Hiburan Sabah

HSabah | Hiburan Sabah | Sabah Hiburan | Industri Muzik Sabah | Industri Hiburan Sabah | Lagu Sabah | Tempatan Sabah | Muzik Sabah

Connect With us

Kolaborasi Elica Mentor Bersama Arddley Nicholas

Arddley Nicholas, yang dinobatkan sebagai Juara Punya Sadap Sabah Talent musim pertama tahun 2017 yang berlangsung di Dewan KDCA Hongkod Koisaan Penampang pada 30hb Jun terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan membuat penampilan istimewa melalui kolaborasinya bersama dengan Angelica Paujin atau mesra dengan panggilan Elica Mentor yang merupakan Juara Mentor Millennia 2017.

Kolaborasi Elica Mentor & Arddley
Kolaborasi Elica Mentor & Arddley

Kolaborasi 

Peminat industri muzik tempatan boleh menyaksikan penampilan khas ini melalui video yang telah dimuat naik ke Youtube. Saksikan gandingan mantap Elica Mentor dan Arddley Nicholas melalui kolaborasi lagu yangbertajuk Almost is Never Enough, lagu yang dipopularkan oleh Ariana Grande ft. Nathan Sykes.

Almost is Never Enough - Elica Mentor & Arddley Nicholas (Cover Version)

Sumber :
1. Youtube: Almost is Never Enough - Elica Mentor & Arddley Nicholas (Cover Version)
2. Facebook : Arddley Nicholas

Persatuan Komposer Dan Pembikin Muzik Video Sabah (SCORE)

Apa Itu SCORE?

Persatuan Komposer Dan Pembikin Muzik Video Sabah (Sabah Composers and Music Video Makers Association) dengan slogan "Bubut Hak Kita" adalah sebuat persatuan yang mewakili komposer dan pembikin video muzik di Sabah secara amnya.

Fungsi utama SCORE adalah memupuk kesedaran tentang pentingnya hak cipta sesebuah karya seni itu dan ia harus dijaga sampai bila-bila.

Persatuan Komposer & Pembikin Muzik Video Sabah
Persatuan Komposer & Pembikin Muzik Video Sabah

Sepertimana yang kita ketahui, banyak badan mahupun persatuan yang bergerak mewakili pengkarya seni di negeri Sabah ini, dengan matlamat yang berbeza tetapi ke arah tujuan yang sama iaitu memeartabatkan industri seni tempatan. Memandangkan keperluan dalam berkarya semakin meluas dan mendapat sambutan maka SCORE tidak ketinggalan dalam menjadi salah satu pilihan alternatif sebagai pengemudi ke arah pembangunan industri tersebut. Setiap karya seni yang dihasilkan mempunyai jiwanya tersendiri dan semetinya seseorang pengkarya itu harus peka tentang hak dan hal-hal yang berkaitan dengan nilai hasil seni itu sendiri.

Matlamat SCORE 

Pertubuhan ini mendapat sokongan positif dan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) termasuklah syarikat-syarikat produksi yang lainnya.

Pertubuhan ini adalah berlandaskan kepada enam (6) matlamat utama:

  1. Memberi kesedaran kepada pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video pentingnya hak cipta.
  2. Memberi kesedaran kepada permis-permis yang berasaskan keuntungan untuk melaksanakan tanggungjawab pembayaran royalti terhadap karya-karya lagu dan muzik video kepada badan-badan pengutip royalti umum di Malaysia. Permis perniagaan seperti Pusat Karaoke, Pub, Pusat Membeli Belah, Restoran, Hotel dan Persembahan Umum.
  3. Memberi kesedaran kepada penganjur-penganjur hiburan umum yang menggunakan karya-karya lagu dan muzik video untuk membayar royalti kepada badan pengutip royalti umum di Malaysia.
  4. Membantu dan memberi maklumat kepada badan-badan pemungut royalti dan penguatkuasaan.
  5. Memberi ilmu kepada pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video di Sabah untuk meningkatkan kualiti karya.
  6. Menyatupadukan semua pihak yang terlibat dalam industri seni di Sabah di bawah satu bumbung seperti pengkarya-pengkarya lagu dan muzik video, pemilik permis-permis, badan-badan kerajaan, media cetak dan elektronik

Siapa yang Layak Menjadi Ahli?

Sesiapa sahaja yang memenuhi syarat adalah layak untuk menjadi ahli SCORE dan antar syarat utama yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Warga negara Malaysia yang bermastautin di negeri Sabah.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Seorang komposer atau pembikin video muzik

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai SCORE, anda boleh menghubungi:

Tina (017-8922030) dan 010-9370912.

Email : score.sabah@gmail.com
Facebook : SCORE

Alamat:
32-1, Lot 33, 1st Floor, Block E, Inanam Business Center, 88450 Kota KInabalu, Sabah.


Sumber :
1. Tuan Asmin Mudin, Presiden SCORE

Eiffel Naib Juara Bintang Kecil RTM 2017

Eiffel Paul Pailus yang merupakan Juara Sugandoi Dazanak tahun 2017 sekadar berpuas hati apabila diumumkan sebagai Naib Juara Bintang Kecil 2017 ketika keputusan akhir diumumkan secara langsung dari Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching Sarawak pada Ahad, 3hb Disember lepas.

Eiffel, Naib Juara Bintang Kecil 2017
Eiffel, Naib Juara Bintang Kecil RTM 2017

Kemuncak Bintang RTM 2017 menyaksikan Eiffel mempersembah dua (2) buah lagu iaitu Takkan Terpisah (Black) dan Don't Stop Believing (Journey) menerima hadiah berupa wang tunai RM7,000 beserta piala dan sijil. Sementara itu, dua peserta lain dari Sabah iaitu Dayang Irsyadhania Binti Iraril (Dhania) yang mendendangkan lagu Ku Udara Lagi (Francisca Peter) dan Stronger (Kelly Clarkson) serta Ain Fariesha Binti Azamain (Fariesha) dengan lagu yang disampaikan adalah Rela (Ella) dan Let It Go (Idina Menzel) masing-masing menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM4,000 beserta piala dan sijil.

Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu adalah Aizat Amdan, Syamel, Ara Johari dan Ismail Izzani. Manakala, konsert akhir tersebut dihoskan oleh Anding.

Finalis Bintang Kecil RTM 2017
Finalis Bintang Kecil RTM 2017

Sumber:
1. Facebook : Bintang Kecil RTM
2. Siaran Langsung Kemuncak Bintang Kecil RTM 2017 (TV 2)


VOKfm Bakal Menggegarkan Stesen Radio Sabah

Voice of Kinabalau (VOKfm) 

Sebuah lagi stesen radio swasta tempatan Sabah bakal memulakan siarannya tidak lama lagi. Stesen radio yang dikenali sebagai VOKfm atau Voice of Kinabalau, merupakan stesen radio komuniti yang bermatlamat untuk mempromosikan Sabah amnya kepada pendengar sejagat.

Kemunculan stesen radio baharu dengan tagline 'Bukan Biasa-Biasa' ini, menyasarkan pendengar muda dengan gabungan muzik elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memberi fokus terhadap citarasa dan budaya setempat.

Credit picture to: VOKfm
Voice of Kinabalu (VOKfm)
Voice of Kinabalu (VOKfm) Team

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Stesen radio itu, Mohammad Faqrullah Azim, berkata VOKfm bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio dan muzik di Sabah. Beliau yang berpengalaman luas lebih 12 tahun bersama-sama dengan beberapa stesen radio negara yakin bahawa VOKfm akan menjadi fenomena baharu dan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini.

VOKfm Bersiaran

VOKfm yang akan bersiaran di Golden Hill, Inanam ini akan menjalankan siaran ujian secara streaming bermula minggu ini sebelum ke udara secara LIVE pada 16hb September melalui laman web www.vokfmsabah.com.

Selepas itu, VOKfm akan bersiaran melalui frekusnsi FM secara berperingkat yang mana pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran ini secara langsung sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan pada masa akan datang.

Penyampai Radio VOKfm

Penyampai radio yang bakal menghangatkan konti VOKfm merupakan barisan yang berpengalaman luas dalam arena hiburan dan muzik sabah antaranya adalah Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo. VOKfm turut membariskan Beebey Aegy Pop dan Roger (popular dengan gelaran SaliparJipun) serta beberpa penyampi baru yang bakal diceriakan lagi dengan kemunculan mereka di stesen radio baru ini.

Sidang Media VOKfm
Sidang Media VOKfm

Sementara itu, VOKfm juga bakal mencari bakat peyampai baru dari semasa ke semasa sesuai dengan matlamatnya untuk membangunkan industri penyiaran radio di Sabah.

Kandungan Rancangan

Menurut Rey yang juga bertindak sebagai Pengurus Rancangan stesen radio itu berkata siaran radio akan disi dengan beberapa segmen. Rey sendiri akan mengendalikan siaran dari jam 6 - 10 pagi, Beebey (10 pagi - 2 petang), Felix dan Ramle (3 petang - 7 malam) dan Aegy Pop akan bergandingan dengan Roger dari jam 8 - 12 tengah malam).

Siaran yang bermula dari jam 2 - 3 petang dan dari jam 7 - 8 malam, VOKfm akan ke udara menerusi transimis automatik.

Lagu Siaran

Lagu yang bakal diputarkan melalui VOKfm adalah merupakan gabungan lagu-lagu hits tempatan Sabah, trek antarabangsa termasuklah lagu oldies. Pendengar juga bakal disajikan dengan pelbagai lagu daripada etnik yang berbeza di Sabah melalui segmen khusus pada hujung minggu.

VOKfm mementingkan soal terhadap pemilihan lagu-lagu tempatan, daripada segi kualiti pengeluaran dan lirik, dan pada masa yang sama, tidak akan menutup pintu kepada semua penggiat muzik tempatan yang tidak putus asa dalam menghasilkan karya-karya. Penggiat muzik yang mempunyai lagu-lagu yang baik namun dihasilkan kurang berkualiti atau liriknya tidak sesuai, maka pihak VOKfm akan mendidik dengan memberikan khidmat nasihat dan membimbing penggiat muzik yang dimaksudkan untuk menjadikan karya-karya lebih baik.

Info Lanjut

Layari laman web, facebook, Instagram dan Twitter untuk mengikuti perkembangan lanjut dan terkini mengenai VOKfm.

Disediakan oleh - hiburansabah.com

Sumber:
1. Sidang Media Sesi Pengenalan Stesen Radio Terbaru - VOKfm, 17hb Ogos (Khamis)

Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017

Seramai lapan (8) orang akan berentap di pentas Dewan Hongkod Koisaan, Penampang untuk merebut gelaran juara Bintang G3PNS (Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah) yang dijadualkan malam ini bermula jam 6.00 petang.

Calon juara Bintang G3PNS adalah Ferorin Minius (Tambunan), Jasliah Elon (Penampang), Jennevira Juanis (Menggatal), Jester Jeffry (Penampang), Mailter Pascalis (Kepayan), Michelle Michael (Inanam), Raynel Batahong (Kota Marudu) dan Willson Lion (Ranau).

Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017
Lapan Peserta Akhir Merebut Gelaran Bintang G3PNS 2017

Semi final Bintang G3PNS telah berlangsung pada 01hb Ogos lalu. Uniknya, peserta-peserta akhir Bintang G3PNS ini bukan sahaja boleh mendendangkan lagu dalam bahasa Kadazandusun, malah, mereka juga boleh membawa lagu dalam bahasa inggeris atau melayu semasa pertandingan itu dijalankan.

Hari Keluarga G3PNS (Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah) merupakan acara yang julung kali diadalah bagi mengantikan Pesta Kaamatan anjuran Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah yang sepatutnya diadakan sekitar bulan Mei yang lalu.

Seiring dengan pertandingan akhir Bintang G3PNS, Malam Gala Buvazoi Tavantang dan Ratu Cantik juga akan berlangsung pada malam tersebut.

Sumber:
1. Joel A. Nandu Mansuba - Dumangan, AJK Hari Keluarga Gabungan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah

Rhowell Bakal Mengharumkan Malaysia Melalui Asia's Got Talent 2017

Selepas Apprilissa Sue Ann mengharungi sesi uji bakat The Voice (China) dan Esther Applunius yang memenangi pingat Perak di World Championship of Performing Art (WCOPA) 2017 baru-baru ini, kini Rhowell pula menyusul jejak mereka, mewakili bukan saja Sabah malah Malaysia ke pertandingan yang berprestij iaitu Asia's Got Talent.

Asia's Got Talent musim kedua yang memulakan pencarian bakat sejak 10hb April bakal membuka tirai pada hujung bulan ini. Pemenang akan menerima hadiah utama sebanyak AS $100,000.

Tidak dinafikan kebolehan dan anugerah suara 'counter-tenor' yang dimiliki membolehkan beliau juga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan peserta-peserta daripada negara Asia yang lain dan seterusnya membolehkan beliau untuk layak memasuki pertandingan ini.

Rhowell Bakal Mengharumkan Malaysia Melalui Asia's Got Talent 2017
Rhowell Bakal Mengharumkan Malaysia Melalui Asia's Got Talent 2017

Rhowell menjadikan Christina Aguilera sebagai idolanya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (major: Piano Klasik) daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan graduan Diploma dalam Music Major Classical Voice daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Prof. Dr. Siti Chairani Proehoeman (guru vokal kepada Syafinaz Selamat, Ning Baizura, Shima, Noryn Aziz, Cikgu Siti Hajar dan banyak lagi). 


Beliau yang menumpuhkan kerjayanya sebagai guru vokal dan mengajar bermain piano, koir dan teori muzik (specialised) di Fortissimo Music Studio dijangka akan berlepas ke Johor pada 6hb Ogos untuk menarik perhatian dunia terhadap bakatnya. 

Acara ini dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton, yang menggantikan Marc Nelson dan Rovilson Fernandez. Sementara itu, David Foster dan Anggun kembali sebagai juri manakala Melanie C dan Vanness Wu yang sebelum ini merupakan juri Asia's Got Talent musim pertama digantikan oleh Jay Park.


Sumber:
1. Rhowell Roland, Asia's Got Talent Musim Kedua 2017
2. Wikipedia Aisa's Got Talent (Musim Kedua) 2017

Buvazoi Tavantang Tampil Kelaianan Tahun Ini

KOTA KINABALU: Pertandingan Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai Mr. Kaamatan (MrK) tampil lebih baik dan besar pada tahun ini.

Antara penambahbaikan yang signifikan termasuklah perubahan format pemilihan peserta dan peningkatan bilangan peserta daripada 35 sebelum ini kepada 45 orang - sama seperti bilangan peserta Unduk Ngadau Kaamatan Negeri pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa pemganjur Buvazoi Tavantang/MrK Negeri, Casey Jovial berkata penambahbaikan ini adalah selari dengan usia pertandingan tersebut yang sudah memasuki tahun kesepuluh penganjurannya.

"Ini adalah tahun pertama saya memegang jawatan pengerusi penganjur dan saya berhasrat untuk mempertingkat dan memperbaiki kualiti pertandingan MrK berbanding tahun sudah agar statusnya dipandang tinggi.

"Saya ingin melihat penganjuran MrK yang lebih sistematik dan format pendaftrannya lebih tersusun di peringkat negeri," katanya ketika sesi pendaftaran peserta di sini, pada Sabtu lalu.

 Buvazoi Tavantang / Mr. Kaamatan Negeri 2017

Selain daripada pemilihan pusat, pemilihan peserta juga dijalankan di beberapa daerah, contohnya di Keningau, Kudat, Beluran, Kota Kinabalu dan Klang Valley.

"Bagi daerah yang tidak mempunyai pemilihan sendiri, pemilihan dijalankan secara pusat bagi memilih perwakilan untuk setiap daerah.

"Kami berharap setiap daerah akan mengadakan pertandingan MrK sendiri sebelum melangkah ke peringkar Negeri," katanya sambil menambah penjurian pada tahun ini memberi fokus kepada ketinggian peserta dan juga kemahiran bertutur dalam bahasa ibunda Kadazandusun.

Menurut beliau, MrK sememangnya berkongsi misi dan visi yang dipunyai oleh Unduk Ngadau Kaamatan, iaitu pempromosikan keunikan adat dan budaya Kadazandusun selain mengetengahkan pakaian tradisonal Kadazandusun.

"Dan kini sudah menjadi kebiasaan bagi pemenang gelaran Mr. Kaamatan untuk mengiringi penampilan Unduk Ngadau Kaamatan pada acara kemuncak di peringkat Negeri pasa setiap tahun.

"Penganjuran MrK kali ini juga menerima suntikan semangat dengan pantauan rapi daripada Jawatankuasa Pengajur Unduk Ngadau," katanya.

Turut hadir semasa sesi pendaftaran tersebut adalah pengasas dan penasihat Mr. Walter Misir dan Martin Buguk.

Acara kemuncak pertandingan MrK akan berlangsung di Narada Hotel, putatan pada 12 ogos ini dan pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM15,555.00 termasuk wang tunai dan trofi.


Sumber:
1. Casey Jovial, Pengerusi Jawatankuasa pemganjur Buvazoi Tavantang (Mr. Kaamatan) Negeri 2017 

Velvet Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Tahniah buat pasangan penyanyi Velvet Anduk  dan Richael Gimbang telah selamat menyambut cahaya mata (baby girl) keempat.

Velvet Selamat Melahirkan Anak Perempuan
Velvet Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Velvet, penyanyi yang popular dengan single terbarunya Jauh selamat melahirkan cahaya mata yang keempat pada 16hb Julai, pukul 12.30 tengah hari.

Bayi perempuan yang dilahirkan di Kota Kinabalu Specialist Center, Sabah diberi nama Denika Richael Gimbang.

Perkara ini disahkan sendiri oleh hiburansabah.com ketika menghubungi suaminya Richael atau popular dengan panggilan Rich Estranged pada tengahari, hari ini.

Denika Richael Gimbang

Sementara itu, Velvet yang juga merupakan penyampai radio salah satu stesen radio popular di Sabah iaitu Kupi Kupi FM (Sabah) bagi segmen ‘Steady Ko Geng’ sedang bercuti dan kembali bertugas selepas tempoh 2 bulan cuti bersalin.

Velvet dan Rich merupakan bekas rancangan realiti TV Akademi Fantasia 4 (AF 4) telah mendirikan rumah tangga pada 5hb Disember 2011.

Sekali lagi, tahniah diucapkan buat Rich dan Velvet - hiburansabah.com

Sumber:
1. RichaelGimbang @ Rich

15 Peserta Berentap Dalam Sugandoi Kaamatan Separuh Akhir Uvang Papar 2017

PAPAR : Seramai lima belas (15) peserta bakal berentap dalam pentas separuh akhir Sugandoi Kaamatan, Lamai Kaamatan Uvang Papar 2017 di Dewan Serbaguna Mositun, Kg. Sungkadon, Papar pada 21hb Julai, Jumaat ini bermula jam 7.00 petang.

Peserta, Juri dan AJK Penganjur Sugandoi Kaamatan, Lamai Kaamatan Uvang Papar 2017
Peserta, Juri dan AJK Penganjur Sugandoi Kaamatan, Lamai Kaamatan Uvang Papar 2017

Senarai Peserta Separuh Akhir

Lima belas (15) peserta yang akan berentap Sugandoi Kaamatan Lamai Kaamatan Uvang Papar adalah;

  1. Vuikuang Apau
  2. Cannesysha Banzamin
  3. Joshua Joisin
  4. Sandra Diana Tommy
  5. Jennyfear Joseph
  6. Scolastica Ann Boniface
  7. Chrispine Joseph
  8. Victoria Gilbert
  9. Esther Jessyca Justin
  10. Melina Jovili
  11. Raybenson Danny Manjuin
  12. Joel Alixander
  13. Stephanie Andirias
  14. Berthineilly Johanis
  15. Christevon Peter

Sebahagian Peserta Separuh Akhir Sugandoi Kaamatan Uvang Papar 2017
Sebahagian Peserta Separuh Akhir Sugandoi Kaamatan Uvang Papar 2017

Kesemua 15 peserta separuh akhir tersebut akan bersaing merebut kedudukan 5 teratas untuk persaingan di pentas akhir yang dijadualkan pada 31hb Julai.

Sementara itu, sebanyak 21 peserta sekitar daerah Papar datang untuk menjalani pemilihan awal yang telah dijalankan di Dewan Serbaguna Mositun, Kg. Sungkadon, Papar, Sabtu (15hb Julai) bermula jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Antara barisan juri yang mengadili pemilihan awal pertandingan Sugandoi tersebut adalah Cosmas Chin, Morris dan juara Sugandoi peringkat Papar 2017, Presley Petrus.

Juri Sugandoi Kaamatan Lamai Kaamatan Uvang Papar 2017

Lamai Kaamatan Uvang Papar 2017 ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Panglima Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Nick Arddley, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Nick Arddley Nicholas, 25, dinobatkan sebagai Juara Punya Sadap Sabah Talent musim pertama tahun 2017 yang berlangsung di Dewan KDCA Hongkod Koisaan Penampang, malam tadi.

Beliau yang berjaya menewaskan sembilan (9) peserta lain sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Menurut Nick, beliau masih belum membuat apa-apa perancangan terhadap hadiah yang dimenanginya kerana tidak menyangka kemenangan tersebut berpihak kepadanya.

Credit picture to Ricardo Unto
Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1
Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Nick merupakan pemuzik sepenuh masa dan beliau sememangnya lebih menumpukan perhatian terhadap band sendiri iaitu Dominant 5th of Borneo yang telah ditubuhkan sejak tahun 2015. Kumpulan Dominant 5th of Borneo pernah mewakili Malaysia dan muncul pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Yamaha Music's Asian Beat di Japan.

"Ini merupakan pertandingan nyanyian yang pertama kali pernah saya ceburi. Saya lebih aktif untuk bermain keyboard berbanding menjadi seorang penyanyi. Namun, perasaan ingin mencuba benda yang baru dan ditambah lagi dengan galakan serta dorongan daripada keluarga untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sememangnya telah menjadi pendorong kepada saya untuk berkecimpung dalam bidang nyanyian," katanya.

Nick sebelum ini mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Beliau sejak kecil mula belajar bermain piano (classical piano) dengan ibunya. Sehingga kini, beliau masih belajar dan mengajar di Studio House of Music Art, Tambunan.

Sementara itu pengasas D'Angels Music Academy, Diana Stephen Tuning dalam satu kenyataan di sini berkata penyertaan Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1 cukup meggalakkan, membanggakan dan mengharukan. Beliau berpendapat bahawa Sabahan hanya berbakat dalam bidang nyanyian sahaja namun tidak menyangka mereka mendapat penyertaan yang banyak untuk bakat dalam bidang tarian dan beat box.

Credit picture to Ricardo Unto
Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1
Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1

Ditanya jika ada perancangan untuk membawa bakat-bakat yang ada untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi. Diana berkata, semestinya ada.

"Idea ini sebenarnya lahir dengan mengadaptasi pertandingan-pertandingan sebegini yang pernah dianjurkan di luar negara. Di Sabah pertandingan hanya tertumpu kepada pertandingan seperti Sugandoi. Pertandingan ini tidak memberi peluang kepada bakat-bakat lain untuk menonjolkan bakat seperti bidang tarian, silap mata, bermain alat muzik dan sebagainya. Maka pertadingan seumpama ini dijalankan. Kita mahu bawa mereka mengambil pemgalaman tersebut di luar negara dan membawanya kembali ke Sabah untuk dikongsikan kepada bakat-bakat tempatan Sabah yang lain," katanya.

Diana memberi jaminan bahawa penganjuran Punya Sadap Sabah Talent 2017 untuk Season 2 akan dianjurkan pada tahun-tahun akan datang dan beliau ingin memastikan bahawa penganjuran Season 2 lebih baik lagi dengan mengadaptasi ciri-ciri yang dikenalpasti melalui penganjuran pertandingan seumpama di luar negara supaya Sabah juga 'duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan negara lain kerana umum mengetahui di Malaysia, Sabah kaya dengan pelbagai bakat.

Sembilan (9) peserta lain yang turut berentap dalam peringkat akhir  Punya Sadap Sabah Talent 2017 Musim Pertama adalah Borneo Rumble Kids (tarian), Donovond Addreey Damianus (nyanyian), Grandcious (tarian), Newborn Native (permainan alat muzik), Funk Brothers (tarian dan nyanyian), Mohd Ashraf & Mr. Beat Boxer (ventriloquist dan beat box), Bamboo Woods (permainan alat muzik), Leonardo (beat box) dan Tambuakar (aksi ngeri).


Sumber:
1. Temu bual bersama Nick Arddley Nicholas, Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1.
2. Temu bual bersama Diana Stephen Tuning, Penganjur Pertandingan Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1 dan Pengasas D'Angels Music Academy.
3. Live Pertandingan Akhir Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1, Dewan KDCA Hongkod Koisaan.

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai

TUARAN: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) akan menganjurkan Karnival Seni Artis Sabah (KARTS) 2017 pada penghujung Julai depan sebagai alternatif bagi menggantikan Pesta Kaamatan PERTISA yang terpaksa ditiadakan tahun ini.

Kaamatan Pertisa yang telah dirancang untuk dianjurkan pada Julai terpaksa digantikan dengan penganjuran KARTS ekoran masa yang tidak lagi sesuai dengan situasi sambutan kerana agak terlewat.

KARTS 2017 akan diadakan pada 29 hingga 30 Julai 2017 (Sabtu dan Ahad) di Dewan Masyarakat Tenghilan.

Menurut Presiden Pertisa, LP Raphiel Pinus, kebiasaannya Kaamatan Pertisa diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan Jun setiap tahun, namun disebabkan ramai ahli  terikat dengan komitmen Kaamatan di sana sini, lebih-lebih lagi jatuh pada  bulan Ramadhan, Pertisa memutuskan untuk membatalkan Pesta Kaamatan Pertisa dan menganjurkan satu program yang lebih besar dengan penglibatan lebih ramai pihak.

KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai
KARTS Anjuran Pertisa Bakal Berlangsung 29hb - 30hb Julai
Ekoran itu, beberapa pengisian program yang sepatutnya diadakan pada Kaamatan tersebut sebelum ini seperti Unduk Ngadau tidak lagi dapat dilaksanakan.

"Bagaimanapun, pertandingan nyanyian (Sugandoi) tetap akan diteruskan dengan satu nama yang baharu iaitu 'Voice Of Pertisa' (VOP).

Menurut Raphiel, VOP akan dibuat dalam dua kategori iaitu VOP Terbuka dan VOP Kanak-Kanak.

"Pertandingan VOP ini memberi peluang kepada semua peminat seni suara pelbagai peringkat umur untuk menonjolkan bakat mereka, malah kita memberi kebebasan dari segi pemilihan lagu iaitu sama ada Melayu atau Kadazandusun Murut (bahasa etnik) sahaja, tertakluk kepada terma dan syarat.

Beliau memberitahu, penyertaan  VOP terbuka kepada semua kecuali mereka yang pernah memenangi gelaran johan bagi sebarang pertandingan di peringkat negeri sama ada anjuran korporat, persatuan atau pun parti.

Lebih menarik sempena  karnival ini, penganjur turut menjemput pelbagai pihak antaranya NGOs, institusi pendidikan, persatuan seni, etnik, kebudayaan, dan agensi kerajaan untuk mengadakan pameran bagi mempromosikan perkhidmatan masing-masing.

"Di samping itu, bakal diadakan pertandingan sukan yang antara lainnya dijangka dapat menarik lebih ramai penyertaan seperti 'Tarik Tali', 'Mipulos' serta pelbagai sukan tradisi lain kepada pengunjung sepanjang karnival," katanya kepada media selepas program Kunjungan Hormat PERTISA kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim di rumah kediaman pemimpin itu di Kampung Bakut, dekat sini pada Ahad.

Kunjungan itu bagi menyampaikan jemputan kepada Jahid sebagai tetamu kehormat dan perasmi karnival berkenaan.

Sementara itu Jahid mengalu-alukan penagnjuran KARTS 2017 oleh Pertisa anjuran Pertisa yang julung kalinya diadakan di Tenghilan, sekaligus mampu menceriakan pekan tersebut selain mampu mengundang ramai pengunjung di situ yang pada dasarnya merupakan laluan utama kenderaan dari arah Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Kota Kinabalu.

Justeru, beliau turut berharap kepada setiap pemimpin di kawasan Tamparuli khususnya Tenghilan agar dapat menguar-uarkan program itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Sebagai sokongan, beliau turut menyumbangkan RM10,000 kepada PERTISA bagi membantu pelaksanaan program berkenaan.

Turut hadir Timbalan Presiden Pertisa, Guadik Ansiw; Pengarah Program yang juga Naib Presiden (Aktiviti) James Juanis; Naib Presiden (Keahlian) James Sami; Naib Presiden (Pentadbiran) Joanes Robert Johnny; Naib Presiden (Kewangan) Emjey Yassin; Setiausaha Clarice Sipanul dan Bendahari Jovita Johnny.

Rancangan Khas Raya Sabah FM

Sempena Hari Raya Aidilfitiri tahun 2017 ini, SabahFM sekali lagi akan tampil dengan rancangan khas Raya berjudul "Meriah Bah Hari Raya SabahFM Bersama Penilik".

Rancangan ini memasuki tahun kedua pelaksanaannya yang diterbitkan oleh DJ Yati dan DJ Nieza (YAZA) masih mengekalkan penggunaan alat muzik gambus yang merupakan elemen keunikan rancangan berkenaan.

Meriah Bah Hari Raya SabahFM Bersama Penilik
Meriah Bah Hari Raya SabahFM Bersama Penilik
 Namun, Sabah FM pada tahun ini membuat beberapa penambahan dalam rancangan tersebut dengan menampilkan seorang artis tempatan iaitu Apiz Paschya. Pemuda kelahiran Bongawan itu yang memulakan karier nyanyiannya sejak lima tahun lepas bakal membawakan lagu Dendang Perantau versi gambus dan juga lagunya sendiri berjudul Salam Aidilfitri.

Rancangan khas "Meriah Bah Hari Raya SabahFM Bersama Penilik" telah dirakam di rumah O.T Mumin dan Mahani di Kg. Binsulok, Membakut pada 6hb Mei dengan penglibatan beberapa DJ tempatan lain antaranya DJ Sabrina, DJ Dayang, DJ Haf, DJ Saitoh dan DJ Fk.

Racangan ini bakal disiarkan di SabahFM pada Hari Raya kedua, iaitu pada 2 syawal, pukul 2.00 petang.

SabahFM menyeru kepada pendengar di luar sana untuk terus menyokong SabahFM dan mengikuti pelbagai rancangan khas Hari Raya lain yang akan disiarkan semasa Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Sumber:
1. DJ Nieza, Sabah FM.

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Di Sabah, Kini Bermula

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 kini bermula. Ini adalah peluang khusus kepada para jelitawan Borneo untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia.

Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) akan mengadakan uji bakat secara tertutup untuk mencari bakal ratu cantik baru Miss Universe Malaysia 2018. Pemohon di Malaysia Timur (Sabah) yang merasakan bahawa mereka berpotensi dan memiliki ciri-ciri untuk menjadi wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe, anda dijemput ke uji bakat berkenaan pada Sabtu, 17hb Jun 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Turut hadir bersama adalah Datin Elaine Daly, Pengarah Kebangsaan, Miss Universe Malaysia Organization (MUMO).

Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Kini Bermula Di Sabah
Pencarian Miss Universe Malaysia 2018 Kini Bermula Di Sabah

Uji bakat ini terbuka kepada wanita bukan Muslim, warganegara Malaysia yang belum berkahwin, tidak pernah diceraikan, atau tidak mempunyai anak. Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan berumur 26 tahun sebelum 1 Januari 2018 pada tahun pertandingan yang ingin disertai, tinggi sekurang-kurangnya 168cm serta berkebolehan berkomunikasi dalam salah satu Bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Bahasa Tamil.

Wanita muda berkelayakan yang ingin menyahut cabaran berkenaan perlu mempunyai nilai dan ciri atau sifat sebagai seorang Miss Universe Malaysia, antaranya adalah berkeyakinan, etika kerja yang kuat, komited, profesional, berbakat, ayu dan elegan. Mereka juga perlu tampil rapi berdandan dan bertumit tinggi. Pemohon juga dikehendaki membawa MyKad asal dan salinan beserta tiga keping gambar wajah yang diambil termasuk wajah muka, shot penuh dan shot separuh badan.

Sementara itu, stesen radio komuniti tempatan, Kupikupifm 96.3 FM berperanan sebagai Radio Rasmi untuk pencarian Miss Universe Malaysia 2018 ini.

Samantha Katie James, Miss Universe Malaysia 2017
Samantha Katie James, Miss Universe Malaysia 2017
 Bagi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia yang berminat bolehlah menghadiri roadshow Miss Universe Malaysia yang bertempat di Aras 4, Pavilion Elite Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Julai bermula jam 10.00 pagi hingga jam 9.00 malam.

Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kedua-dua acara yang disebut di atas, pemohon boleh mendaftar secara online melalui laman web www.missuniversemalaysia.com.my/registration untuk menyertai pertandingan ini.

Sebaik sahaja dimahkotakan, pemegang gelaran Miss Universe Malaysia bakal menerima pengalaman seumur hidup yang menakjubkan. Sebagai Miss Universe Malaysia, beliau akan membawa gelaran tersebut setiap masa dan menjadi perhatian umum. Beliau juga akan diberi peluang mengukuhkan jenama sendiri dan minatnya. Pemegang gelaran turut berkesempatan bekerjasama dengan orang-orang ternama di dalam industri, individu terkenal dan berpengaruh seluruh dunia. Pada masa sama, pemegang gelaran ini turut diuji secara emosi, mental dan fizikal.
Pemenang yang dimahkotakan akan berpeluang ke luar negara dan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe yang akan diadakan pada tahun 2018. Beliau juga akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan hadiah tajaan bernilai lebih RM150,000.

Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan pertandingan, sila e-mel contact@mumo.com.my atau ikuti laman sosial media Miss Universe Malaysia Organization bagi mendapatkan maklumat terkini.

Datin Elaine Daly & Samantha Katie James
Datin Elaine Daly & Samantha Katie James

Mengenai Miss Universe Malaysia Prganization (MUMO)

Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) adalah pertandingan ratu cantik utama negara dan merupakan rancangan realiti TV yang dianjurkan setiap tahun. MUMO diasaskan pada tahun 1962 dan dijenamakan semula pada tahun 2010, ia diilhamkan sebagai platform kepada wanita muda Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa iaitu Miss Universe.

Berdaftar di bawah BEYOND ENTITY Sdn. Bhd. [808537-D], MUMO adalah wakil tempatan yang dilantik oleh Miss Universe L.P., LLLP [A WME | IMG ownership]. WME | IMG adalah jenama global dalam hiburan, sukan, majlis, media dan fesyen. Beroperasi di lebih 30 buah negara, syarikat ini mengkhususkan kepada perwakilan dan pengurusan bakat; latihan sukan; pembangunan liga; dan pemasaran, media dan pelesenan untuk jenama, organisasi sukan dan institusi pendidikan.

Maklumat Tambahan

Laman web rasmi www.missuniversemalaysia.com.my
Facebook MissUniverseMalaysia
Twitter @MissUniverseMY
Instagram missuniversemalaysia

Sumber:
1. Song Su Ann, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam, Miss Universe Malaysia Organization (MUMO)

Pemenang Unduk Ngadau Tahun 1960 Sehingga 2017

Pada tahun 1960-an Unduk Ngadau dikenali sebagai Miss Kadazan. Pada era 1970-an dikenali sebagai Miss Harvest Festival. Pada tahun 1980-an dikenali pula sebagai Ratu Kaamatan. Bermula 1990-an maka Unduk Ngadau telah digunakan.

Credit picture to : Alexandra @ashthraz
Pemenang Unduk Ngadau 1981 - 1990
Pemenang Unduk Ngadau 1981 - 1990


PEMENANG  UNDUK NGADAU DARI TAHUN  1960 - 2017.

Berikut merupakan senarai pemenang dari tahun 1960-2017.

1960 Yong Mee Lan (Penampang) 
1961 Talian Bunal (Papar) 
1962 Marcella Tiansim (Papar)
1963 Mary Badak (Putatan) 
1964 Rita Bagong (Tuaran)
1965 Molina Daniel (Papar) 
1966 Patricia Sinidol (Penampang) 
1967 Florence Bibi (Papar) 
1968 Rita Mojilis (Penampang)

Credit picture to : Alexandra @ashthraz
Pemenang Unduk Ngadau 1960 - 1968
Pemenang Unduk Ngadau 1960 - 1968
1969 Sylvia Totu (Penampang) 
1970 Helen Mojinil (Penampang)

Credit picture to : Alexandra @ashthraz
Pemenang Unduk Ngadau 1969 - 1970
Pemenang Unduk Ngadau 1969 - 1970
1971 Mary Jaikoh Imbayan (Tamparuli) 
1972 Evelyn Sinidol (Penampang) 
1973 Prisca Tikoh (Penampang) 
1974 Susanna Jipanis (Penampang) 
1975 Rita Sikawah (Penampang) 
1976 Edwina Totu (Penampang) 
1977 Mary Marjorie Kinjau (Penampang) 
1978 Veronica Jefferin (Penampang) 
1979 Mary Solly (Penampang)

Credit picture to : Alexandra @ashthraz
Pemenang Unduk Ngadau 1971 - 1979
Pemenang Unduk Ngadau 1971 - 1979
1980 Roslina Amit (Tuaran)
1981 Janet Dabi (Penampan 
1982 Margaret Dolly Jimayol (Penampang) 
1983 Janet Kinjau (Penampang) 
1984 Esther Sikayun  (Penampang) 
1985 Florence Jipiu (Penampang) 
1986 Johanna Sybil Disimond (Penampang) 
1987 Joan Glory Tommy (Penampang) 
1988 Jenny Alasa (Penampang) 
1989 Deidre Peter Mojuntin (Penampang) 
1990 Julia Augustine (Penampang)

1991 Sylvia Sandralisa Orow (Tuaran) 
1992 Anita Pudin (Putatan) 
1993 Luzie Tham (Inanam)
1994 Agatha Nora Lojumin (Penampang) 
1995 Justinah Manius (Kawang) 
1996 Lynnefra Wong (Sandakan) 
1997 Jane Lisa Marie William (Bongawan) 
1998 Jeremiah Ginajil (Inanam)
1999 Kathie Renjus (Inanam)
2000 Regina Intang (Melalap)

Credit picture to : Alexandra @ashthraz
Pemenang Unduk Ngadau 1991 - 2000
Pemenang Unduk Ngadau 1991 - 2000
2001 Nicolita Sanseh Masi (Putatan)
2002 Patricia Raymond (Kiulu)
2003 Daphne M. Iking (Kuala Lumpur / Klang Valley)
2004 Fharelynne Ivonne Henry (Tamparuli)
2005 Madelyne M. Nandu (Penampang)
2006 Devenna Jaicob (Sulaman)
2007 Joanna Sue Henley Rampas (Tuaran)
2008 Leonie Lawrence Gontuni (Penampang)
2009 Appey Rowena Januin (Papar)
2010 Crystel Eve Huminodun William Majimbun (Tanjung Aru)
2011 Bo Tiza Arthur Disimond (Penampang)
2012 Melinda Louis (Telupid)
2013 Immaculate Lojuki (Kota Kinabalu)
2014 Cheryl Lynn Pinsuis (Kota Kinabalu)
2015 Ryannie Niels Yong (Tangjung Aru)
2016 Sherry Anne Laujang (Penampang) 
2017 Kerinah Mah (Kota Kinabalu)

Daerah Penampang masih memegang rekod tertinggi dengan memenangi Unduk Ngadau sebanyak dua puluh lapan (28) kali.


Sumber :
1. Jawatankuasa Unduk Ngadau KDCA Sabah.
2. Alexandra @ashthraz, Himpunan gambar-gambar pemenang Unduk Ngadau bermula tahun 1960-an.

10 Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

Saingan oleh kesemua dua puluh (20) peserta dalam Pertandingan Sugandoi Kaamatan Separuh Akhir pada 23hb Mei lalu ternyata hebat-hebat belaka. Persembahan yang sengit ini sedikit sebanyak membingungkan juri pada malam tersebut dalam membuat pemilihan untuk sepuluh (10) finalis yang mara ke Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan (Terbuka) Negeri Sabah 2017.

Sepuluh (10) finalis tersebut bakal berentap di pentas akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, Jumaat ini (26hb Mei).

Peringkat akhir johan Sugandoi Kaamatan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM6,000, trofi, telefon bimbit, sijil serta beras. Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing bakal memenangi RM4,000 dan RM3,000. Tujuh (7) pemenang saguhati akan menerima RM600 setiap seorang. Manakala, peserta popular dan persembahan terbaik masing-masing akan memenangi RM300.

Sementara itu, finalis Sugandoi Dazanak dan Sugandoi Songkotoun juga akan berentap pada tarikh dan tempat yang sama bermula jam 7.30 malam.

Orang ramai khususnya penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan, Kugandoi Dazanak dan Sugandoi Songkotoun ini.

10 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017
10 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

10 Finalis Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017

Berikut merupakan finalis yang akan berentap dalam Pertandingan Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017:-

  1. Fred Joane Asoon (Pagalungan)
  2. Dyandra Justine (Putatan)
  3. Ray Asmadin (Lahad Datu)
  4. Chrispine Joseph (Likas)
  5. Angie Imelda Minsu (Kota Marudu)
  6. Zarinie Syakira Zainal (Sandakan)
  7. Glady Ruth Jaimus (Tenom)
  8. Jacinda Faye (Tuaran)
  9. Fransisca Juingki (Libaran)
  10. Afiezal Fahmi Inggu (Labuan)

5 Finalis Sugandoi Songkotoun Negeri Sabah 2017

    1. Johnny A. Kadau (Keningau)
    2. Oswald Supi (Penampang)
    3. Fabian Santos Samijan (Labuan)
    4. George Bohondo (Tuaran)
    5. Morris @Jeffery Lajamin (Tambunan)

    7 Finalis Sugandoi Dazanak Negeri Sabah 2017 

    1. Cicilea Sius (Tambunan)
    2. Daphne Emerald Justin (Keningau)
    3. Misnalia Muhinin (Telupid)
    4. Jenneyviey William (Nabawan)
    5. Farhana Naslyn (Keningau)
    6. Reynn Raphiel (Tuaran)
    7. Eiffel Paul Pailus (Penampang)
    Sumber:
    1. Secara Langsung Konsert Pusingan Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 (23hb Mei 2017) 

    20 Peserta Berentap Dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

    Tidak dinafikan kehebatan persembahan yang dipersembahkan oleh kesemua empat puluh empat (44) peserta yang berentap dalam pusingan Suku Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, malam tadi, semuanya hebat-hebat belaka! Walau bagaimanapun, penganjur menetapkan hanya seramai dua puluh (20) peserta yang dipilih untuk berentap dalam pusingan Separuh Akhir.

    Sementara itu, Gundohing Evaristus Gungkit mengucapkan tahniah kepada 20 peserta yang dipilih ke peringkat Separuh Akhir.

    "Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada 20 peserta Separuh Akhir yang terpilih malam tadi dan selamat bertanding pada malam ini untuk merebut kedudukan 10 peserta akhir yang bakal berlangsung pada 26hb Mei ini.

    Evaristus juga mendorong 24 peserta Suku Akhir yang lain untuk tidak berputus asa dan sentiasa berusahan untuk memperbaiki persembahan.

    "Kepada 24 peserta yang tidak berjaya, jangan berkecil hati dan jangan berputus asa. Teruskan berusaha dan anggaplah pertandingan dalam peringkat ini merupakan satu pengalaman untuk memperbaiki persembahan pada masa-masa akan datang," katanya.

    Dua puluh (20) peserta yang telah dipilih semasa pusingan Suku Akhir ini akan berentap dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, malam ini bermula jam 7.00 malam.

    Penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi pertandingan ini.

    20 Peserta Berentap Dalam Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017
    Dua Puluh (20) Peserta Peringkat Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017

    20 Peserta Berentap Dalam Pusingan Separuh Akhir

    Berikut merupakan peserta yang akan berentap dalam pusingan Separuh Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017:-
    1. Glady Ruth Jaimus (Tenom)
    2. Kelly Elcilla Vincent (Sook)
    3. Zurina Tongkooh (Keningau)
    4. Judith Daulip (Karambunai)
    5. Fransisca Juingki (Libaran)
    6. Ray Asmadin (Lahad Datu)
    7. Eric Noel George (Tamparuli)
    8. Jacinda Faye (Tuaran)
    9. Christiannus Fong (Kepayan)
    10. Amendalena John (Tambunan)
    11. Jessica Joseph (Penampang)
    12. Afiezal Fahmi Inggu (Labuan)
    13. Chrispine Joseph (Likas)
    14. Angie Imelda Minsu (Kota Marudu)
    15. Dyandra Justine (Putatan)
    16. Fred Joane Asoon (Pagalungan)
    17. Zarinie Syakira Zainal (Sandakan)
    18. Presley Petrus (Papar)
    19. Adrian Dauli (Telupid)
    20. Afdin Bin Abdul Gani @Ejul (Daerah Kecil Paitan)

    Hadiah

    Antara hadiah yang menjadi rebutan kepada semua bakal Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017 adalah seperti berikut:

    Johan : RM6,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Naib Johan : RM4,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Ketiga : RM3,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    7 Saguhati : RM600 + Sijil + Beras
    Penyanyi Popular : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras
    Persembahan Terbaik : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras

    Sumber:
    1. Secara Langsung Konsert Pusingan Suku Akhir Sugandoi Negeri Sabah 2017 (22hb Mei 2017) 

    Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017

    Seramai empat puluh empat (44) peserta sugandoi peringkat negeri yang telah hadir untuk mendaftar dan seterusnya menjalani sesi latihan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, semalam.

    Dalam pertemuan melalui taklimat dan sesi bergambar bersama media malam tadi, Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Negeri mengucapkan tahniah kepada semua peserta sugandoi yang berjaya sampai ke peringkat negeri 2017.

    "Tahniah untuk semua peserta yang melayakkan diri ke peringkat negeri. Persaingan sangat sengit, semuanya hebat-hebat belaka. Oleh itu buat sehabis baik," katanya.

    Evaristus juga berpesan supaya peserta hendaklah bersaing secara sihat, menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda yang boleh memabukkan dan menghayalkan semasa latihan dan pertandingan diadakan.

    Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
    Calon Juara Sugandoi Negeri 2017
    Sesi latihan selanjutnya akan dijalankan pada hari ini, 22hb Mei sebelum peserta berentap dalam pusingan Suku Akhir yang akan dijadualkan pada hari yang sama bermula jam 6.00 petang.

    Seramai dua puluh (20) peserta akan dipilih untuk bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan pada 23hb Mei (esok), jam 6.00 petang. Di peringkat Suku Akhir ini, kumpulan Kugiran pengiring dibenarkan untuk membuat gubahan muzik susunan lagu pendek mengikut keselesaan dan kepuasan peserta.

    Hadiah

    Antara hadiah yang bakal menjadi rebutan kepada semua Calon Juara Sugandoi Negeri Sabah 2017 adalah seperti berikut:

    Johan : RM6,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Naib Johan : RM4,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    Ketiga : RM3,000 + Trofi + Telefon Bimbit + Sijil + Beras
    7 Saguhati : RM600 + Sijil + Beras
    Penyanyi Popular : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras
    Persembahan Terbaik : RM300.00 Trofi + Sijil + Beras

    Sementara itu, penyokong peserta sugandoi negeri Sabah dan peminat dalam seni suara dijemput untuk turut sama memeriahkan lagi pertandingan: pusingan Suku Akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah 2017 ini di Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

    Sumber:
    1. Sesi Taklimat dan Sesi Bergambar, Hongkod Koisaan KDCA Penampang (21hb Mei 2017)
    2. Borang Penyertaan Sugandoi Negeri Sabah 2017. 

    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 Berlangsung 18hb Mei

    Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) sekali lagi akan menganjurkan Majlis Anugerah Lagu KDCA yang akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang pada 18hb Mei (Khamis) ini, jam 6.00 malam.

    Objektif

    Objektif Majlis Anugerah Lagu KDCA adalah;
    1. Menghargai jasa para penggiat seni Kadazan-Dusun yang memartabatkan bahasa itu di persada dunia. 
    2. Untuk menggalakkan penciptaan lagu-lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti.
    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016
    Usaha ini harus dipuji kerana melalui galakan penciptaan lagu, ia bukan sahaja memberi fokus terhadap penghasilan lebih banyak karya lagu Kadazan-Dusun yang berkualiti oleh penggiat seni suara tempatan malah, ia juga dapat mengekalkan kesinambungan penggunaan bahasa ibunda ini dalam kalangan generasi baru.

    Anugerah 

    Tahun lalu anugerah yang disampaikan adalah Lagu Paling Popular, Penyanyi Popular (Lelaki & Perempuan), Penyanyi Baru Popular (Lelaki & Perempuan), Komposer Terbaik dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang. Walau bagaimanapun, anugerah yang bakal disampaikan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding pada tahun lalu.

    "Antara penganugerahan yang akan disampaikan pada malam Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 adalah Anugerah Lagu Popular 1980 - 2014, Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Komposer Pilihan KDCA 2017 dan Lagu Popular Pilihan KDCA 2017," Gundohing Evaristus Gungkit, Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017 dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh hiburansabah.com.

    Setiap anugerah yang diberikan diktiraf oleh KDCA sendiri dan setiap penerima dinilai melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen radio swasta, studio rakaman, pengusahan karaoke, temu bual bersama orang awam dan melalui laman media sosial WhatsApp. 

    Majlis Anugerah Lagu KDCA 2016 bakal dirasmikan oleh Huguan Siou, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. 

    Mengimbas kembali Majlis Anugerah Lagu KDCA tahun lalu (2015), Lagu Id Pagandadan merupakan Lagu Paling Popular 2015. Sementara itu, sebanyak tujuh (7) penerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang antaranya adalah Datuk Cladius Sundang Alex, Datuk Justin Stimol, Datuk Pat Micheal, Evelyn Ebin, Wilfred Mojilis, Stephen Jimin dan Mendiang Ambrose Mudi.

    Sumber:
    1. Gundohing Evaristus Gungkit , Pengerusi Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
    2. Mr. Minami Tius @DJ Suga, Ahli Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017
    3. Facebook Augustine Jumat, Dokumentasi Penyelidikan & Komunikasi KDCA (Rasmi)

    Featured post

    Mikrofon Kondenser mampu milik (Ansuran Bulanan RM25.70)

    Minat menyanyi? Sering menyanyi dalam aplikasi Smule dan YouTube? Atau suka membuat Live melalui aplikasi Instagram mahupun Facebook? Anda...

    Back To Top