio Kupi-Kupi FM. Mengimbas kembali detik sejarahnya, Rey Kimara merupakan Johan Bintang dan Bintang Popular RTM tahun 2007. Beliau juga pernah menjuarai Asean Golden Melodies Festival pada tahun 2008 dan kini merupakan seorang penyanyi tempatan Sabah, DJ dan musician. Bakat, kelulusan dan pengalamannya yang luas tersebut diabdikan bersama pelajarnya. Beliau juga merupakan tenaga pengajar / guru vokal disamping, mengajar bermain alat muzik seperti piano dan gitar di Fortissimo Music Studio.

Kursus Yang Ditawarkan

Fortissimo Music Studio menawarkan kursus / subjek teori muzik, dan beberapa kursus instrumen seperti berikut;-

1. Vocal.
2.Piano
3. Gitar
4. Keyboard
5. Violin
6. Ukulele

Maklumat Lanjut...

Berminat untuk mengetahui info lanjut, anda boleh menghubungi:

Fortissimo Music Studio, Tuaran, Sabah
No. Telefon: 088-795446, 014-3733173 (WA), atau 0111-7570627
Facebook: http://www.facebook.com/rhowell.rolland

Fortissimo Music Studio - Tuaran, Sabah


Sumber:
1. Rhowell Rolland Raymond PagiMusic Studio - Fortissimo, Tuaran Sabah


Labels: Studio Muzik

Thanks for reading Music Studio - Fortissimo, Tuaran Sabah. Please share...!

Post Comment

0 Comment for "Music Studio - Fortissimo, Tuaran Sabah"

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU : Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini. ...

Back To Top