Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan keluarga saya"...


Demikian petikan daripada seorang sahabat saya yang sememangnya aktif dalam blogging. Rasa ingin tahu, rasa cemburu dan rasa ingin mencuba telah mendorong saya untuk membuat blog sendiri. Saya sebenarnya baru berkecimpung dalam dunia blog ni. Siapa tahu rezeki bertambah selepas ini kan. Amin...

Teringin memiliki blog sendiri, pastinya banyak persoalan yang bermain dalam fikiran. Sama seperti saya dulu, sudah tentu kita tertanya-tanya bagaimanakah untuk membuat blog?

Panduan Lengkap Belajar Membuat Blog

Anda tidak perlu tercari-cari tentang cara bagaimana membuat blog. Tidak usah kerana saya akan membantu anda untuk mempermudah carian. Saya akan kongsikan e-book panduan belajar buat blog seperti gambar di bawah.


E-book setebal 199 muka surat ini terbahagi kepada 7 Bab yang memberi kefahaman tentang topik-topik berikut:-

Bab 1 : Nak Buat Blog Tentang Apa?
Bab 2 : Langkah-Langkah Buat Blog Dengan Blogspot
Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4 : Buat Duit Dengan Blog
Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affliate
Bab 6 : Rahsia Buat Duit Melebihi 4 Angka Diinternet
Bab 7 : Rumusan dan Penutup

Cukup bertuah kerana e-book panduan belajar buat blog diberi secara PERCUMA. Panduan ini telah mengupas secara lengkap tentang bagaimana cara membuat blog. Kini anda boleh membuat dan memiliki blog sendiri dengan mudah! Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan PANDUAN BELAJAR BUAT BLOG sekarang!

Contest SEO: Belajar Buat Blog

Baiklah, memadangkan anda sudah mengetahui cara membuat blog dan semestinya telah memiliki blog sendiri justeru, kenapa tidak mencuba untuk menyertai Contest SEO: Belajar Buat Blog? 

Bukan kemenangan yang saya kejari cuma saya ingin mengambil peluang untuk tujuan backlink. Namun, kalau ada rezeki siapa yang tolak kan.. Bak kata pepatah, ..."Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"...


Tips Berguna: 8 Cara Efektif Meningkatkan Pengunjung Blog...

Kesempatan ini saya juga ingin berkongsi tips atau cara meningkatkan pengunjung blog ada.

1. Sediakan entri yang berpotensi viral
Kita tidak boleh menjamin bahawa setiap artikel yang dihasilkan mempunyai peluang yang besar menjadi viral. Oleh itu, artikel hendaklah mempunyai elemen kebangaan diri, mudah diingat, topiknya popular, membangkitkan perasaan, bercerita dan dapat dipraktikan.

2. Kandungan artikel yang unggul dan boleh mendatangkan backlink
Ini bermaksud kandungan artikel yang dihasilkan akan mengagumkan ramai blogger ingin meletakkan link artikel anda di blog mereka. Lambat laun akan membuahkan hasilnya juga. Tip untuk mencipta kandungan yang unggul adalah topiknya hendaklah yang boleh direkomen.

3. Ubah format tajuk supaya menarik untuk di-klik
Cuba bayangkan anda sedang membuka app Facebook, dan kemudian ada 2 artikel yang bertajuk seperti berikut:

1. Cara menurunkan berat badan.
2. 10 Langkah menurunkan berat badan 10 Kg dalam 1 bulan.

Tajuk manakah yang menarik perhatian anda? Klau anda memilih tajuk ke-2, bermakna, pemikiran anda sama dengan 90% manusia normal.

Maka dengan tajuk yang menarik, ia secara langsung akan meningkatkan traffics anda. Menurut Copyblogger, sememangnya terdapat 4U dalam menulis tajuk:

1. Useful - menjelaskan manfaat untuk pembaca
2. Urgency - terkesan mendesak/penting
3. Unique - menyampaikan idea utama daripada sudut pandangan yamg berbeza daripada kandungan lain.
4. Ultra-specific - ditulis dengan spesifik

4. Melakukan link building
Backlink adalah suaha untuk mendapatkan pengunjung dari search engine. Link building bererti kita mestilah aktif untuk mendapatkan backlink ke luar website, tidak hanya menunggu secara pasif sahaja.

5. Sediakan linkable assets - aset yang mengundang backlink
Artikel A - panjang artikel 1500 patah perkataan (semuanya penulisan)
Artikel B - panjang artikel 1500 patah perkataan (dilengkapi gambar, grafik, jadual dll)

Andaian, topik artikel yang sama, kualiti setara..

Mana satu artikel yang menarik perhatian anda? Sudah pasti artikel B kan, kerana artikel B mempunyai aset. Gambar, grafik, dan jadual tersebut merupakan aset yang boleh mebgundang backlink. Contoh lain: e-book, checklist; workbook; action list, audio; video, istilah baru, tool; templet; plugin dan lain-lain.

6. Aktif dalam Facebook Groups
Anda perlu aktif di dalam Facebook Group yang  berkaitan dengan topik khusus. Sebagai contoh, anda mempunyai artikel tentang cara membuat kek, maka dinasihatkan, anda perlu kongsikan artikel tersebut ke dalam Group Facebook berkaitan (ahli dalam group yang benar-benar memerlukan informasi tersebut).

7. Jalinan hubungan dengan bloger-bloger lain
Teknik ini sebenarnya bertujuan untuk menjalin hubungan dengan audience (para pembaca). Cara yang paling efektif atau anda ingin mengembangkan blog dengan lebih cepat adalah melalui hubungan dengan blogger-bloger lain (influencer). Caranya adalah seperti berikut;-
1. Cari blogger-blogger lain yang topiknya sama dengan anda.
2. Follow akaun sosialnya
3. Retweet / like dan share artikel mereka secara konsisten
4. Berikan komen yang berkualiti di bloknya.
5. Memasang link menuju blog mereka dalam kandungan artikel anda.

Langkah 2 - 4 bertujuan agar mereka menyedari kehadiran anda. Namun, anda perlu berhati-hati dalam menjalani hubungan kerana kalau anda dianggap sebagai pengganggu maka anda akan diabaikan. Maksudnya, anda akan kehilangan potensi bantuan yang berharga.

8. Gunakan sekurang-kurangnya 1 gambar untuk meningkatkan klik
Kebanyakan audience dalam sosial media lebih suka melihat gambar berbanding tulisan. Jika dibandingkan post teks dan gambar, post gambar dalam Facebook mendapat LIKE dan KOMEN yang lebih banyak. Perbezaannya cukup banyak.

Mungkin, tips tersebut sedikit sebanyak dapat membantu khususnya bloggers baru, seperti saya. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. Sehingga itu, kita bertemu lagi pada entri akan datang. Pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat-sangat dihargai.

Salam perpaduan, salam 1 Malaysia dan salam perkenalan daripada saya...


Contest ini turut disertai oleh: calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.com, missobsesi.blogspot.com, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.com, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.com, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.com, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.com, jangan-bukak.blogspot.com, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarrah.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.com, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.comheroborneo.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.com, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.com, cikilamenari.blogspot.com, alongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.com
iwan


Labels: Blog

Thanks for reading Belajar Buat Blog Dengan Efektif. Please share...!

Post Comment

10 Comment for "Belajar Buat Blog Dengan Efektif"

Bagus ebook ni..mmg patut beli jika nk belajar serius dalam dunia blogging.

Betul, kami sarankan kepada sesiapa saja yang mahu berjinak dalam dunia blog. Panduan ebook ini cukup lengkap membantu saya..

Terima kasih saudara Elih kerana sudi berkunjung kemari :-) :-) :-) .. Salam perkenalan & mohon tunjuk ajar ya ..

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Usah risau, saya akan berkunjung & follow blog selepas ini.

Salam perkenalan!

Wah menarik betul pengisian ttg tips blogging dan cara belajar buat blog .. :)

Ya betul, saya juga belajar blogging melalui panduan tersebut. Disamping, blogwalking ke senior blog.

Syukur, blog baru berusia kurang daripada 1 bulan, namun, menampakkan peningkatan traffics yang ketara.

Terima kasih saudara Hasan kerana sudi berkunjung tiba.

nice sharing... saya piun sebenrnya masih bljar tentang SEO. terima kasih dpt sedikit ilmu baru hari ni :D

Terima kasih saudari Siti Awadah.

Kita sama tapi tak serupa hehee...Sama-sama kita terus mencari ilmu blogging.

Apapun, terima kasih kerana sudi berkunjung tiba kemari.

Perkongsian yang menarik. Moga berjaya dalam contest Belajar Buat Blog ye. :)

VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

Tunggu apa lagi?
Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

CONTACT US
- Phone : 85570931456
- PIN BB : 2B48B175
- SKYPE : VIPQIUQIU99
- FACEBOOK: VIPQIUQIU99

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Dipersilakan untuk memberikan ulasan anda mengenai entri ini. Sekian.

Featured post

Belajar Buat Blog Dengan Efektif

..."Saya tidak mempunyai kerja tetap, tidak juga berpelajaran tinggi namun, dengan blog saya boleh menyara keperluan harian diri dan k...

Back To Top